febuari 1

Posted by sazali

Salam

Sudah 1hb Febuari 2014 hari ini. Syukur kita masih sihat dan terus bernywwa lagi. Harap harap kita dpt mulakan hari ini dgn solat berjamaah di Masjid Jamek berdekatan dan istiqamah membaca Al quran sehelai dua. Insya allah.

Tadi ternampak yahoo news pihak Jakim sibuk memberi peringatan kpd muslim mengenai tipu helah org org kafir kristian dan yahudi. Aghh mengapa sekarang Jakim berbuat demikian? Kenapa tak dahulu dahulu lagi?

sejak kebelakangan ini banyak sangat isu yg dimainkan oleh pihak kerajaan. Dahulu bila Dun Gelang Patah dan Dun Kota Melaka jatuh ke tangan PKR, pihak BN cepat cepat menuding jari kat org org cina dengan mesej berbunyi cina lupa jasa baik kerajaan ini.

Untuk makluman pihak kerajaan bersungguh sungguh mencipta Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Negara. RAkyat diasuh untuk menerima kesan kita hidup berbilang bangsa dan  agama di negara ini.

Waktu BN kuat satu ketika dahulu , BN jugalah yg menjadi juara menghentam idea Hukuman Hudud. Nah sekarang Waktu BN dah mula lemah dan terus lemah ..mengapa Jakim dan kerajaan sibuk pukul gendang menuduh org org kafir selalu menyesatkan kita melayu? Pelik sungguh sandiwara 56 tahun ini.

Yang saya tahu banyak teknologi hebat adalah ciptaan org org kristian wa yahudi dan dipromote oleh kaum cina di negara ini. Org org melayu pandai membeli dan memakainya sahaja. Contoh sistem loud speaker di masjid masjid walaupun dah lama dibeli nampaknya jika sistem bunyi tak bagus, kita cepat merujuk kpd tauke cina dan teknician cina. Sistem latihan penerbangan TUDM , menfapa askar askar tentera udara (pilot) dilatih oleh org org kafir dari Peranchis?

pelik bukan?
Pihak jakim baru sedar kesan teknologi kot. Anak anak muda la ni ramai yg telah meninggalkan amalan fardhu sembahyang. Terutama subuh. Ramai yg masih tidur di waktu pagi sehinggakan bila matahari dah jauh tinggi di langit..barulah pelajar pelajar universiti mula bangun dan lantas ke kuliah dan mcm mcm lagi.

Saya rasa.. Al Quran dah lama memberi warning pasal syurga untuk org org bertakwa dan takut kpd suruhan tuhan. Tempat bergelar neraka dikhaskan kpd org org kafir dan kaum hipokrit.  Itulah rumusan cerita dari Al Quraan. Kita makhluk manusia dingatkan agar bersiap sedia sepanjang masa dgn amalan pro agama dan sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

Itu je lah surat dari saya. Yg baik dari Allah, yg tak bagus dan tak enak dibaca semua adalah kesalahan saya sendiri. Saya mohin maaf kpd org org kita.
wallahu aklam bis sawabbbb.

Hati yg mulia

Posted by sazali

Salam

Semua manusia ada organ dikenali sebagai hati.  Tuhan ni sangat kaya. Diberinya hati kepada ibu kita dan dgn itulah ibu menjaga kita dari kecil sampailah ke hari ini. Syukurlah.

bila hati itu mulia, macam macam tindakan yg baik timbul dlm diri manusia. Kemuliaan hati tidak terhad kepada satu bangsa dan satu keturunan saja.

Pada zaman arab purba, bila hati ibu itu mulia , ibu Nabi Musa sanggup melepaskan anaknya Musa alaihis salam demi keselamatan anaknya.  Dengan hikmah tuhan robbul alamèen  bakul yg membawa Musa a.s. dihanyutkan air sungai ke dalam istana  firaun ..siapa sangka isteri firraaun tergerak hatinya untuk memelihara Nabi Musa a.s. dlm istana yg mana pemiliknya firauan sdg giat membunuh semua anak anak lelaki arab pada ketika itu. Subhanallah.  Bila hati mulia macam macam boleh jadi.
itu zaman arab purba.

jom kita pulang ke Malaysia.

Orang melayu terkenal dgn hati yg mulia. Bukan saya seorang jer tahu sifat ini, bahkan orang orang portugis pada kurun ke 15 dan orang belanda pun turut sama memuji kemuliaan hati bangsa orang orang melayu ini.  Banyak rekod rekod orang inggeris turut memperakui kemuliaan hati bangsa melayu termasuk hati budi al sultan johor satu hari itu bila melepaskan air air johor kepda kerajàan Singapura dgn harga yg paling murah.Masya allah. Dalam matematik di sebut sebut percuma sahaja.  Denan kemuliaan hati dan akal serba waras org melayu johor terima balik air dari Singapura dengan harga yg menasabah dik kos pemprosesannya. O yes dalam matematik disebut profit, untung atau cerdik benara org Singapura. Disebabkan kemuliaan hati melayu, org asing buat untung dgn gaya goyang kaki jer dari dulu sapa ko lo ni. Bijok nyor kito melayu.

Itu baru cerita air johor.

Jom Kita gi ke pentas politik pula.

hati melayu tetap mulia. Zaman kehebatan mahathir sudah berlalu. Tetapi disebabkan kemuliaan hati, Perdana Menteri zaman ini masih merjuk kepada Tun Mahathir dalam semua segi.  Ini adalah amalan mulia org org melayu tak terhad kepada kaum bangsawan pun..semua lapisan melayu selalu merjuk kpd pandangan dan feelings orang lebih senior mereka. SUBHANALLAH.

Dengan keadaan hati yg mulia..kenapa bangsaku asyik pandang serong jer tindakan org lain dlm melakukan sesuatu?

contoh Dato Seri Anwar Ibrahim nak bertanding dlm Dun Kajang..kenapa Tun Mahathir sibuk pula?

Pihak B.N takut nak mencabar kerana PM Ds Mohd Najib SIBUK dgn harga jual beli kangkungnya.  Takut takut kita bila ramai orang lukis poster sate lawan sayur kangkung free of chargenya. BETUL kan?

Demi kemuliaan hati melayu yg Allah kurniakan..jom aku mintak..stop þhhhis bad mouthing sama sama kito.

kalau time Ustaz Harun Taib meninggal dunia hari tu..Tun Mahathir boleh melawat dan ucap takziah..

why oh why

dgn hati mulia..bak po Tun Mahthir tak leh makan minum satu meja dgn Dato seri Anwar kito sekali lg
 org cino pada musim raya cino ni..weh?
X
he..he..

bila melayu bersatu hati dgn sifat kemuliaan itu..patik raso..melayu akan dipandang tinggi sekali lg.

percayalahh..jom kito duduk satu masjid, pikir satu satu jer iaitu dunia kata gi..kubur  kato mari.

tak takut mu?

fikir deh org org kito yg mulia itu.

wasallam

definisikan istilah boring

Posted by sazali

Salam

Boring dalam bahasa melayu ialah jemu, menjemukan dan muak ke tahap menyampah.

Manusia itu boring dalam 10 keadaan.

Pertama, baru khawin tetapi pasangan mencari nafkah di benua berlainan. Contoh suami bekerja menggorek sumber minyak di Qatar sedangkan isteri menjaja karipap di kawasan ladang Teluk Intan, Perak.  Kasihan bukan?

Kedua boring berlaku jika soalan matematik yg diberi guru tidak dapat dijawab oleh aku walaupun dah banyak kali mencuba bertubi tubi.  Keputusan? Blank dan blur

Ketiga boring terasa sangat jika seseorang individu itu je yg menjadi tukang penyelamat kes kes kecemasan oleh pihak sekolah.  Contoh jika ada meeting antara sekolah berprestasi tinggi melibatkan pengetua dan kroninya, guru guru muda belum khawinlah tukang penyelamatnya. Ada ke patut pihak sekolah berbuat demikian?

Keempat, boring berlaku juga bila mcm mcm herba dimakan diminum pesakit yg mana kesudahannya satu kematian dlm wad hospital usm, kubang kerian. Persoalan sekrang ialah apakah faedah makan minum herba itu semua? Dlm proses mandi mayat banyak najis si mati semua tosik herba. Rugi bukan?

Kelima, pelajar sekolah berprestasi tinggi kurang mahir bercakap bahasa inggeris walaupun banyak sudah wang sekolah diperuntukkan untuk menaikkan kebolehan B.I. dlm kalangan pelajar pelajar elit ini. Konon kononlah. Cukup tinggi nilai perasan mereka.

Keenam, boring itu datang jika jiran sebelah yg semua loaded tiba tiba merayu simpati kpd kita berjawatan dispatch di syarikat kaurier 24 jam ini. Tak tolong kasihanlah, kalau tolong kita nak makan apa waktu waktu bertugas esok, lusa dan tulak.

Ketujuh, boring selalu disebut oleh orang mengidap kencing tak puas/lawas. Banyak sudah kain pelikat bertukar ganti tetapi ibadat sembahyang subuh 2 rakaat 5 minit tak settle settle lagi. Aduhai..senapang asli. Apa gerangan semua ini?

Kelapan, boring boring boring. Dapat laki tua nafsu besar tenaga kurang.  Ssebelum khawin semua janji berehhhhs, tetapi belum apa apa ..pak chik terkulai sudah.  Alangkah rugi hidup ini kan?

kesembilan, rakyat ramai terasa boring teramat sangat bila perdana menteri tak pintar berhujah dalam kotak telivisyen. Walaupun dia graduan luar negara dlm bidang ekonomi industri , ada ke patut cerita kangkung punya harga dipilihnya sebagai item /bahan harga dah banyak turun sedangkan org org melayu belakang paya umah aku tak makan sayuran jenis lembik dan free of charge ini.  Boring punya kepala negara!

Dan akhirnya..boring is the saddest thing berlaku bila hero melayu zaman la ni kalah dlm banyak segi dengan orang rumahnya.  Contoh dlm bidang akademik, suami kalah; dalam bidang angkat berat angkat guni beras ke..sang suami selalu tak larat. Sudahlah yah boring lahhhhhhh. Al Fatihah.

Jom aku ajak ramai kita berubah. Mahu tak?

ucapan tahniah

Posted by sazali

Salam.

Hari ni menghadhiri majlis kenduri khawin anak saudara isteri. Anak Pm Dr  R. Utm skudai.

nak ucapkan tahniah.  Now amalan anak dara tu semua berpindah dari ayah kpd sang suami.  Tahniah n lega bukan?

he he.

3) as parents kita nak sangat menantu lelaki dpt bimbing anak pompuan kita ke syurga. Ameen.

4)  how? Taat pd suami tetapi mak ayah jgn lupa.

masak untuk suami n anak anak..tetapi simpan sikit untuk mak ayah kita juga. Boleh?

ada kesah tu..bila dah duduk asing asing ..jrg sangat tanya khabar berita mak ayah tu.  Jgn lupakan mereka tau?

Jg solat mu dan ngajilah quraan tu.

o yes..degree habiskan.bila dah graduate n kerja , agihkan sikit untuk mak ayah tu.

ingat tu ..wahai niece.

he..he.

saya tak ada merz nak hadiahkan sempena mu khawin..itu jer nasihat ku.
cakap elok elok di tempat org.

perhatikan apa masakan kegemaran laki mu.

jgn over over.

Bersederhanalah dlm mcm mcm hidup ni. Jauhkan hutang. Bahaya nak.

sekian.

wasallam

Berbual dgn Steven

Posted by sazali

Salam

Tadi berjumpa Encik Steven dari Canberra tetapi bekerja dengan guru guru di Kulim pasal bahasa inggeris di Kedah 5 buah SK di sana.

hasil perbualan ialah:

i)  guru Bahasa Inggeris mengajar BI tetapi bercakap melayu kebanyakan masa dlm kelas
ii)  begitukah yg berlaku di SMK
iii) bagaimana pula dgn di Universiti / politeknik /universiti kita
iv)  kalau lecturer matematik mengajar matematik menggunakan BI ..adakah itu berkesan/ berhasil?
v)  Dia tanya aku ..mengapa salahkan sistem pendidikan Malaysia..  sepatutnya guru/ pensyarah sendiri lah yg menentukam bahasa mana yg terbaik untuk keberkesanan P n P kita

He..he..

Bagus jugak dapat feedback dari pakar rujuk yg dibawa kerajaan ke sini.  Aku belanja RM15 untuk feedback ini di Airport Kota Bharu sambil sambil menghantar isteri ke JB.  Firefly?
Standard BI di Kedah sama jer dgn Standard BI di Kelantan kito ni/

He..he..  jgn salahkan sistem.  Kita boleh menentukan sendiri.

Sekian.  Wasallam

Ombak kuat menyerang pantai

Posted by sazali

Salam

Kalau kita belajar Geografi di bawah bimbingan Goh Cheng Leong pada tahun 1965 - 1980 , kita selalu diajar dgn kesan ombak melanggar pantai sepanjang ketika.

Bila ini berlaku , pantai runtuh  dan rakyat tempatan kelihatan 'mata putih' jer.

Sekarang pun ..ombak dah jadi .. macam macam ..

harga harga barang dah mulai naik ...

2) harga rumah teres di Klang Valley 800K paling murah
3) ada famili ..si ayah jer jadi pekerja utama cari makan siang dan malam sedangkan si ibu duduk jaga anak dan rumah.

ok ke tu?

mesti susah kan?

apa boleh buat ... kita kena ucapkan alhamdulilah..  kita mampu bertahan lagi.

bukan mcm pantai .. terus hilang di bawa ombak yg tinggi menggunung ..Acheh 2004?

