Salam Zaman sekarang .. kita kena semaikan sifat tolong menolong dan bertimbang rasa sesama kita. Bila ada kesabaran dan keikhlasan insyallah hidup kita akan berbahagia. Mathari bersinar terang di luar sana dan di dalam rumah ..biar kasih sayang pun antara 2 pemain utama pun ..sepanas sinaran cahaya matahari di luar sana itu. Contoh: Bila isteri keluar bekerja, kita sebagai suami kena uruskan anak anak dan semua perkara yg melibatkan rumah tangga. Bila sudah basuh kain, sila jemurkan kain kain itu dengan sempurna. Elok sambil sambil menjemur kain, kita sampaikan Salawat Kat Baginda Rasulullah s.a.w., tasbih Subhanallah, Alhamdulilah dan Allahu hu Akbar sentiasa menari menari atas bibir kita yg nipis / tebal itu. Sekurang-kurangnya ..kita dapat 2 ganjaran .. satu .. hati isteri suka kpd kita dan satu lagi Allah suka kepada kita kerana walaupun kita sibuk menyidai kain/ kutip kain di tali jemuran ..kita masih ingat lagi kpd Allah Pencipta Alam. Bila isteri keluar out station untuk tempoh yang lama, eloklah kita mengajar anak anak mengaji Al Quraan. Biar anak anak kita pandai membaca Al Quraan kerana di dalam solat .. kita mesti membaca Al Quraan dengan betul. KIta jangan merasa ini satu bebanan pun kerana anak anak itu adalah saham kita di dunia (di kala kita dah tua) dan di akhirat. Bila isteri keluar belajar Pasca Ijazah .. kita sebagai suami ..elok eloklah . buat sembahyang hajat setiap hari/ setiap malam agar tempoh pengajian isteri singkat dan cepat cepat habis. Kalau boleh bantulah isteri itu dalam proses write up / penulisan tesis. Kalau tak leh jugak .. kita gunakan sedikit masa .. bacalah .. proof read ... penulisan isteri itu. Insyallah cepat selesai. Jangan kita susahkan hati isteri lagi dengan .. macam macam hal ..contoh .. rancang nak tambah bilangan anak di luar Negara kerana maklumlah di luar Negara itu ..ibu mertua kita tak ada ..payah bang..ooi. Sejuk .. salji .. dan angin pun kuat di luar sana. Blizzard? Jangan susahkan hati isteri .. pasal isu isu masakan dia tak sesedap masakan di kedai mamak 25 jam itu. Berlebih kuranglah ... insyallah bila isteri senang hati ..cepat siap kerja / pengajian nya itu. Lagipun .. cuba abang pulak yang memasak. kalau masakan abang pun tak sedap .. paham pahamlah .. mengapa masakan isteri tak sesedap masakan orang Khasmir itu di Leeds, Birmingham dan London. Memasak ini kena .. ada skil dan minat yang tinggi. Tanpa minat .. payah nak sediakan masakan yg sesuai untuk .. tetamu tetamu yg selalu berkunjung di rumah kita di waktu cuti hujung minggu. Aduhai... Jangan susahkan hati isteri .. dengan ... nak duit lagi dan lagi darinya. Tak malu kau bang? Cukuplah dengan apa yg ada itu. Jimat cermat sedikit. He...he.. Selamat Berbahagia. Selamat Hari Ibu Wasallam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment