perkataan 'susah'

Posted by sazali

Salam/  Selamat Sejahtera

Orang melayu kaya dengan bahasa ..sayangnya .. tak semua rakyatnya gemar menggunakan bahasa ini untuk berkomunikasi.  He..he..  alasannya banyak contoh:  kurang istilah saintifiklah, kurang glamurlah dan mcm mcm.  Tetapi di sini saya sedang mencuba sedaya upaya agar lebih ramai pembaca memperolehi manafaat dari buah fikiran penulis.

2)  Perkataan 'susah'  bermaksud payah, sukar, tidak enak, tidak selesa, difficult, not easy dan serabut.
Contoh:  susah hati,  susah masa depanmu Limah,  susah payah dan ..

Contoh ayat:  2.1  En Kareeem selalu susah hati mengenangkan anaknya yg kurang cakna dengan kemudahan yang dibekalkan kepadanya selama ini.  Betul orang tua kata ..  anak orang kaya kurang sangat menghargai kemudahan-kemudahan yang dicurahkan kpdnya.    Astaghfirullahal Azeem!

Menulis tesis pada saat penghujung cuti belajar  bukanlah sesuatu yang enak kerana banyak perkara perlu diambil perhatian.  Pertama hasil dapatan kajian. Kedua adakah hasil kajian membantu apa-apa ke arah membina ilmu dalam bidang kepakaran tersebut atau sudahkah dapatan kajian menjawab secara tepat soalan soalan kajian?

2.2  Kalau masa mudamu selalu tercicir barang ke sekolah, politeknik dan universiti , nanti susah masa depanmu bila berhadapanan dengan keadaan anak anakmu ramai macam mancis.  Tertinggal anak kecil di supermarket boleh budak ni?

2.3  Hargailah sedikit ..susah payah ayahanda mu ini ..  sudahlah tubuhnya rendah , ronggak dan cacat pulak anggotanya itu!

2.4  upon reflection, It was good to lead a difficult life when we were young in the 1970's.  Now after 57 years independence , we tend to appreciate every bit of comfort that the government has produced for us.

2.5  The immigrants led not an easy life here for they are being hunted by the immigration department all the while.

2.6  Bila mereka bercerai ,  makan minum Pak Leman semakin berserabut.  Itulah ..  Kak Yam tu ..sesuai sangat dah dengan dia.... sama sama Kelate dan fasih berbahasa jerman dlm proses mencari ulam bercicahkan budu.

2.7  Bila tengkujuh datang, proses mencari anak anak udang di pesisir pantai menjadi semakin susah.  Dalam kata lain 'tidak enaklah'  kerana nyawa mereka sentiasa terancam.

Begitulah sedikit sebanyak .. buah fikiran saya hari ini.

Susah hati ..  esok kena mempersembahkan kertas kerja mengenai prestasi bekas pelajar SBP-SBP bila berada di Universiti Batu Pahat  sesi 2012/13 sebagai 1 kajian kes.

Sekian.
Wasallam


0 comments:

Post a Comment