Timbang rasalah sikit abang ooi//

Posted by sazali

Salam

Dalam hidup ini bagus jika kita ada sikit timbang rasa.  Dengan cara begitu, orang pandang mulia kpd kita.

Beriku adalah contoh.

1. Orang buat baik kpd jangan loket loket ayuh kita ucapkan terima kasih. Tak susah 2 patah perkataan jer. Terima kasih.

2. Orang tegur kita semasa ambik air sembahyang. Ucapkan terima kasih adik.  Banyak faedah bila ditegur ..kita selamat membuat amalan yg betul mulai saat ditegur itu. (positif thinking)

3. Kalau isteri sakit (bersalin) jangan ganggu ganggu dia. Tak lama. 100 hari sahaja. Bila line semua clear iaitu emak mertua dah fly airasia, pak mertua fly melando ..bolehlah tu. Kesabaran si suami ke atas si isteri dlm proses mengandung n melahirkan anak ..itu semua tergolong dalam kitab besar yg dipanggil timbang rasa.

4. SEKARANG semua barang naik harga. Hatta kueh di sekolah sebiji pun dah 60 sen. Bayangkan kalau orang itu ada anak 6 orang masih bersekolah. Banyak mana duit sekolah perlu dibekalkan saban hari.

tiba tiba memanda menteri memberi contoh harga kangkung dah turun harga. Relevankah cerita pasal kangkung tu?

orang mana makan kangkung weh?

tak ramai bukan?
Kalau disebut pasal harga gandum, gula dan minyak masak ..ada yg turun harga..sedap jugak hati dan telinga rakyat jelata mendengar nya.

kita dah ada timbang rasa jika kita bilang benda benda dlm konteks kehidupan payah benar la ni.

Atau mu rasa guano memanda dan isteri demo tu?

5.  Timbang rasa?  kalau kita nampak org berjalan kaki menuju ke masjid , di bawah panahan kepanasan matahari ..  ambiklah dia .. tak luak apa apa pun seat kereta mu itu.  Kita boleh pahala bangggg.  Manalah tahu kualiti solat sipenumpang itu lebih bagus dari kita ..yg mana dalam sembahyang pun ..kita tak leh fokus pasal kebesaran Allah .. sedikit habuk pung.

6.  Kalau org cina sebut Allah ..  semasa terlekat tulang ikan terbok ..  bakpor mu marah kat dio nyor?  Dia cina kuala krai ..  org cino di situ semua kecek kelate .. bau budu pekat sangat.  Nama Allah dah sebati dalam kehidupan mereka dah.  Salahkah dio sebut Allah itu?  atau .. dalam kitab mu .. ada wayak .. nama Allah .. org melayu punya jah.  Pelik kan?

Sekian. Sakit gigi ni.
Maaf doktor balqis kota bharu tok galak kita makan spinnach kangkung itu. Cemar air longkang..mu tok napok ko?

wasallam

0 comments:

Post a Comment