Salam. Kerajaan telah membelanjakan wang yg banyak ..untuk maksud menghantarkan pelajar ke pengajian PhD dan Sarjana ke luar negara. Kalau saya ditanya..berbaloi tak ..saya secara ikhlas merasa..hijrah itu cukup berbaloi ..dpt ilmu, teknologi baru dan perspektif baru dari luar negara. Hari ini ..ada orang besar memberi ..kenyataan ..kerajaan telah berjimat berbilion ringgit dgn terlaksananya progŕam PhD dlm negara. Kalau saya rakyat biasa..betullah dengah làngkah jimat cermat ini ..tetapi kita perlu bersaing dengan dunia luar dlm banyak perkara. Kalau kita juara..ekonomi kita jugak yg untung. Bila belajar di luar negara, kita belajar berbagai bagai budaya kerja contoh ketepatan masa, kredibiliti produk, belajar mendengar hujah orang dari Negara lain berlainan agama, warna kulit, dan yg paling penting kita membina rakan sepakaran dari luar negara. Satu rangkaian pakar pakar itu bukan senang dibina jika kerajaan asyik memikirkan aspek jimat cermat dan macam macam lagi. Satu benda pelik sedang berlaku dlm dunia pendidikan di Negara ini mengikut 'teropung' saya. Di sekolah sekolah warga guru dan pelajar pelajar sibuk berlumba lumba ..mencapai status sekolah berprestasi tinggi, sekolah kluster dan macam macam lagi yg gila. Matlamat ialah membina budaya kecemerlangan. Tetapi ,, di hujung proses pembelajaran ..di dunia universiti..Menteri Pendidikan memberi maklumbalas bahawa ..kita tak takzub melampau-lampau pun dgn kedudukan universiti dalam liga dunia universiti terbaik dunia. Jika Singapura , Korea Selatan, China boeh menempatkan uñivversiti universiti mereka dlm 50 universiti terbaik dunia..mengapa kita sudah mula mengalah dalam persaingan kecemerlangan di puncak ilmu sana? Kalau kita berlumba berlari..kita nampak gagah di awal awal lariañ sahaja sedangkan di peringkat akhir larian kita sudah semakin penat , tak bermaya dan hilang fokus. Sorakan penonton semakin malap. Begitulah persepsi org ramai kpd keupayaan kita dlm dunia pendidikan di peringkat tinggi dan tertinggi. Sekarang..bila menteri ..mengeluarkan 'redha' bahawa kita tak perlu berlumba lagi..ini memberi satu petanda ..kita sudah mulai kalah. Patutlah sekarang kita sibuk bercakap pasal jimat cermat dlm penghantaran pelajaran cemerlang ke luar negara. Org bisnes yg bankrup..di saat kehancuran perniagaannya ..mereka akan berkira kira..sedangkan org yg hebat bisnes ..mereka tak kenal itu kalah dan jimat cermat dlm proses membina empayar bisnes yg hebat. Mereka membeli idea ' no risk.. no gain'. Confirm .kita sudah kalah dlm PnP, 7P di university university kita ..apa lagi yg perlu kita nantikan? Orang-orang cina dengan tajaan biasiswa dari Persatuan Perniagaan Cina .. sedang berlumba-lumba menghantarkan anak anak cemerlang mereka ke Amerika untuk maksud ..PhD dan Sarjana .. .. kita pulak seronok kot .. jika kita belajar di sini sahaja. Wallah hu aklam .. bis sawab ..sekian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment