Salam
Ramai orang bercita-cita untuk berniaga. Dari perniagaan kecil kecilan datangnya motivasi / minat untuk mencuba bisness yg lebih besar.
Ada orang berniaga kueh tradisional dan ada yg jual kueh ala barat. Masing masing bertawakal kpd tuhan seperti burung yg keluar dari sarang masing masing , perut kosong tetapi bila pulang kenyang di waktu petang.
Masing masing tak mengganggu orang lain dalam proses berniaga. Bila pulang dari jualan , ada burung yg kenyang dan ada burrung yg tidak bernasib baik. Tetapi prinsipnya .. setiap burung (haiwan) tidak mengganggu urusaaan hidup mana mana individu/ burung burung yg lain.
2) Begitu juga si penulis blog ni . Dia menjual idea. Seperti dia menjual kueh dari hari ke hari. Setakat ini ada kueh habis dijual dan ada masa ...sebiji kueh pun tak laku. Tetapi yg bagusnya... jika tak suka kueh (tulisan) saya ini ..jangan kacau gerai kueh saya ... kalau tak suka ..tolong beralih ke gerai lain/ lokasi pasar yg lain/ web site lain . Yang penting ..anda sebagai org org pandai ..biarkan saya menjual kueh kueh ..mana tahu ..idea kueh ini ..akan saya gunakan untuk menyelamatkan diri saya dari api neraka yg tersangatlah pedih.
Jika anda faham apa yg tersurat dan tersirat ini .. terima kasih banyak banyak.
Jika anda tak faham ...apa boleh saya buat ... saya akan .. tuntut semua kebaikan tuan/puan untuk dikreditkan ke dalam akauan amalan , muamalat saya. Dan saya akan buat rayuan agar .. semua dosa saya didebitkan kedalam akaun amalan tuan hamba. Why? tuan merosak kan penjualan kueh saya selama ini.
Saya mohon maaf jika ada yg tersalah bahasa .. dalam proses buat dan jual kueh ini maklumlah penjual kueh ini bukan dilahirkan 20 - 30 tahun yg lalu. Selera kita jauh berbeza. Tetapi .. Untuk makluman kueh kueh ini sudah pun berada dalam pasaran sejak tahun 2010 lagi. Ada orang kafir yg suka kueh mueh saya . ..dan cara mereka berinteraksi .. saya berdoa agar kami berada dalam kumpulan yg Allah redhai. Insyallah. Manalah tahu setelah lama makan kueh mueh yg tak seberapa ini ..tuhan bukak hatinya untuk mengucap kalimah syahadah dan kami mati dalam iman. Parti yang mati dalam iman ..insyallah SYURGA tuan. Subhanallah.
Sekian. Wallahuakalam bis sawabbbb. Al Fatihah.
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment