Salam
Saya tertarik dengan proses APC di sektor perkhidmatan kerajaan selepas membaca satu artikel oleh LYNNDON di Penang dalam akhbar STAR bertarikh 26 OGOS 2013. Tajuk ' award that causes a lot of dissatisfaction'.
Oops.. alhamdulilah saya sudah merasa anugerah ini . Ohhs sungguh cepat masa berlalu. Masyallah!
Siapa tak seronok ..mendapat hadiah ini. Ianya membawa banyak erti kepada insan seperti saya yg bekerja single barrel dan memakan gaji di sektor kerajaan . lainlah sahabat sahabat yg bekerja suami isteri di sekolah yg sama ini 20 tahun sudahhhh. Pertama, bagi pihak penerima AKC, kita merasa bahawa kerajaan menghargai juga pergorbanan kita berkhidmat dengannya maklumlah .. bila kita dilantik menjadi Ketua Pengawas Peperiksaan STPM .. ada masanya kita dahululah yang terpaksa menggunakan wang saku kita untuk membeli itu dan ini objek objek lukisan terutama kertas peperiksaan Lukisan Hidup. Selepas pembelian itu, kita boleh membuat tutntutan kepada pihak kerajaan. Jika kita membuat tuntutan pada akhir bulan Disember , selalunya duit itu kita akan dapat semula kpd kita mungkin pada bulan 6 atau seterusnya pada tahun hadapan. Banyak jugalah pengorbanan kita kerana musim peperiksaan besar seperti SPM dan STPM , ramai rakan kita berseronok berjalan ke sana sini membawa famili melancong dan macam macam lagilah. Tetapi kita insan yang banyak kesabaran. Dalam negeri Cik Siti Wan Bulan .. mungkin pada masa itu .. saya seorang sahaja yg mempunyai hati yg paling sabar sekali .. Allah Maha Mengetahui! Lagipun agama islam meletakkan sifat kesabaran ini sebagai satu sifat yg agung tetapi anehnya ..bila nama kita muncul di PPD dan JPN pada tahun ini.. tahun depan nama kita naik lagi. Dan duit untuk membeli ketam, jagung , daun daun pisang , jantung pisang untuk kegunaan calon peperiksaan STPM kertas lukisan itu dan ini, kita pulak yg akan diminta berkorban dahulu secara bising ataupun senyap seribu bahasa. Banyak .. kalau ditulis banyak banyak di sini mungkin tak ada pahala kita di akhirat kelak (itu ustaz ustaz yg cakaplah dan selalu para ustaz tak diambil untuk bertugas pengawasan peperiksaan pun). Paling untung .. mereka yg mana pihak sekolah; PPD tak senaraikan untuk berkhidmat sebagai pengawas peperiksaan pun. He..he..
Kedua, kita rasa seniority kita berkhidmat diambil kira rupanya. Ingat ..pihak sekolah, PPD dan JPN nak mengurniakan APC kepada guru guru wanita muda yg serba canggih sahaja dengan kereta sporty, teknologi komputer, tablet dan handphone sahaja. Baguslah ..APC patut diberikan kpd orang orang yg akan bersara maklumlah .. orang nak bersara .. mereka menyimpan banyak perasaan suka dan duka berkaitan proses PnP di tempat mereka mencari makan selama ini. Apa salahnya kita ... beri laluan kpd mereka dahulu .. bukankah anda masih muda? Kalau kita memasuki profesion perguruan pada umur 25 tahun , insyallah ikut ilmu matematik kita ada 35 tahun lagi peluang untuk dikurniakan APC dan bermacam macam lagi .. kasi chance lah kpd guru guru 'tua' itu. He..he.. kasi mereka senyum melebar sedikit sebelum mereka mengetip mesin perakam tanda kedatangan kerja untuk kali terakhir tak lama lagi.
Ketiga, mana 'aci' budak berhingus pihak sekolah, PPD dan JPN mengurniakan APC .. dan dengar khabar guru itu pulak adalah anak saudara PPD pulak itu dan bapak saudara ini siapa taktahu ..sangat intim dgn orang orang politik pro-kerajaan di bandar besar kita ini .. bila ini berlaku .. maka iklim kerja di sekolah dan politeknik akan mengalami satu keadaan bergelar 'tsunami'lah. Ramai guru akan menarik muka masam dari pagi sampai ke zuhur bila mereka berada di dalam bilik guru saban waktu 5 hari seminggu. Kualiti kerja dan sikap bergotong-royong semakin berkurangan dan tidak menjadi sesuatu yg menyeronokkan lagi. Kalau buat pun ..dipaksa-paksa buat dan entahlah .. betullah kata LYNNDON .. satu anugerah yg menimbulkan ketidakselesaan kpd kita ini!