4)  ayah kena fikir mcm mcm ..pasal duit nak sara keluarga.

dati muda sampai la ni ..fikir nya tak sudah sudah. Kasihan dia?

Goh Cheng Leong kata .soon the land will be swept away with the tall waves. what shall we do dear?

sekian.
walahu aklam.  Bersukurlah ada lg ayah kita ..membanting tulang 5 kerat zaman moden ini.

maaf jika ada yg susah hati ..bersambung nanti/

Bersyukurlah kita semua

Posted by sazali

Salam

Bersyukurlah kita ..menjadi rakyat Malaysia kerana

1)  negara tak huru hara macam Thailand / Syria/ Mesir
2)  berbilang kaum pun kita boleh duduk sama sama secara aman damai
3) semua rakyat disekolahkan selama 6:5:2 iaitu 13 tahun lamanya/ jika ada kelayakan boleh sambung ke IPTA/IPTS/  tak ada duit boleh pinjam PTPTN ..syukurlah. Mana ada negara macam ini baguih punya!
4)  musim pilihan raya ..  ada org mungkin guna PATI  tetapi selepas pilihan raya .. PATI ditangkap pulak ..betul kata org tua dulu yg dah lama mati ..habis madu, sampah dibuang..bila PATI ditangkap dan dihantar pulang .. majikan mereka tak payah bayar gaji PATI ..  untung banyak mereka bukan?
5)  pihak pembangkang kata itu dan ini , berganding habis-habisan dgn puak lain pun .. tetapi pihak kerajaan menang jugak..  payah nak tumbang kerajaan kita ini.  Allahu Akbar!  berkat doa agamawan dari pihak kerajaan. Syukur .. boleh berkuasa lagi 5 tahun lama nya.
6)   lebuh raya ada ..bayar tol mahal ..  tetapi trafik sesak jugak ..rakyat ramai yg sabar peringkat tertinggi punya.  Alhamdulilah.
7)  buat apa apa pun ..  rakyat kita baik hati ..tak berani mati ..  sebab itu .. negara kita terus jadi begini
8)  tengok Thailand ..sekejap jer .. kerajaan Bangkok dah istihar darurat ..malam tadi 21 Jan 2014.  Kita di Malaysia ..payah nak jadi gitu. Syukurlah ..  Malaysia terus aman damai walaupun.. ramai rakyat derita bila ada anak ramai ke sekolah dengan harga kueh ada naik, tambang bulanan bas sekolah  naik dan mcm mcm benda terus naik.
9)   tahun ini Visit Malaysia 2014 ..tetapi Malaysia dah ada 3 juta pendatang luar .. jika ada pendatang ditangkap dan mereka pakai kopiah .. nama baik org islam dan melayu sejati di negara ini terpalit sama // kopiah terus dipakai .. org dalam penjara bila berada di sana kerana tersabit kesalahan , imegresen .. cukup sayang nak tanggalkan kopiah mereka sedangkan Menteri yg menjaga hal ehwal Islam di negara ini.. tak lekat pakai kopiah pun .. ustaz berceramah dlm TV ..tak ramai mahu pakai kopiah pun..  walaupun ..hari itu ..sibuk berarak ke hulu hilir bawah matahari ..  lagak sayangkan Rasulullah s.a.w.  .. ikut sunnah Nabi .. tersayang .(konon kononnya lah).  untuk makluman ..Nabi Muhammad s.a.w  selalu tutup kepalanya ..  dengan kopiah dan serbannya.
10)  syukurlah ... ada segelintir agamawan dalam negara ini .. kata hukum hudud tak boleh dilaksanakan kerana negara ini ada berbagai bagai bangsa ..  yg dah lahir di sini sejak 60 tahun yg lalu dan juga bangsa asing dibawak masuk secara senyap / secara terang terangan ..  aghhh  Hukum Allah tak leh guna pakai tuan/puan .. rosak ekonomi.  Depa katalah.. dgn berkat itu negara terus aman walaupun harga barang terus naik dan naik.
11) syukur .. Malaysia terus aman ..  damai ..  ada 3 kes sensasi .. selepas bertahun tahun disebut dimahkamah ..tiba tiba semua aktor penting dilepaskan ..  habis pokok ditebang ..kerana buat akhbar suruh rakyat baca berita itu dan ini ..akhirnya ..semua dilepaskan. Bagus negara ini ..?  syukur alhamdulilah.  rakyat negara ini cukup setia .. dan membaca berita akhbar pun tak semak cerita.
12)  Syarikat MAS .. mengikut laporan kewangan selalu rugi ..  sedangkan Air Asia setahun jagung .. banyak destinasi membawa untung .. Kenapa yer?  MAS = syarikat kapal terbang bawak anak anak menteri / semua free kot sana dan sini / may be ?  Matlamat .. perkhidmatan servis sahaja bukan matlamat nak cari untung.. tak apa tak apa ..  ekonomi kita terus kukuh dan dicemburui oleh bangsa bangsa luar negara .. Syukur Alhamdulilah.
13) tahun tahun lepas kita bersyukur banyak banyak. staf kerajaan bonus setengah bulan.
14) tahun makan kangkung ini ..syukur juga alhamdulilah ..  matahari terus muncul di ufuk timur/ tak ada tanda kiamat datang pun /  matahari turun dgn setia ke ufuk barat ..ikut formula tuhan robul alameen. syukurlah
15) tahun depan dan seterusnya ..  bila harga naik itu dan ini ..  negara ini banyak beruntung ..banyak murah lagi barang barang ini ..kata memanda menteri .. dan semua rakyat kata ..alhamdulilah .. syukur banyak banyak ke hadrat illahi.  Kita pakat sembahyang sambut tahun hijrah yg baru.
16)  org pandai kata alhamdulilah
17) org tak cerdik ramai pun kata alhamdulilah .. why?  ramai anak anak melayu dapat kerja gomeng sana dan sini ..bersyukurlah.  Satu jabatan itu 100% staf melayu.
18)  Malaysia macam 'dustbin' .. negara luar berperang .. dan susah ..ramai rakyat lari dan masuk Malaysia.  Visit Malaysia atau lets check the bin?
19)  kasihan ..kat polis dan pegawai imegresen kejar PATI ..  tak ada kerja , cari kerja lagaknya..
after tangkap PATI ..mereka dapat makan free ..  duit negara terus teris ..bocor .. dan kita pakat pakat sebut syukurlah ..alhamdulilah ..polis dan imegresen kuat bekerja dari malam sampai ke subuh ..  hari demi hari mulai 21 jan 2014
20) pendek kata .. Malaysia negara unik.  Dulu kaya sekarang banyak sangat hutang .. walaupun ..ramai rakyat diajak menyebut Alhamdulilah  banyak banyak..
21) ke mana kita nak gi ini?  kita ramai di dadahkan ..mabuk ..  mcm ikan kena tuba ..  mabuk dan pening ..asyik angguk tanda setuju.

Sekian.
Kasihan kat saya dan tuan semua.  Orang luar kata kita 'dipermain mainkan' dan bila mati nanti cucu cicit akan kata kita pada tahun 3030 ..  B***h belaka orang orang kito  dulu ...  ada chance lawan / implement hukum allah .. tok ser buat apa apa.. now apa mcm 3030 ..?
Wallahu aklam bis sawabbb.  Saya posman jah.  Al fatihah/  wal asri/  maaf banyok banyok adik kakok sekalian.  bersyukur sajo lah

Ada idea tulis

Posted by sazali

Salam

lama sudah saya menghilangkan diri.  Bukan apa ..  saya diberi dugaan ..sakit gigi.

2)  Now ..ok sedikit dah ..alhamdulilah.

3)  Idea nak share hari ini ialah ..

pasal ..

" bila anak peremopuan kahwin org luar ..dan buat harta ..di luar negeri .. mu akan hilang .. anak mu itu ..mulai sekarang?  Betul tak?"

Fikir fikirlah.

Orang cino .. Hang Li Po ..  kata .. anak tino anak org.
anak jantan ..baru anak kita ..

Mu setuju tak?

4)  Orang perempuan ..akan ikut suami.  Kemana suami bertapak dan buat harta .. sama ada cash/ hutang ..  tempat itu jadi kampung mereka dah.

Org tua .. dikampung sebenar .. contoh Pasir Mas / Pasir Puteh/  Dabong .. bolehlah ..kesat air mata itu mulai sekarang.

Payah dah anak tino nok kelek jengok kito ..tak segar mana dah.

Betul tak?

5)  Sekarang dah ada ...istilah  "Sura Rumahtangga/  Mr Papa " bukan Suri Rumahtangga.

Suami jadi .. tukang urus rumah  tangga.  Isteri ...  keluar kerja .. dari pagi sampai senja.
Payah kan?  bayangkan ...jika mak dan pak mertua ..datang sekali sekala ke kota ..  duduk 3 hari 3 malam ..  tengok anak jantan dio dok basuh kain, vacuu carpet,  .. buat susu ..  uruskan lampin anak, masak nasi , basuh kuali , basuh sodek nasi  ..  gi hantar bini ..

ok kor ..abang haji kito tu?  sedak kor mato mu mengeleh tu?

he..he..  masa cucu kecik kecik ..ok kot tetapi bila .. anak cucu masuk MRSM ..  bila ada borang itu  dan ini .. bahagian jawatan ayoh ..mu nok tulih gapo hah?

then ..then .. then ..  gaji ayah?

( dalam borang tu ..boleh tulis ... gini kot ...  refer to ibu please?)

Gitulah dulu .. cuba fikir fikirkan ..
let me tell..  better si jantan cari kerja .. bilo dah cacat benar .. baru ..ok bini cari kerjo.

But ..ada ustazah / ustaz dalam astro ..kata semua itu ok dan bahagia.  Mu sibuk benar bakpor nyor/

He..he..

Masa mudo .. semua ok..  masa mudo ..alll looks ok .. tetapi mudo mu sekejap jah adik oii

hari bertukar hari, minggu bertukar bulan,  dulu parti UMNO ..now parti PAH ..memerintah..

ustaz dalam masjid kato gitu dan gini .. pasal ..itu dan ini..terkena batang hidung kito..
umur dah banyak dah ..  betul jugak kator ustaz itu... he..he..

jantan is jantan ..if dio cari kerja kat luar sana/ peluh pela / cari makan // then we makan kat bini dan anak aank nya ..  ada berkat/ ada hebat ... jantan mu itu.

Sekian.  Maaf jika terasa ..sikit dan banyak.  Apa leh buat .. aku posman sahaja.

Wallahu aklam bis sawabbbb

Timbang rasalah sikit abang ooi//

Posted by sazali

Salam

Dalam hidup ini bagus jika kita ada sikit timbang rasa.  Dengan cara begitu, orang pandang mulia kpd kita.

Beriku adalah contoh.

1. Orang buat baik kpd jangan loket loket ayuh kita ucapkan terima kasih. Tak susah 2 patah perkataan jer. Terima kasih.

2. Orang tegur kita semasa ambik air sembahyang. Ucapkan terima kasih adik.  Banyak faedah bila ditegur ..kita selamat membuat amalan yg betul mulai saat ditegur itu. (positif thinking)

3. Kalau isteri sakit (bersalin) jangan ganggu ganggu dia. Tak lama. 100 hari sahaja. Bila line semua clear iaitu emak mertua dah fly airasia, pak mertua fly melando ..bolehlah tu. Kesabaran si suami ke atas si isteri dlm proses mengandung n melahirkan anak ..itu semua tergolong dalam kitab besar yg dipanggil timbang rasa.

4. SEKARANG semua barang naik harga. Hatta kueh di sekolah sebiji pun dah 60 sen. Bayangkan kalau orang itu ada anak 6 orang masih bersekolah. Banyak mana duit sekolah perlu dibekalkan saban hari.

tiba tiba memanda menteri memberi contoh harga kangkung dah turun harga. Relevankah cerita pasal kangkung tu?

orang mana makan kangkung weh?

tak ramai bukan?
Kalau disebut pasal harga gandum, gula dan minyak masak ..ada yg turun harga..sedap jugak hati dan telinga rakyat jelata mendengar nya.

kita dah ada timbang rasa jika kita bilang benda benda dlm konteks kehidupan payah benar la ni.

Atau mu rasa guano memanda dan isteri demo tu?

5.  Timbang rasa?  kalau kita nampak org berjalan kaki menuju ke masjid , di bawah panahan kepanasan matahari ..  ambiklah dia .. tak luak apa apa pun seat kereta mu itu.  Kita boleh pahala bangggg.  Manalah tahu kualiti solat sipenumpang itu lebih bagus dari kita ..yg mana dalam sembahyang pun ..kita tak leh fokus pasal kebesaran Allah .. sedikit habuk pung.

6.  Kalau org cina sebut Allah ..  semasa terlekat tulang ikan terbok ..  bakpor mu marah kat dio nyor?  Dia cina kuala krai ..  org cino di situ semua kecek kelate .. bau budu pekat sangat.  Nama Allah dah sebati dalam kehidupan mereka dah.  Salahkah dio sebut Allah itu?  atau .. dalam kitab mu .. ada wayak .. nama Allah .. org melayu punya jah.  Pelik kan?

Sekian. Sakit gigi ni.
Maaf doktor balqis kota bharu tok galak kita makan spinnach kangkung itu. Cemar air longkang..mu tok napok ko?

wasallam

Life is pretty simple lahh..

Posted by sazali

Salam

tajuk itu bermaksud " Hidup ini terlalu mudah lahh".

Ikutilah apa yg saya maksudkan .. jgn marah.

Life is pretty simple.

Apakahmaksudini?
·          Ada duitbelilah
·         Takadaduitlebihbagusdudukdiamdiamdalam flat 30 tingkatmacam di Pulau Pinang itu
·         Ada hatiberanitanyalah
·         Takadahati (keberanian)  jangancuba Tanya.
·         Ada kemampuan buatlah kenduri khawin anak mu grand and grand macam menteri menteri BN itu
·         Kalau kita tak ada kemampuan, jangan cuba berhutang bank dan sanaksaudara.  Mulut tempayan boleh tutup tetapi mulut orang payah abangoii.  If hutang, hutanglah banyak banyak biar berbaloi baloi malu.
·         Ada tenaga ,boleh khawin lagi Satu, Dua , Tiga dan paling tak pun keempat (janda mamak uli roti Penang maghi).
·         Kalau banyak bendal embik ,baik kita ‘shut-up YOU’!
·         Ada masa, pergilah UMRAH
·         Kalau tak ada masa, kita buat sembahyang sunnat kat umah dah lah
·         Ada kereta, belajar jauh jauh mengaji Al Quraan, tajwid, Ustaz Don  dan keluar dakwah Negara jauh (tabligh)
·         Tak ada kereta, kita tumpang kawan ‘car pooling’ tetapi jangan lupa minyak dan tol share share tau?
·         Ada bini lawa, can tayang kat org lain
·         Ada bini kurang menarik , jangan bawak jauh jauh
·         Ada anak sihat , alhamdulilah
·         Ada anak anak selalu taksihat, sabarlah.  Dah tuhan nak menduga mu itu.  That day org dah bilang ..bakal bini mu itu minah itu always down.  Kau tak mau dengar.  .
·         Ada umur, sabar dan ucapkan ‘Maaf semua..saya laser sikititu’.
·         Ada umur tak lama ..ucapkanastaghfirullahhalazeeeem.  Bertaubat segera wahai manusia.
Ada duit , makan
tak ada duit ..jgn makan.  Rela mati dari ..meminta minta.. malulah...  sikit//


Sekian.

WalAsri  ..sesungguh-sunnguhnyasemuamanusia dlm kerugian ..  kecuali 4 org -  org yg beriman, beramalsoleh, ajak mengajak kpd tuhan dan tetap dgn kesabaran.

Penjual kueh

Posted by sazali

Salam

Ramai orang bercita-cita untuk berniaga.  Dari perniagaan kecil kecilan datangnya motivasi / minat untuk mencuba bisness yg lebih besar.

Ada orang berniaga kueh tradisional dan ada yg jual kueh ala barat.  Masing masing bertawakal kpd tuhan seperti burung yg keluar dari sarang masing masing , perut kosong tetapi bila pulang kenyang di waktu petang.

Masing masing tak mengganggu orang lain dalam proses berniaga.  Bila pulang dari jualan , ada burung yg kenyang dan ada burrung yg tidak bernasib baik.  Tetapi prinsipnya .. setiap burung (haiwan) tidak mengganggu urusaaan hidup mana mana individu/ burung burung yg lain.

2)  Begitu juga si penulis blog ni .  Dia menjual idea.  Seperti dia menjual kueh dari hari ke hari.  Setakat ini ada kueh habis dijual dan ada masa ...sebiji kueh pun tak laku.  Tetapi yg bagusnya...  jika tak suka kueh (tulisan) saya ini ..jangan kacau gerai kueh saya ...  kalau tak suka ..tolong beralih ke gerai lain/ lokasi pasar yg lain/ web site lain .  Yang penting ..anda sebagai org org pandai ..biarkan saya menjual kueh kueh ..mana tahu ..idea kueh ini ..akan saya gunakan untuk menyelamatkan diri saya dari api neraka yg tersangatlah pedih.

Jika anda faham apa yg tersurat dan tersirat ini .. terima kasih banyak banyak.
Jika anda tak faham ...apa boleh saya buat ... saya akan .. tuntut semua kebaikan tuan/puan untuk dikreditkan ke dalam akauan amalan , muamalat saya.  Dan saya akan buat rayuan agar .. semua dosa saya didebitkan kedalam akaun amalan tuan hamba.  Why?  tuan merosak kan penjualan kueh saya selama ini.

Saya mohon maaf jika ada yg tersalah bahasa .. dalam proses buat dan jual kueh ini maklumlah penjual kueh ini bukan dilahirkan 20 - 30 tahun yg lalu.  Selera kita jauh berbeza.  Tetapi ..  Untuk makluman kueh kueh ini sudah pun berada dalam pasaran sejak tahun 2010 lagi.  Ada orang kafir yg suka kueh mueh saya . ..dan cara mereka berinteraksi ..  saya berdoa agar kami berada dalam kumpulan yg Allah redhai.  Insyallah.  Manalah tahu setelah lama makan kueh mueh yg tak seberapa ini ..tuhan bukak hatinya untuk mengucap kalimah syahadah dan kami mati dalam iman.   Parti yang mati dalam iman ..insyallah SYURGA tuan.  Subhanallah.

Sekian.  Wallahuakalam bis sawabbbb.   Al Fatihah.


Takut nak cuba

Posted by sazali

salam

Kita dibesarkan dengan perkataan 'takut'.  Pertama takut kat hantu.  Kalau dok sorang sorang di lab penyelidikan waktu jauh jauh malam .. kita takut kat hantu.  Kedua .. takut nak jalan jalan kaki ke masjid ..takut dibaham binatang buas seperti harimau dan singa atau ular kapak.

2)  hasil takut takut ini , kita rugi dalam banyak kes.  Ikutilah senarai ini

2.1  takut nak sambung belajar tinggi tinggi
2.2  takut nak mintak anak dara orang ..terutama yg berstatus Ir, Ar, Dr, PM dan Prof/  ustazah// termasuk nak pinang janda orang (agghhhh..apa salahnya)  Laugh
2.3  takut nak buat bisnes ala moden seperti 'on-line' bisnes
2.4 takut nak terokai pasaran luar negara seperti jual barang antik dari Daerah Jeli dan Gua Musang
2.5  takut nak beri pendapat, idea ( takut org ketawakan kita nanti)
2.6 takut nak check brest/ buah dada .. kata sakit di sebelah kanan itu// takut nak check 'batu'  ,,kata berat sebelah dgn magnesium, aluminium dan sodium chloride
2.7  takut nak tulis
2.8 takut nak pangkah ..parti pembangkang ..tengok dgn kerajaan yg ada ..semua barang sudah naik.  Padan muka kau/aku/kita semua
2.9 takut nak ...    kata itu dan ini. Kerajaan la ni berjimat RM10,000 sehari tetapi tiris (bocor) leaking RM5,000,000 sehari. Why?  takut nak kata kerajaan kita banyak b*doh.  Kasihan ..ramai staf kerajaan kena berjimat ..sampaikan org org besar universiti pun ..naik pesawat klas ekonomi.  Ini sudah teruk lah.  Org jual ikan kat kampung aku pun ..relax jer naik kapal terbang MAS klas ekonomi.  Bila bercampur dgn org org jual apam, apam balik, ikan kembong, cincin permata Ghurkha ..bagaimana nak .. improve idea research kita dari FRGS itu// we need some privacy right?  we need to mix ..with the right people ..so that .. idea dapat dijual kpd pihak industri//  where got road like that ..  mixing with the commoners/ thats why we fly bisnes class ..aghhh.. masa sedap dah berlalu. Kerajaan nak sangat berjimat.  RM10,000 sehari berjimat tetapi bocor RM5 juta sehari.  A penny wise but 10 sterling pounds foolish.
2.10  takut nak bercampur dgn org orang luar ..takut .. itu dan ini ..
2.11  takut nak buat filem ..yg membuka mata anak anak muda melayu.  Ini lah dunia realiti kita. Asyik cerita pasal cinta sahaja.  Tak boring ke ..cerita gini?  Sejak arwah Seniwati Saadiah, arwah Seniwati Noormadiah , Seniman P Ramlee .. sampai sekarang filem melayu ..berkisar dengan dunia cinta/ malu malu kuching/  agama/ sosial /

masalah mat gian/ minah kilang //  ..common brother ..  kita kena terokai idea baru.  Whjy jadi gini?  kita hipokrit.  Betul tak ?  ha..ha..    Dalam filem mat salleh ..kita alright jer ..why ..dalam filem melayu ..semua NOT ALRIGHT anymore/

dalam bolasepak piala dunia/// tak nampak aurat pun pemain portugese dan brazil ..tetapi ..jika melayu berlari laju dgn bola dalam stadium ..sibuk kita cerita pasal aurat itu dan ini..akhir akhirnya .. Malaysia kalah dgn Vietnam .. sebab pemain bola Vietnam rampas bola dari melayu dan sumbat gol .. 1 kosong .  
3)  hasiil takut ini

kita masyarakat islam selalu tertipu.
tengok org asing masuk kampung kita ..jual karpet .. pendek, besar, panjang, berbulu , bersinar sinar dan macam macam bentuk karpet mereka ..lama lama mereka dah kaya raya

tengok org asing ..datang negara kita .. setiap bulan hantar ke kampung halaman mereka berbilion RM ..paling top of the list Bangladesh, Indian, Pakistan RM2 bilion sebulan;  Indonesia RM1 bilion sebulan , Thailand & Filipina  RM0.5 bilion sebulan  ( reference:  STAR minggu lepas)


o Yess .. rakyat malaysia .. dapat BRIM1 dan BRIM2.

tengok ..bangunan tinggi tinggi pencakar langit ..semua dikerjakan / diusahakan oleh pekerja asing seperti Indonesia dan Vietnam

tengok restoran makannan segera KFC / McD  ..minggu lepas ..saya di Pulau Pinang .. nampak ramai dari negara luar ..bukan Malaysia.

Why did this this happen?

jawapannya TAKUT

Takut itu dan ini.

Serba serbi takut.
Serba serbi malu
serba serbi segan lahhhh
serba serbi geli gelemanggggggg


He..he..

Good bye my friends.  Oran lain dah lama menerokai bulan dan minyak dari dasar laut.  Kita dok asyik cakap ;takut' itu dan ini.

Sekian.  Fikir-fikirkanlah. kita bersama sama.

Wallahu akalam bis sawabbbbb. Al Fatihah.

makan minum kita

Posted by sazali

salam

haiwan makan setiap hari.
manusia pun makan setiap hari.

Jika kita makan ikut sunnah nabi .. insyallah proses makan ..di kira satu ibadat.
Jika setiap hari kita memperuntukkan 4 jam makan minum sahaja ..semua 4 jam itu dikira ibadat.

makan kenyang .. dan pahala pun dapat.

2)  Tetapi ..

3)  Tetapi ..

jika kita makan benda haram ..
jika kita cari makan minum dgn cara menipu , merompak, memperdayakan orang lain ..  semua proses dan masa makan minum kita tidak dikira ibadat walaupun ..kita baca semua doa masnun nabi.  Why?  sennag jer ..kita menipu orang ramai dalam proses mencari makan.

How?

penjual buah buahan .

Di satu tempat .. penjual ini bersumpah wallahi ..  durian ini bagus .. dijualnya durian itu ..  pembeli ..bawak durian itu ..ke rumah/ dikopek durian ..kasi makan anak anak dan bini ..tiba tiba durian didapati berulat.

So kau menipu bukan?  hukum duit yg kau dapat itu haram.

Di satu tempat ..penjual rambutan/ duku/ langsat/ jambu .. diletakkan buah-buahan elok elok di atas tepai di bawah longgokan buah itu ..dimasukkan juga buuah yg sudah rosak.  Bila dijual dan dibeli .. hasil duit jualan ..dikira haram.  kau menipu.  Orang menipu .. buruk padahnya.

kontraktor.

Ikut plan rumah/ bangunan .. dicatitkan oleh akitek ..cara buat bangunan gitu dan gini ..
tetapi bila kau bina ..kau cuba cari jalan pintas .. bangunan siap .. semua lulus ..tetapi kau tahu .. kau dapat banyak untuk ..buat jalan pintas .. kurang semen .. kurang pasir ..  semua duit untung ..kau aagak agak dapat ...dikira tak bersih @ haram.  So how?

kalau kau gi umrah haji 300 kali sepanjang hidup mu ..bawak isteri anak..ibu bapa ..mertua satu , dua m tiga danm empat .. isyallah ..semua pahala umrah / haji ..aku dan pembeli rumah atau bangunnan akan buat tuntutan di padang masyar kelak ..  semua pahala kau akan masuk akaun aku / dikreditkan ke dalam akaun amalan aku.  Semua dosa aku akan masuk ke dalam akauan engkau.

wal hasil ... ada org akan pulang jumpa Allah ..  sebagai orang bankrup/ muflis.

Amacam Encik Abang/  Cik Puan/

ada best tak?

sebab itu aku tak minat sangat nak gi umrah.  Aku dah agak ..  aku akan menang kes di padang masyar kelak.  He..he..

seronok kau ..tak   lama encik abang/ Cik Puan /,,,

bertaubatlah.

Sekian. Renungkan ..sebelum kita terlambat.  Sekarang akaunting sangat modern.  Kita goyang kaki .. org lain buat amalan umrah / haji ..semua pahala dikreditkan ke dalam akaun kita ..yg kena tipu sepanjang hari.

Walalhu aklam bis sawabbbb.  Al fatihah.

Faedah kepada sabar

Posted by sazali

Salam

Hasil dari nasihat tuhan Allah "..sesungguhnya Allah bersama sama dengan org org yg sabar.."

maka ..

hasil / faedah sabar ialah:

(i)  jika kita bergaduh suami isteri pun ..kita kena fikir panjang ..  dengan adanya anak anak yg kecil ..patutkah aku meruntuhkan rumah tangga ini? tidak ada cara lain ke abang ooi?  patutkah aku tendang isteri ku ini .. semata mata cemburu buta nya ... he..he..

atau patutkah .aku tinggalkan suami ku yg semakin tak bermaya ini ..
sabar kakakkkk

(ii)  jika kita berlainan pendapat dalam pelajaran, opis, universiti, kajian, penyelidikan ..  kita sabar jer lah ..  mana tahu lain kali ..orang akan ikut idea kita pula

(iii)  sekarang trafik di Kuala Lumpur selalu jam.  Tahun 1970 trafik jam ..tahun 1980 traffik jam ..
dan selepas kita bayar tol pun ..banyak tempat trafik jam .. just say this "..we are not the only one caught in this stupid traffic jams!"

sabar je lah ..  apa leh buat ..rakyat Malaysia tersangatlah sabar ...
org melayu sabar jer ..jika ada bangsa lain menghinakan agama , budaya, adat buadaya, bahasa, ranking universiti kita jika dibandingkan dgn universiti luar negara yg lain
org melayu sabar jer ..  jika ramai yg dah tahu ..ada muslihat dalam keputusan PRU 13 baru baru ini
org melayu sabar jer ..keputusan mahkamah ..semua pemain utama dibebaskan .. sedangkan di Puncak Alam ..  ada org mongolia diletupkan secara brutal ( o yes ..bom C4 adik oiii)
org melayu kedah sabar jer ..dengan keputusan kes arwah Norita Shamsuddin ..  dia dibunuh tetapi .. ada pesalah didapati .. tak ada kes .. ke atasnya ..maka semua lepas bang oooii.
orang melayu sabar jer ..  jika ada peniaga bukan islam menggunakan resipi dan elemen tak halal (lemak binatang) dalam makanan makanan kita.
org kelantan sabar jer ..  ramai anak anak pandai keluar dari kelantan mencari rezeki ..
org kelantan ssabar jer .. royalti minyak tak boleh dinikmati oleh rakyat kelantan ..sedangkan rrakyat terengganu .. dapat nikmat royalti minyak itu
org trengganu sabar tinggi juga ...  stadium runtuh dan masjid pun runtuh .. walaupun ..  tetapi so far ..tak ada lagi kes disebut dalam mahkamah bukan pasal rasuah atau .. apa lagi abang
org melayu sabarnya tinggi ..  buat macam mana pun ..  kerajaan tetap teguh ..  polis, tentera dan guru ramai sokong depa ..  payah nak menang dalam sistem demokrasi ini.  Mereka berjaya ..kerana rakyat malaysia tinggi kesabarannya.  Bukan macam negara arab .. sekejap jer ..dah runtuh kerajaannya.

Ittulah ..  hasil didikan kesabaran.
Bagus bukan?

He..he..

Cuba tuan/puan/ adik kakok pikirkan.  Baguskah sabar ini?

Sekian.
wallahu aklam bis sawabbb

sabarlah sedikit

Posted by sazali

Salam.

Selalunya org org tua menasihatkan kita untuk bersabar.
Pagi pagi depa dah bilang

1. Kau kena sabar ..menunggu bas cina untuk ke sekolah
2. Kena sabar dgn belajar secara tekun di sekokah
3. Waktu rehat di sekolah..kena sabar lagi
4. Balik sekolah,,kau sabar menungguh bas pulang ke rumah,
5. Nak masuk universiti kau sabarlah ..mana nak lawan kemampuan kita dgn org lain
6.  Dak kerja now nak khawin..please sabar anak ku

pasangan kau anak d.o sedangkan kita anak polis prebet sahaja

Pendek kata semua kena sabar,
why?

apa ke pasal kena sabar sabar ini

satu tanggungjawaban ketua keluarga

Posted by sazali

Salam

As a father you got few important responsibilities.
Dari Quraan dan buku buku hadith.. tanggungjawab tersebut adalah fokus kpd 3 perkara

1.  Jaga dirimu dahulu. Jaga kesihatan. Jaga iman takwa mu. Bila kita ada iman, kita takut mengabaikan tanggungjawab yg diamanahkan oleh tuhan kpd kita.

2. Jaga keluarga mu, ada bini dan anak anak..semua itu ..dibawah tanggungjawab mu. Jika mereka gembura..banyaklah pahala yg kamu dpt. Jika mereka tidak gembira, sysah kita ..silap silap bnyk dosa kita. Apakah perkara yg mengembirakan mereka? Makan minum, pakaian, keselamatan dan rumah yg ada bumbung di atas keoala mereka.  Sekuruh dunia..kacau bilau ..kerana suami atau bapak ..tak faham perkara senudah ini.  Tak perku ada Ph.D dlm menyediakan benda benda alah begini. Penjual ikan yg menjaja ikan pun boleh faham tanggungjawab  asas ini.

3.  Punca rezeki. Carilah rezeki yg halal. Elakkan dari mencari rezeki yg haram. Rezeki halal ialah cari nafkah bawak teksi di kumpur dari subuh sampai ke maghrib tiap tiap hari. Dlm kerja buat itu..pastikan anda sembahyang 5 waktu. Jika sibuk bawak teksi tetapi solat ..tak dibuat..besar kemungkinan ..rezeki kau tu..hilang keberkatan dan mungkin jatuh kpd satu dosa yg besar. Why? Solat adalah pokok utama amalan seharian mukmin.

rezeki haram ..contohnya..membina rumah atau bangunan. Mengikut speksifikasi..pembeli mahu rumahnya..dibina menggunakan 10000 guni semen cement ..tetapi jika kau bina rumah itu dgn 8000 guni cement ..awak telah menipu. Rezeki yg datang dari perkara penipuan..semua dijatuhkan haram.  Kau kasi makan anak bini kau dari upah yg haram.  Begitu juga..jawatan guru, ustaz, pensyarah, professor..jika kita tak buat apa yg sepatutnya kita lakukan..akhir bulan..kita beri makan anak bini kita dgn wang yg haram.

bila anak bini makan dari sumber haram.. tuhan buat hati mereka ..hitam, gelap..mereka tak hormat kau encik abang. Dari luar..nampak kau hebat..tetapi tuhan maha kuasa. Anak anak dibesarkan dgn sumbet rezeki haram..payah nak dididik dgn arahan arahan agama.  Ada yg jadi penjahat, pembunuh, penipu, pengkhianat, penzina..dan mcm mcm.  Semua itu jatuh ada kepala si ayah, suami atau abah.

.....

Dulu zaman 1400 tahun dulu, ketua keluarga ialah si bapak mu itu.

sekarang kerana ada pendidikan ..2 pemain keluar rumah cari rezeki. Contoh..di ayah bawak lori panjang sedangkan si ibu bawak kapalterbang.

maka jumlah pendapatan berlipat lipat kali ganda.

semua org faham mcm-macam benda alah ini. Duit banyak..hati semua org suka.

Mengikut paper work hukum hakam agama..selagi si ibu buat suruhan tuhan, nabinya..dan taat kpd ajaran suaminya.. maka semua benda nampak indah mcm langit biru semua terang.

tetapi jika ibu turun rumah..tak kerjakan solat ..1 2 3 hari silih berganti..semua dosanya jatuh atas kepala suami.

wang yg dibawa pulang ..nampak banyak..tetapi bila tuhan tak reda ..maka susahlah kepala keluarga. Bila tak solat, banyaklah benda benda bersabut dgn agama..seperyi makan minum dan pakai pakaian dan pergaulan..bukan dijaga aspek hukum halal haramnya.

semua itu jatuh ke atas kepala suami atau ayahmi.

Untung besar jika suami tidur hari hari bila tuhan happy padanya. Rezeki halal semua ok.
RUGI .BESAR menanti ayah , suami atau ketua keluarga jika waktu tidur.. ayah , si suami..tidur dgn kemurkaan tuhan.

sang suami dianggap dayus ..lembik..jika tak halang..perkara di atas terus berulang dari mudanya sampai dia mati terlibat dlm kemalangan.

walaupun badan suami besar macam badang , hercules pun..bila tuhan chop kepala kau sebagai dayus ala lembik..syurga payah nak kita masuki dari mana mana pintu syurga.

Akhir kalam..jom aku panggil diriku dahulu..jagalah 3 item di atas itu.
jangan kau mati tanpa iman berchop kepala dgn ejaan dayus.

Sekian. Yg baik dari tuhan..yg tak bagus..semua kekurangan diri saya sendiri dgn pengaruh ramai syaitan dan iblis dlm setiap saluran darah saya.

Al fatihah.
wallahu aklam
p/s:  di neraka ..ada mimpi org aleem.. ramai kontraktor dan jurutera.  Why? rasuah abang ooi.  mereka berpakat pakat luluskan pembinaan hotel, rumah, jalanraya, stadium, masjid, sekolah, lebuhraya dan macam macam. Kasihan mereka ..bukan?


sebut banyak banyak namamu ya allah

Posted by sazali

Salam..
syuku kita iidihidupkan dlm tahun baru 2014.

Sempena tahun baru ini, saya percaya kalian ada target tersendiri. BAGUSLAH.

SEBELUM dipanjang kan cerita elok kita xebut subhanallah, alhamdulillah dan Allahuakbar.
Maha suci mu Ya Allah. Maha besar mu Allah. Syukur padamu ya Allah.

2)  orang alim kata ..if we remember allah at the time when we r so rich, Allah will remember us when we are in difficulty.

senang bukan?

3)  Nasib baiklah kita aca agama islam .kita bisa hidup berpagarkan hukum tuhan yg agung. Halal dan haram.  Tanpa pegangan agama islam ini, sudah tentu tak bisa tuhan campakkan kpd kita kebahagiaan. Bahagia suami ialah..isteri taat kpd tuhan dan lakinya sepanjang masa. Bahagia isteri ialah sang suami selalu pulang ke rumah membawa rezeki dan dari ini anak anak membesar dgn tanggungjawab yg abadi.  Bahagia anak anak bila melihat ibu ayah boleh duduk semeja waktu makan, waktu sembahyang dan waktu waktu lain dlm atau luar rumah mereka.

masalah besar berlaku bila sang anak tahu ibu ayah mereka tidak satu kepala. Masing masing dgn stail kefahaman tersendiri.

ibu ayah sedar mereka kalah mendidik anak anak apabila anak anak tidak merasai seronok berada dlm rumah walapoiupun harga rumah Rm1 juta nilainya.

apalah hebatnya rumah yg mahal jika isteri fikir jejaka lain selepas waktu kerja. Apa hebatnya dapur yg eksklusif dan mahal jika si ibu tidak mampu menghidangkan sesuatu yg istemewa hasil masakan ibu itu sendiri.  Dengan keadaan begitu otak anak mahu mendapatkan sesuatu di luar skop rumah tangga.

bisnes mamak semakin cemerlang kerana anak anak melayu mempunyai selera bukan melayu lagi. Bila selera anak berubah, mereka fikir macam macam kerana dari perutlah ..nafsu manusia dikembangkan.

jika selera anak western, sudah tentu mereka fikir kehidupan amerika itu satu kehidupan yg hebat. Anak anak cina cepat adapt dgn stail amerika kerana makanan mereka pro western.

begitu juga selera anak melayu.

walaupun telinga , mata mendengar ceramah agama..disebabkan selera makanlah ..stail hidup nabi muhammad s.a.w tidak segah mana dlm sanubari anak anak melayu zaman la ni.

4) jom kita sebut banyak banyak kalimah dan nama nama khas sifat sifat Allah supaya.. pengaruh anti islam, reda dan tawadhuk , qanaah mampu hidup segar dlm jiwa anak anak.

Kita beristighfar banyak banyak..ubah stail hidup kita leka dari ajaranagama kpd sesuatu yg dituntut o,eh Allah robbul alameen.

Kita target..mulai sekarang zemua ahli rumah mesti ada dlm rumah befofe maghrib.

target kita..kita makan mssakan ibu kita sendiri. Sedap ke atau tak sedap..kita tetap makan tanpa banyak complain. Hargailah mssakan ibu kita. Dengan cara ini, banyak duit dpt kita jimatkan bila kita semua tanM azam..jom tahun ini kita pakat pakat makan di rumah.

boleh kau?

banyak faedah bila semua ahli berada dlm rumah waktu dinner. Accidents pun kurang kerana time time maghrib..banyak iblis wa syaitan berkerumun di jalan jalan raya. Mata manusia terganggu kerana 2 alam siang bertukar malam..mengganggu fomus mata kita. Cuba masuk rumah dan kita buat maghrib sama sama. After maghrib, si ayah baca 2 hadith bimbingan mukminin. Buat everyday. Biar anak anak bini dengar sama sama.

banyak problem sosial automatically dpt dibasmikan.

percayalah kata aku ini.

fyi, saya menghabiskan masa mudaku di Loncon dan New York.  Syaitan di sana lebih terror dari syaitan iblis di kumpur, johor bharu dan penzng island.

sehebat hebat pompuan melayu pakai tak senonoh di sini..kalau dibandingkan pompuan ameriks dan paris..yours looks so funny. Because u tiru gila gila pun..tak mencapai darjat ketidaksenonohan pompuan mat salleh di sana..adik ooi.

jom bertaubatlah.

sekian.

insaflah..kita balik kpd asal. Kehidupan simple, belanja simple dan sakit kepala pun ..berkadaran too little a problem.

sekian.al fatihah. Mlm jumaat now.