jangan tak buat

Posted by sazali

Salam Dalam berkawan, belajar dan menjalankan kerja berkumpulan , ada sesetengah orang sanggup menjadi penumpang sahaja sepanjang pengajian di peringkat sijil, diploma , ijazah dan sepanjang hayatnya. Memang ada markah .. kerja berkumpulan tetapi jika kita tak mengambil bahagian secara komited ..kita jugalah yang rugi kerana dalam kerja berkumpulan terdapat 1001 faedah seperti berikut iaitu terdapat: I) peluang memberi pendapat kpd kawan kawan lain ii) peluang memberi penjelasan mengenai sesuatu yang mana kita benar benar faham kpd orang lain iii) peluang kita mengikis sifat malu yg cukup menebal dgn kita sejak dari bangku sekolah lagi iv) peluang bercakap v) peluang bertanya dan belajar sesuatu dari kawan dari berlainan bangsa, agama, warna kulit, jenis rambut, jenis bulu roma, keturunan dan tahap pencapaian akademiknya vi) dan banyak lagi lah ------------- Dulu ..saya sempat belajar di luar Negara. Saya cuba menyumbangkan apa apa yg saya tahu , sebaik mungkin, untuk faedah kumpulan dan markah kerja berkumpulan. Bila kita bersungguh sungguh dalam apa apa kerja berkumpulan .. orang-orang lain tahu/ menghormati .. dan dengan cara begini .. banyak usaha berbentuk kerjasama antara dua benua ( barat dan timur) dapat kita terokai dan menikmati faedah bersama. Ada Mat Salleh mahir dalam programming .. dia akan ajar saya idea programming ..dan ada Mat Korea pakar dalam hardware , komputer akitektur sedangkan .. saya mahir 'kit-kit' dalam bab logic dan kebarangkalian. Dengan cara begitu kita bergerak laju, kongsi ilmu sama-sama .. dalam banyak subjek subjek lain sepanjang pengajian 2 - 4 tahun lama nya di menara gading. Orang yg suka curi tulang .. mereka akan merasa terpinggir pada satu hari nanti di mana .. org orang lain ..tak bersedia lagi menerima kelemahan / kemalasan kita .. Siapa lagi yg rugi kalau tidak kita, bukan? Fikir? Sekian. Wallahu aklam bis sawab.

0 comments:

Post a Comment