Buku sulung ke Jepun

Posted by sazali

Salam

Memang niat saya menulis buku pertama  ialah menyebar sedikit sebanyak ilmu untuk faedah umat manusia lillahi taala.  (memang ilmu kita tak banyak ..jika dibandingkan dgn ilmu tuhan..tetapi tak apalah ..kita tak boleh merendahkan diri jer ..we gonna got to do something, somehow, someway ).  Tak sangka hari ini, Prof Isoda Masami dari Univ of Tsukuba, Japan  ..sudi membawa 2 naskhah buku itu kembali ke universitinya di negara matahari terbit.  Dalam kad bisnes beliau , universitinya merupakan universiti penyelidikan dlm bidang matematika.  Muga muga ada khair (kebaikan) , insyallah org jepun ini menolong ku kali ini Syukur!  Ameen ya robballa alameen.  Saya percaya satu benda ..  an idea is an idea ..that is all it is unless it is expressed in another form example Wright Brothers saw that birds could fly ..  why not we do something that could fly, they thought seriously one fine day  ..  now ..we can see ..   tonnes of steel are shaped into aeroplane and the whole steel is flying all over the world.  See?

2)  Ada satu hadiith ... mahfum  " bila seorang anak Adam pulang ke rahmatullah hanya 3 sahaja ..yg akan mendampinginya ..

pertama:  amal jariah,  kedua  ilmu bermanafaat dan  ketiga - anak-anak yang soleh".

Muga-muga kita sama-sama berebut untuk berbuat kebaikan dari sekarang sampai ke saat diistiharkan bahawa kita sudah bergelar mayiit/ mati.  Pernah tak tuan/puan melihat penggali kubur di mana-manalah bersusah payah memasukkan rumah besar , kereta besar, katil besar, isteri p/besar, kerusi set besar , kasut besar ..  bersama-sama dgn si mati ke dalam liang lahadnya?  He..he..  tak ada bukan? Oleh itu bagus jugak kita pakat-pakat menulis sesuatu .. wahai guru (pensyarah) ..  walaupun serangkap ayat ..contohnya ..ilmu tuhan Maha Luas anakku.  Siapakah tuhan kamu yg telah menjadikan kamu berjaya selama ini?

3)  Saya jangka ..Prof Masami ini akan membaca .. buku tersebut bila dia berada di atas langit dengan pesawat Singapore Airlines esok.  Dia kata tempoh masa ..penerbangan ialah 6 jam sahaja dari Kuala Lumpur - Tokyo.  Muga-muga tergerak ...  dia mahu membaca isi kandungan buku tersebut.  Di dalamnya ada satu sub-bidang ..  dia punya bidang , saya punya bidang jugak.

Dalam buku itu , saya ada menyentuh mengenai konsep pecahan, miskonsepsi pecahan dalam kalangan pelajar sekolah rendah, menengah dan tertiari di negara ini ,  nisbah dan kadaran.  Jika dia ingatlah  kpd saya, mungkin minggu hadapan, bulan hadapan  ..  saya akan mendapat maklumbalas ..bolehkah idea ini bergabung dgn ideanya dari Jepun .. Enhancing Children's Learning Using Japanese Approach?

Muga muga tuhan menolong kita semua.  Ameen.

Wallahu aklam bis sawabbb.  Jika tuhan berkehendakkan sesuatu yg baik berlaku untuk anak adam .. sesuatu akan berlaku, bukan?  La ila ha illa llah. ( Allah maha Agung ..dia mengawal segala-segalanya .. baik setiap denyutan dan fikiran org pandai jepun mahu pun melayu kita ..)

Sekian.  Tawakal pd mu Ya Allah.


0 comments:

Post a Comment