Salam
Malam ini dah masuk malam 27 Ramadhan/ mengikut kitab agama yg ada di rumah saya .. mereka selalu menyebut Lai la tul Qadar ..selalu berlaku pada malam begini ..iaitu malam 27 ramadhan.
Bersyukurlah kita masih ada di sini/
Insyallah malam ini kita jgn lepaskan peluang beramal dengan banyaknya. Sembahyang terawih 20 rakaat , baca Al Quraan dan terus qiamu lail sampai ke pagi. Sepanjang malam kita berdoa untuk:
(i) Allah kurniakan fikrah agama sekarang sampailah kita mati
(ii) Allah panjangkan umur kita untuk bertemu lagi dan lagi bulan yg mulia - Ramadhan muBarak
(iii) Allah berikan kita kesihatan, kecergasan badan, selera makan yg baik untuk terus berkhidmat untuk nusa dan bangsa dan agama. Mengikut cerita .. Nabi Muhammad s.a.w. suka umatnya yg sihat.
(iv) dan lain-lain lagi. Sila mintak sebanyak mungkin .. tolong.
-------------
Hidup ini sementara. Akhirat kekal abadi.
Kalau di saat saat begini kita dan anak anak masih sibuk membeli belah .. pakaian raya, carpet raya, tudung raya , kuih raya, sampul duit raya .. saya rasa rugi sangat kerana masa sebegini rupa elok kita maksimakan untuk membaca Al Quraan dan berzikir dan meminta ampun dgn Alllah .. kita banyak buat silap dgn NYA.
KIta patut buat muhasabah diri .. adakah amalan puasa kita pada tahun ini semakin bagus dibandingkan dgn amalan puasa pada tahun tahun sudah?
JIka amalan puasa kita sama standard dgn amalan puasa kita ketika berumur 18- 25 tahun .. saya rasa rugi sangatlah kerana ..banyak ketika kita diberi peluang menyaksikan seorang demi seorang kawan kawankarib kita dijemput oleh Allah kembali ke pangkuan NYa. Al _ Fatihah.
Sepatut nya amalan kita semakin bagus/ suci/ ikhlas dan lain-lain lagi.
Saya menulis dengan stail inikerana saya sedang muhasabah diri saya sendiri .. jika tuan/puan .. rasa tulisan ini bagus untuk keinsafan bersama ..alhamdulilah .. lah.
Jika tidak saya mohon maaf banyak banyak.
Saya rasa tuan/puan konfiden untuk terus hidup 50 - 100 tahun dari sekarang. Syabas! Teruskan shopping dan shopping. Dulu dah ada tudung dah .. 3 almari macam macam tudung dah ada ..Tudung 1 lapis ada; tudung 2 lapis ada , tudung 3 lapis pun ada ; tudung Maidin ada, tudung Freda pun ada / dah banyak dah tudung emak fredda yg ada / sekarang ..nak beli lagi tudung raya .. hishhhh.banyak sungguh tudung puan ini. Bagus kita menginfakan sedikit wang 'tudung Freeda' yg mahal itu untuk membangunkan Masjid, sekolah tahfiz, sekolah mualeem dan macam macam lagi. Ini menjanjikan pahala sampai bila bila .. sedangkan wajah kita dgn tudung cantik ala Sarimah tak akan bertahan lama. Fikir-fikirkanlah bu. Saya tahu ibu ada wajah yg cantik dan tudung pun dah ada 4 almari . Syukurlah.
He..he..
tak apa lah. Kami orang lelaki kasi chance .. kaum ibu terus membeli tudung. Saya dah cakap dah.. cukuplah membeli itu. Tak cukup dgn tudung ; singgah pulak kedai karpet Pakistan. Adush.
Malam ini Malam 27 Ramadhan dah. Ayuh bu.
Sekian.
Walalhu aklam bis sawabbb. Tuhan Maha Mengetahui.
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment