Fikir ummah (1)

Posted by sazali

Salam

Tuhan menciptakan manusia bergelar muslim/ muslimat untuk membawa fikir para-para nabi dan rasulullah s.a.w.  Dengan itu, Allah memberi anugerah kepada mukmin/mukminat sebagai '.. umat terbaik ..umat pilihan .. dan berbagai-bagai lagi'.

Sayang seribu kali sayang fikir kita dan bimbang kita bukan lagi dalam agama.  Contoh -contoh saya bawa di sini mengambarkan betapa.. lalainya kita muslim/muslimat pada masa ini.

Satu:

mukminah malaysia - membincangkan tentang kecantikan diri dengan memakai tudung berwarna - warni dan bertingkat-tingkat... agar kelihatan canggih, up to date dan ..  ceria sepanjang masa.

Ada pakar islam dari institusi institusi pengajian tinggi pun turut serta memberi buah fikiran agar .. pakaian tudung harian wanita islam dapat dipertingkatkan agar ..cantik dipandang oleh sang suami.  Saya rasa jika sang suami sibuk mencari makan .siang dan malam .. dia tidak ada masa nak komen jika kalian pakai tudung ala malaysia / atau ala Indonesia.  Yang penting .. anda tutup aurat ..mengikut apa yang Islam perintahkan.  Jika sang suami sibuk memberi komen itu dan ini pasal tudung kalian ..  ini menandakan sang suami anda ..tidak ada kerja lain saban waktu ..  asyik nak tengok kalian cantik jer sepanjang masa.  Rugi ..dapat laki macam itu.

Sayang sungguh kita.  Banyak masa kita fikirkan benda itu.  Orang cina Hong Kong fikir pasal itu juga ..agar dirinya kelihatan lebih cantik dari semalam .. orang negro USA pun fikir begitu .. agar dirinya kelihatan more cantik dari semalam pada pandangan suaminya dan orang ramai di seluruh dunia.

Memang betullah .. fikir ummmah dah lari .. tersasar jauh dari garisan sebenar umat-umat  yang diletakkan di atas landasan syirotol mustakim ..(al fatihah).

Kedua:

mukmin malaysia -  mengamuk kerana Malaysia dikalahkan oleh Singapura dalam pertandingan bola sepak 3-0 semalam.  Seluruh rakyat malaysia ..diajak berdukacita .. mengalami kekalahan teruk macam itu.

Sepatutnya kita fikir ..  kita risau ..kita menanagis ..  banyak banyak ..  ramai anak anak muda tidak menunaikan solat terutama solat subuh pada jam 0535 pagi hingga 0645 pagi di seluruh malaysia/  dunia .

Kita patut risau .. sedih teramat sangat .. ramai antara anak anak kita hidup bersekedudukan .. tanpa rasa malu dan segan dan takut kpd Allah Robbbal alamin.

Ketiga.

Ada Chef @ tukang masak.ajar kita kaum ibu  memasak hidangan special melayu di tepi se buah kolam dalam kawasan hotel bertaraf 5 bintang.  Alah.. masakan seperti masak ayam berkicap  itu ..  tak payah nak ajar banyak banyak.  Bukannya susah sangat memasak lauk ayam masak kicap.  Cari ayam , rebus ayam dan masuk herba-herba tertentu dan kicap banyak banyak dalam kuali.  Sudah tentu kita dapat sediakan lauk ayam masak kicap punya.   Simple.

Tetapi disebabkan kita dah tak buat kerja dakwah; tak bercakap pun pasal agama, sunnah nabi  ..siang dan malam ..maka seluruh rakyat malaysia ..risau .. masakan ayam kicapnya tak ada rasa kicap pun.  Lantas ..anakanaknya tidak ada selera nak makan makanan ibunya.  Adusshh hai.

Rugi benarlah kita.  Kita diberi peluang hidup sekali jer oleh Allah Taala.  Cuba tanya mendiang Steve Jobs (Apple CEO),  Whitney Houston, Michael Jackson dan .. kalau boleh cuba contact Firraun dan Qarun di Timur Tengah.  Adakah betul ayat saya ini ?  Kita diberi peluang hidup sekali sahaja ..tuan/puan/ adik/ abang.

Ayuh .tuan hamba.  Marilah  kita buat kerja dakwah bersama-sama seperti mana Rasullulah dan para sahabat nya buat dulu dulu pada satu masa dahulu.  Dengan cara berdakwah itu, islam .. tersebar ke seluruh pelusuk dunia.  Bila islam tersebar luas .. islam dihormati di mana mana jua.  Bila mat salleh memeluk islam .. maka teknologi komputer, teknologi perang semua akan jadi milik islam.  Simple.  Mereka akan memeluk islam jika kita buat kerja dakwah.  Jika mereka tak mahu masuk islam pun ..insyallah aanak cucu cicit mereka pada satu hari nanti.

Tetapi .. tragedinya.. Bila kita sibuk dengan kerja lain selain dari kerja agama.. Rakyat Palestin dibunuh siang dan malam.  Begitu juga rakyat di Serbia BOsnia dan di Myanmar .. dan banyak tempat lain.  Mereka diburu macam anjing kurap dan dihalau jauh-jauh dari kampung halaman sendiri.  Rakyat Malaysia .. pun jika kita lalai dan terus lalai dengan shopping kain tudung , menonton bola dan belajar masak ayam berkicap .. kita akan mengalami kesengsaraan seperti mereka di atas.  Tuhan mampu sangat berbuat demikian.

Bagaimana buat dakwah islam?  Berjinak -jinak mengIkuti kumpulan dakwah tabligh.  Keluar 3 hari sebulan, 40 hari setahun dan 4 bulan sekali sepanjang hidup.  Buat taklim dan taklum setiap hari dalam rumah tangga kita sendiri.  Insyalalh fikir kita akan mula berubah.  Taklim dan taklum is .. baca buku buku hadith .. ayah baca ..dan ibunya dan anak anak dengar ..  sedikit demi sedikit selepas upacara sembahyang berjamaah di rumah.  Insyalalh ayat ayat dari hadith hadith nabi akan melembutkan hati anak anak kita .. insyallah.

Seminit kita fikir tentang agama Allah ..dan fikir  kerja dakwah di IPTA IPTS dan seluruh pelusuk Malaysia ..  ini adalah lebih baik dari sembahyang sunnat 1000 rakaat pada waktu siang dan malam ...  (Hadith).

Ayuh.  Kita kembali kpd agama Allah yang sejati. Fikir Nabi - adalah fikir umat pada Nabi Muhamad s.a.w. Sedangkan Fikir pasal masakan ayam berkicap, pakaian tudung ala Indon dan bola sepak bukan fikir umat yg telah diberi gelaran '  Umat Terbaik ' dalam Al Quraan nur Kareem.  Kuntum khairah ummatan ukhrijat ....  lin nnnassss .  ( kamu adalah umat terbaik ..mengajak kepada kebaikan dan melarang dari kemaksiatan ..  ).

Wallau hu aklam.  Saya menulis untuk menyebarkan kesedaran betapa perlunya fikir nabi dalam hidup kita ini.

  

0 comments:

Post a Comment