Bersyukurlah kita semua

Posted by sazali

Salam

Bersyukurlah kita ..menjadi rakyat Malaysia kerana

1)  negara tak huru hara macam Thailand / Syria/ Mesir
2)  berbilang kaum pun kita boleh duduk sama sama secara aman damai
3) semua rakyat disekolahkan selama 6:5:2 iaitu 13 tahun lamanya/ jika ada kelayakan boleh sambung ke IPTA/IPTS/  tak ada duit boleh pinjam PTPTN ..syukurlah. Mana ada negara macam ini baguih punya!
4)  musim pilihan raya ..  ada org mungkin guna PATI  tetapi selepas pilihan raya .. PATI ditangkap pulak ..betul kata org tua dulu yg dah lama mati ..habis madu, sampah dibuang..bila PATI ditangkap dan dihantar pulang .. majikan mereka tak payah bayar gaji PATI ..  untung banyak mereka bukan?
5)  pihak pembangkang kata itu dan ini , berganding habis-habisan dgn puak lain pun .. tetapi pihak kerajaan menang jugak..  payah nak tumbang kerajaan kita ini.  Allahu Akbar!  berkat doa agamawan dari pihak kerajaan. Syukur .. boleh berkuasa lagi 5 tahun lama nya.
6)   lebuh raya ada ..bayar tol mahal ..  tetapi trafik sesak jugak ..rakyat ramai yg sabar peringkat tertinggi punya.  Alhamdulilah.
7)  buat apa apa pun ..  rakyat kita baik hati ..tak berani mati ..  sebab itu .. negara kita terus jadi begini
8)  tengok Thailand ..sekejap jer .. kerajaan Bangkok dah istihar darurat ..malam tadi 21 Jan 2014.  Kita di Malaysia ..payah nak jadi gitu. Syukurlah ..  Malaysia terus aman damai walaupun.. ramai rakyat derita bila ada anak ramai ke sekolah dengan harga kueh ada naik, tambang bulanan bas sekolah  naik dan mcm mcm benda terus naik.
9)   tahun ini Visit Malaysia 2014 ..tetapi Malaysia dah ada 3 juta pendatang luar .. jika ada pendatang ditangkap dan mereka pakai kopiah .. nama baik org islam dan melayu sejati di negara ini terpalit sama // kopiah terus dipakai .. org dalam penjara bila berada di sana kerana tersabit kesalahan , imegresen .. cukup sayang nak tanggalkan kopiah mereka sedangkan Menteri yg menjaga hal ehwal Islam di negara ini.. tak lekat pakai kopiah pun .. ustaz berceramah dlm TV ..tak ramai mahu pakai kopiah pun..  walaupun ..hari itu ..sibuk berarak ke hulu hilir bawah matahari ..  lagak sayangkan Rasulullah s.a.w.  .. ikut sunnah Nabi .. tersayang .(konon kononnya lah).  untuk makluman ..Nabi Muhammad s.a.w  selalu tutup kepalanya ..  dengan kopiah dan serbannya.
10)  syukurlah ... ada segelintir agamawan dalam negara ini .. kata hukum hudud tak boleh dilaksanakan kerana negara ini ada berbagai bagai bangsa ..  yg dah lahir di sini sejak 60 tahun yg lalu dan juga bangsa asing dibawak masuk secara senyap / secara terang terangan ..  aghhh  Hukum Allah tak leh guna pakai tuan/puan .. rosak ekonomi.  Depa katalah.. dgn berkat itu negara terus aman walaupun harga barang terus naik dan naik.
11) syukur .. Malaysia terus aman ..  damai ..  ada 3 kes sensasi .. selepas bertahun tahun disebut dimahkamah ..tiba tiba semua aktor penting dilepaskan ..  habis pokok ditebang ..kerana buat akhbar suruh rakyat baca berita itu dan ini ..akhirnya ..semua dilepaskan. Bagus negara ini ..?  syukur alhamdulilah.  rakyat negara ini cukup setia .. dan membaca berita akhbar pun tak semak cerita.
12)  Syarikat MAS .. mengikut laporan kewangan selalu rugi ..  sedangkan Air Asia setahun jagung .. banyak destinasi membawa untung .. Kenapa yer?  MAS = syarikat kapal terbang bawak anak anak menteri / semua free kot sana dan sini / may be ?  Matlamat .. perkhidmatan servis sahaja bukan matlamat nak cari untung.. tak apa tak apa ..  ekonomi kita terus kukuh dan dicemburui oleh bangsa bangsa luar negara .. Syukur Alhamdulilah.
13) tahun tahun lepas kita bersyukur banyak banyak. staf kerajaan bonus setengah bulan.
14) tahun makan kangkung ini ..syukur juga alhamdulilah ..  matahari terus muncul di ufuk timur/ tak ada tanda kiamat datang pun /  matahari turun dgn setia ke ufuk barat ..ikut formula tuhan robul alameen. syukurlah
15) tahun depan dan seterusnya ..  bila harga naik itu dan ini ..  negara ini banyak beruntung ..banyak murah lagi barang barang ini ..kata memanda menteri .. dan semua rakyat kata ..alhamdulilah .. syukur banyak banyak ke hadrat illahi.  Kita pakat sembahyang sambut tahun hijrah yg baru.
16)  org pandai kata alhamdulilah
17) org tak cerdik ramai pun kata alhamdulilah .. why?  ramai anak anak melayu dapat kerja gomeng sana dan sini ..bersyukurlah.  Satu jabatan itu 100% staf melayu.
18)  Malaysia macam 'dustbin' .. negara luar berperang .. dan susah ..ramai rakyat lari dan masuk Malaysia.  Visit Malaysia atau lets check the bin?
19)  kasihan ..kat polis dan pegawai imegresen kejar PATI ..  tak ada kerja , cari kerja lagaknya..
after tangkap PATI ..mereka dapat makan free ..  duit negara terus teris ..bocor .. dan kita pakat pakat sebut syukurlah ..alhamdulilah ..polis dan imegresen kuat bekerja dari malam sampai ke subuh ..  hari demi hari mulai 21 jan 2014
20) pendek kata .. Malaysia negara unik.  Dulu kaya sekarang banyak sangat hutang .. walaupun ..ramai rakyat diajak menyebut Alhamdulilah  banyak banyak..
21) ke mana kita nak gi ini?  kita ramai di dadahkan ..mabuk ..  mcm ikan kena tuba ..  mabuk dan pening ..asyik angguk tanda setuju.

Sekian.
Kasihan kat saya dan tuan semua.  Orang luar kata kita 'dipermain mainkan' dan bila mati nanti cucu cicit akan kata kita pada tahun 3030 ..  B***h belaka orang orang kito  dulu ...  ada chance lawan / implement hukum allah .. tok ser buat apa apa.. now apa mcm 3030 ..?
Wallahu aklam bis sawabbb.  Saya posman jah.  Al fatihah/  wal asri/  maaf banyok banyok adik kakok sekalian.  bersyukur sajo lah

0 comments:

Post a Comment