Hari JUmaat datang lagi

Posted by sazali

Salam

Hari ini adalah hari jumaat ketiga selepas Hari Raya Aidil Fitri 2013.

Minggu hadapan jika dipanjangkan umur .. dapat lagi berjumpa dgn Hari Jumaat ke 4. Insyallah.

Zaman sekarang, pagi petang malam cepat sekali berlalu,.. jam berputar dan meninggalkan kita.  Tanpa henti henti.  Masa terus berlalu.

Di alam universiti ini, kalau tidak staf yg meninggal, akan datang berita .. ibu staf yg meninggal.  Kalau tidak pun isteri , anak , mertua staf dan macam macam lagi berita .. memilukan kita warga universiti.

Semua ini memberi amaran bahawa satu masa nanti ..kita akan dijemput oleh Allah untuk pulang ke pangkuannya. Hendak atau tak nak ..kita akan dimatikan secara mengejut atau pun slow slow melaui penyakit silih berganti menimpa kita.   Sudahkah kita bersedia untuk masa tersebut?

2)  Dalam alam universiti kebanyakkan staf .. sibuk dengan dunia akedemiknya.  Kalau tak sibuk pun ..mereka buat buat sibuk .. menunjukkan dia cukuplah sibuk dengan research, proses pengajaran dan pembelajaran, menulis jurnal, konsultansi pelajar Masters dan PHDnya dan banyak lagi adegan sibuk menyibuk mereka termasuk penulis ini juga.  INi semua adalah contoh conton pengurusan pinggan mangkuk (sibuk dgn pinggan mangkuk dalam loghat kelantan) ..yg menunjukkan si anu bin si anu itu cukupah sibuk dan tidak cukup tangan you?

Dalam alam universiti pun , ada staf bukan akademik. Mereka pun sibuk juga.  Macam macam mereka kena buat.  Jaga peralatan makmallah , jaga itu dan ini ..  semua orang sibuk.

Tetapi dalam kesibukan itu, ada juga staf yg sibuk makan minum di warung warung Wak Jawa, Mamak India dan lain lain ..  dan mereka kelihatan ceria sepanjang masa kerana mereka boleh lagi berjumpa rakan taulan walaupun dunia sudah memberi kerestuan kpd mereka bahawa mereka adalah org yg teramatlah sibuk.  Kadang kadang disebabkan sibuk, 30 minit  jam makan minum terlajak menjadi 1 jam  ..mereka ini semuanya sibuk dgn menunggu giliran mendapatkan sekeping roti canai, 2 biji telur ayam kampung separuh masak dan macam macam lagi.  Cukup sibuk mereka.  Masa terus berlalu.  Semua staf ada jam tangan.  yg menghairankan Tak ramai yg mahu tengok jam mereka semasa di luar sana?  Lama mana lagikah aku harus berada di sini sambil orang orang kampung melihat telatah aku sebagai  staf sebuah organisasi kerajaan  bukan setakat di kawasan ini tetapi .. meluas lagi di seluruh negara, asia,   benua dan dunia yg sementara.

Tetapi awas tuan hamba ..  nikmat masa ini akan disoal oleh Allah Robbbul Alameen.  Mungkin soalan nya berbunyi

'mengapa lama sangat kau mengambil masa untuk  makan minum ..  1 keping roti canai, 1 bungkus nasi lemak, 2 biji telur masak separuh dan ...  amalan ini  kamu buat  sepanjang minggu silih berganti?

Bolehkah kita menjawab soalan tersebut?

Semasa hayat dikandung bandan .. kita rasa senang sangat nak jawap soalan itu.  Tetapi di akhirat kelak .. bukan mulut yg dapat menjawab.. tetapi semua anggota badan kita yg akan menjadi saksi betapa seronok nya kita berkerja kerajaan dalam negara islam terbaik (contohnya) di dunia ini .

Tak takut kau .. selepas masa terbuang itu , tuhan akan tanya pula.. kau rasa rezeki kau setiap bulan itu .. halal ker?

Payah nak jawab benda begini.

Kalau nak dibandingkan dengan cara cara perjalanan staf keluar masuk di sektor kerajaan dan swasta (industri Jepun, German, British, India di Malaysia ini) ..  mungkin .. staf swasta cukup cemburu ..  dengan keseronokan begini yg dinikmati oleh warga kerja kerajaan.  O yes ..staf kerajaan dapat bonus tahunan lagi.

3)  Dulu ada satu kajian mengenai produktiviti .. staf sektor kerajaan .. Dapatan nya ialah staf kerajaan hanya bekerja betul betul produktif selama 4 hari sahaja .. dari 5 hari kerja seminggu.

Mengikut hukum matematik ,  5 tolak 4 ialah 1 hari ...... telah lesap entah ke mana?

1 hari adalah bersamaan dengan 8 jam waktu kerja seminggu lesap/ hilang/ terbuang  ...
dalam sebulan 8 * 4 =  32 jam lesap entah ke mana waktu kerja kita semua..
dan dalam setahun 32 * 12 =  320 + 24 =  344 jam waktu kerja ..kita tidak jalankan secara sempurna.

Itu baru matematik dunia ..belum lagi .. matematik yg digunapakai oleh para para malaikat yg sepanjang masa taat kpd Allah Taala di dalam semua keadaan.

344 jam bagi seorang staf ...setahun .. waktu ini hilang secara sengaja / tidak sengaja .

Kalau organisasi ini ada  1000 staf ..  dalam setahun kita sudah membuang waktu kerja sepatutnya sebanyak 344,000 jam setahun.

Banyak itu tuan / puan hamba.  Atau mu rasor guano?

4) Sekarang kita sedang cuba meniru niru kehebatan , pencapaian universiti luar negara dalam banyak bidang terutamanya ..  bidang penyelidikan dan penerbitan.

rasa rasa boleh kah kita .. mengejar kejayaan ... Universiti Cambridge .. Universiti Harvard ..

apabila 344,000 jam waktu kerja satu kelompok warga kerja terbuang begitu sahaja?  Hissshh banyak nya kita membuang waktu kerja kita iniiiiiiiiii.

Aku tidak ada jawapannya pada saat ini.  Aku bukan PM untuk menjawab soalan seberat ini.  Aku sekadar melukut di tepi gantang jer.  Ada atau tidak adanya aku di sini .. tidak membawa banyak impak kpd kuantiti dan / atau kualiti  kerja organisasi ini.

Disebabkan hari ini adalah hari jumaat .. penghulu bagi sekalian hari hari seminggu ..eloklah kita pakat pakat ..fikirkan ..

kemana kita nak bawa diri kita ini .. dan
kemana kita nak bawa logo dan nama baik organisasi  kita ini..

walaupun hari jumaat kita menyibukkan diri kita dalam pembacaan surah yaseen setiap pagi jumaat selama 45 minit sahaja.  Tidak adakah ayat dlm Al Quraan yg memberi kita 'flag/ kesedaran/ keinsafan ' bahawa .. masa kerja ..kita kena jaga tuan/ puan hamba.

Semua ini akan disoal, diperiksa oleh PENCIPTA AGUNG kita.
 ALLAH nama nya.

Kawan kita dah ramai ..pulang ke rahmatullah ..
apakah nasib mereka di sana?  Tidak ada seorang pun yg pulang ke kampus menceritakan pengalaman mereka di soal itu dan ini oleh tukang nakir dalam kubur ...

Jom  kita berpakat pakat membaiki .. prestasi kita .. deh ?  Kita makan minum di luar dari kawasan opis kita secepat mungkinlah .  Ada berkat tuan hamba.

Wallahu aklam ..bis sawabbb.  p/s:  saya pun secara sedar memberi tazkirah kpd diri saya juga.  Tuan bagaimana?



0 comments:

Post a Comment