Daging dan darah merahmu haram

Posted by sazali

Salam.

Makan minum biar halal?

begitulah tajuk penulisan  kali ini. He..he..

Dahulu org melayu kuat buat assumption/ andaian bahawa kita semua org melayu berpegang teguh kpd ajaran agama. Bila begitu ..mereka membincangkan makanan halal haram sahaja disebabkan titik tolaknya ialah melayu itu sudah kuat berpegang kpd ajaran islam.  Bahkan Munshi Abdullah dlm kamusnya ..  melayu ituditakrifkan sebagai penduduk asal tanah semenanjung ini yg beragama islam.  Noktah!

Kebelakangan ini, rasa rasa ada segelintir rakyat tidak lagi peduli hukum hakam agama. Cara mendapat rezeki pun mereka redah ..tak peduli ..  mereka ambik yg haram jer.Sudah 2 minggu ..akhbar akhbar tempatan memberi fokus kpd tangkapan besar-besaran
mengenai  org org kuat polis, kastam (rujuk the Sun, 26 Sept 2014 muka surat 6) dan ..mengambil rasuah secara terang terangan ..oleh itu apakah gunanya kita rakyat biasa ini berbincang mengenai kadburi halal .. adakah gunanya?

Pendek kata seluruh proses kehidupan pegawai pegawai tersebut sudah haram.. bila dari punca rezeki sudah dikategorikan haram.

Bila punca rezeki sudah masuk ke dalam kategori haram ..maka coklat kadburi dan ayam tak sembelih secara halal ..tidak menjadi perkara utama lagi bagi si anu bin si anu.

Satu hadith mahfum ..'darah yg dibina dari sumber haram ..sudah tentu akan dibakar dalam api neraka'.  Tak takutkah kamu?

hishhh..takutnya bila si ayah mencari rezeki haram dan membekalkan makanan dan minumaN kpd anak anak isteri atau si isteri mendapat duit haram dan memberi makan kpd anak anak suami.  Kasihan?  penat jer ..berdoa qunut pagi pagi terutama pagi subuh.

2) Syukurlah  saya dilantik sekadar guru biasa jer. Walaupun belajar ..agak tinggi ..dari kebanyakan orang-orang kastam, polis ..  jawatanku Allah fikir .. layak menjadi guru sahaja. Ada kebaikan di sisi Allah yg esa. Tidak terdedah dgn temptation/ nafsu  untuk hidup serba-serbi mewah.  Di UTHM aku memandu kelisa merah 1000c.c;  Iswara 1300 c.c., dan Wira 1500 c.c.  tidak lebih dari itu.  ke sana sini .  Bahkan bekas pelajarku memerli gurunya ..mesti tuan haji mempunyai duit simpanan yg banyak di dalam bank..  (ketawa).

Sekian. Syukurlah. Tuhan telah menyelamatkan kita semua wahai guru.  Bersyukur dgn apa yg sedikit.   Ameen.

0 comments:

Post a Comment