Dulu , semasa saya dikurniakan APC kali pertama .. saya kehilangan beberapa orang kawan/ ramai kawan .. mengikut ilmu ghaib saya yg saya baca dari permukaan air dalam bekas tandahan di dapur rumah .. mereka mungkin cukup cemburu kerana .. mereka bilang 1-2-3 .. mana ada kebaktiannya, kebitaraan kita selama ini? Ha..ha... adakah kita mahu mengecat seluruh bangunan sekolah dgn warna hijau gelap .. barulah nampak gedeberannya kito .. ini?
Tetapi pada hari ini bila diimbas kembali wajah mereka yg serba masam dan mulut mereka tersangatlah muncung saban waktu pasca APC 1997 ..saya redha dikecam habis-habisan .. kerana dari jauh dengar khabar seorang dua mereka telahpun pulang ke pangkuan tuhan robbul alameen. Al Fatihah. See? jangan cemburu org dapat AKC tau?
--------------
Dalam pada itu , ada juga .. bos bos .. tanpa malu .. dalam mesyuarat besar besaran membuat kenyataan .. kpd staf staf junior .. sebenarnya dia itu tak layak APC pun .. tetapi memandangkan dia .. itu dan ini .. pihak atasan sekolah, PPD, politeknik dan Universiti mengambil keputusan mengurniakan juga anugerah itu kpd nya ..
apakah maksud mu ini bossesss ?!
malu besarlah kita .. penerima hadiah APC .. bila berada di dalam majlis tersebut.
Bila dah membuat keputusan .. jangan disebut lagi wahai Pengetua/ Pengarah/ Dekan.. perkara dan proses pengiraan itu dan ini .. ini dinamakan 'buruk siku' atau dalam perkataan lain .. ' mulut busuk; hati busuk ; entahlah XXYZ'. Ha..ha..ha..
--------------------------
Kita kena redha .. lagipun APC ini bukan bernilai RM1 juta pun. Kalau 1 juta ringgit bolehlah kita settle semua hutang kat bank , kad kredit , buku 3 lima di kantin sekolah , dan macam macam lagi pada hari anugerah tersebut. Sekadar RM1000 jer itupun .. bukan cepat .. melalui BSN pulak tu .. aduhai ....
lambatnya.
RM1000 pada hari ini .. dua kali berhenti kat bank dan shopping mall .. sudah habis RM1000 sekelip mata cepatnya apatah lagi bila 'gerabak kereta api kita di rumah cukupnya ramai'.
Ha..ha.. yang penting .. nama kita ada dalam lipatan sejarah sekolah, PPD, politeknik dan universiti. Itu yang bestnya! Betul tak?
BeGini begini lah .. dari sudut pemberi markah .. jangan disebut , diungkit lagi ...markah APC itu dihadapan staf junior atau senior dalam mesyuarat itu dan ini lagi dan lagi. Kena jaga imej penerima hadiah APC tersebut.
dari sudut penerima APC pulak .. hulur hulurkan sedikit wang hadiah itu .. contoh sembelih seekor anak unta .. dan bila disembelih .. biar semua warga sekolah ambik bahagian masak memasak buat BBQ dan makan ramai ramai .. ..menandakan .. kita mengucapkan ribuan terima kasih kpd semua BOSS dan warga sekolah kita yg tercinta. Dan satu lagi .. biarlah tahun depan kita punya prestasi kerja tidak menjunam seteruk sebarisan guru-guru paling 'malas' di tempat kita berkhidmat itu lagi dan lagi.
Terima kasih kawan/ sahabat/ KJ/ Ketua Panel/ Pengetua/ Pengarah/ Dekan / Dato N C. Saya menerima APC seada-adanya dgn ucapan alhamdulilah dan 'LEGAnya hatiiiii'. He..he... o yes ..saya tahu nikmat APC ini akan disoal di akhirat kelak.
Walalhu aklam bis sawabbbb.
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment