Menulis paper nusantara

Posted by sazali

salam

Syukur .. hari ini tuhan memberikan saya taufiq hidayah dan kesihatan untuk bangun pagi / solat subuh berjamaah / bersedekah dan dapat menghadhiri ke opis .. mencari sesuap nasi membangunkan keluarga / syukur alhamdulilah.

Mengapa kita perlu berkata begitu setiap hari?

pertama .. seramai-ramai manusia yg tidur semalam ..sudah tentu ada yg tak dibangkit-bangkitkan dari sesi tidur.  Tuhan mengambil nyawa mereka. Status : arwah dah mereka.

kedua: seramai-ramai manusia yg tidur di rumah pangsapuri, kondominium, flat, bangalow, rumah teres, rumah kedai, ..khemah summer camp di dalam hutan belantara, kereta, lori .. tak ramai tuhan kurniakan hidayah dan taufiq dpt .. menunaikan solat subuh berjamaah

ketiga:  seramai-ramai manusia yg bangun tidur ..ada juga yg mengalami penyakiit .. buasir, tak leh kencing dgn laju , ..  keputusannya tak dpt hadhir ke masjid waktu subuh ..solat dan mendengar ceramah ..tazkirah .. fadhilat:  org org yg mendengar ustaz mengajar ..mengenai kebesaran tuhan Allah dan agamanya ..  insya allah tuhan akan ampunkan semua dosa dosanya .. setiap langkah/ roda kereta yg berpusing-pusing .. semua menjadi bukti ..  tuhan akan membalas semua itu dgn syurganya/ insya allah

keempat:  seramai ramai manusia ...yg bergelar org org pencen/ uzur/ sakit tua ..  tak ramai tuhan hadiahkan ..peluang bekerja kembali .. sekadar consultant, specialist, profesor pelawat dan macam. macam..  pendek kata ..rezeki itu tuhan masih kurniakan ..tanpa kita menyedarinya ..  (sila baca blog saya semalam.. merbok kedah) .

Oleh itu sangat sangat berpatutan kita mengucapkan ..alhamdulilah/

Betul tak?

Bila pencen kita akan berhadapan dgn 4 benda besar yg menyebabkan wajah kita secara otomatik lebih tua dari umur sebenar:

1) kehilangan status - profesor, doktor pakar, guru pakar, pengarah, Dekan dan lain-lain
2) kehilangan kawan berjawatan tinggi dan berilmu pengetahuan tinggi (educated lot) ..kawan berkongsi secawan kopi 'ore' kau kau di bawah pohon pohonan sawit di Parit Raja ..rindu kpd sahabat muda
3) kehilangan 'kompas' diri - siapa anda sebenarnya?  dgn org kampung ..tak kan nak bercerita pasal research proposal, independent variables, moderators, AMOS,  impact factors dan international conferences
4)  harga diri .. org org ramai akan kato :  ayam pencen dio tuhh?

Ha..ha..ha..  al fatihah/  good bye to all the nice life that we used to have.

Apa apa pun ..ucapkanlah ..syukur .. sekurang-kurangnya ada pencen lagi/  kad hospital ada tercatit profesor pencen /  pesara kerajaan/  wad kelas 1A ....

Bila dah tua ..katakan umur 85 tahun ..pencen RM 5 hingga RM10K .. sudah cukup untuk orang yg sedang bergerak ke sana sini berbantuan kereta roda bermotor ..  kalau tidak ..  mungkin kita tidak dipedulikan oleh org lain.

Kasihan yer?

Renungkanlah .. tulisan di paragraf awal awal tadi.  Alhamdulilahhhh.. ambik kerja agama/ ayuh kito buat dakwah

Wallahu aklam. (Allah semua tahu ..bila kita akan mati betul-betul)


0 comments:

Post a Comment