Salam
Boring dalam bahasa melayu ialah jemu, menjemukan dan muak ke tahap menyampah.
Manusia itu boring dalam 10 keadaan.
Pertama, baru khawin tetapi pasangan mencari nafkah di benua berlainan. Contoh suami bekerja menggorek sumber minyak di Qatar sedangkan isteri menjaja karipap di kawasan ladang Teluk Intan, Perak. Kasihan bukan?
Kedua boring berlaku jika soalan matematik yg diberi guru tidak dapat dijawab oleh aku walaupun dah banyak kali mencuba bertubi tubi. Keputusan? Blank dan blur
Ketiga boring terasa sangat jika seseorang individu itu je yg menjadi tukang penyelamat kes kes kecemasan oleh pihak sekolah. Contoh jika ada meeting antara sekolah berprestasi tinggi melibatkan pengetua dan kroninya, guru guru muda belum khawinlah tukang penyelamatnya. Ada ke patut pihak sekolah berbuat demikian?
Keempat, boring berlaku juga bila mcm mcm herba dimakan diminum pesakit yg mana kesudahannya satu kematian dlm wad hospital usm, kubang kerian. Persoalan sekrang ialah apakah faedah makan minum herba itu semua? Dlm proses mandi mayat banyak najis si mati semua tosik herba. Rugi bukan?
Kelima, pelajar sekolah berprestasi tinggi kurang mahir bercakap bahasa inggeris walaupun banyak sudah wang sekolah diperuntukkan untuk menaikkan kebolehan B.I. dlm kalangan pelajar pelajar elit ini. Konon kononlah. Cukup tinggi nilai perasan mereka.
Keenam, boring itu datang jika jiran sebelah yg semua loaded tiba tiba merayu simpati kpd kita berjawatan dispatch di syarikat kaurier 24 jam ini. Tak tolong kasihanlah, kalau tolong kita nak makan apa waktu waktu bertugas esok, lusa dan tulak.
Ketujuh, boring selalu disebut oleh orang mengidap kencing tak puas/lawas. Banyak sudah kain pelikat bertukar ganti tetapi ibadat sembahyang subuh 2 rakaat 5 minit tak settle settle lagi. Aduhai..senapang asli. Apa gerangan semua ini?
Kelapan, boring boring boring. Dapat laki tua nafsu besar tenaga kurang. Ssebelum khawin semua janji berehhhhs, tetapi belum apa apa ..pak chik terkulai sudah. Alangkah rugi hidup ini kan?
kesembilan, rakyat ramai terasa boring teramat sangat bila perdana menteri tak pintar berhujah dalam kotak telivisyen. Walaupun dia graduan luar negara dlm bidang ekonomi industri , ada ke patut cerita kangkung punya harga dipilihnya sebagai item /bahan harga dah banyak turun sedangkan org org melayu belakang paya umah aku tak makan sayuran jenis lembik dan free of charge ini. Boring punya kepala negara!
Dan akhirnya..boring is the saddest thing berlaku bila hero melayu zaman la ni kalah dlm banyak segi dengan orang rumahnya. Contoh dlm bidang akademik, suami kalah; dalam bidang angkat berat angkat guni beras ke..sang suami selalu tak larat. Sudahlah yah boring lahhhhhhh. Al Fatihah.
Jom aku ajak ramai kita berubah. Mahu tak?
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment