Salam
Pagi Jumaat datang lagi. Syukur dgn izin Allah dapat mengajak anak ku Solihin bersama-sama..ke masjid untuk menunaikan solat subuh berjamaah pada pagi Jumaat yg mulia ini. Alhamdulilah. Melalui didikan begini ..anak anak lelaki tak payah ..susah susah nak kejutkan untuk mengadap Allah 5 x sehari. Syukur!
2) Balik dari masjid ..sempat membeli akhbar STAR .. tajuk bagus is HOW MUCH IS ENOUGH during one's retirement?
Ini sekadar berkongsi kongsi sahaja.
Penulis dalam artikel akhbar ..menyebut dari kajiannya RM200,000 adalah jumlah simpanan minima ..mencukupi. Kalau gaji terakhir RM6000 sebulan sebelum pencen (umur 55 tahun) .. pencen kerajaan sebanyak RM4000 sebulan dah cukup.
Harap harap anak anak yg sudah bekerja dapat membantu sedikit sebanyak secara bulanan.
Itu atas kertas jer itu.
Kalau kereta-kereta masih berhutang dgn bank .. anak anak dgn bini muda 3 - 4 orang .. bini tua kencing manis .. bini muda suka mkn mkn di luar waktu sarapan - rasa rasa RM4000 tidak mencukupi kot. apa tah lagi isteri tidak mempunyai pekerjaan (guru, nurse, kilang, promoter produk ) . Orang tua lelaki 'bodoh' mempunyai semua bini bini yg tidak bekerja tetapi selera mcm orang orang Putrajaya (yg serba moden). Laugh.
So berapa banyak mu hendak .. agar mencukupi?
3) Payah nak jawab itu ma.
Jika dlm ambang pencen ..cuba buat 6 perkara ini ..
3.1 makan minum di rumah. Belajar sedikit sedikit memasak untuk 1 atau 2 orang. Ingat ada orang tinggal se orang diri sahaja bila partner 'mati'.
3.2 belajar recycle. Pakai baju lama tetapi ... seluar baru. Pakai seluar lama tetapi baju sedikit baru. Pakai serba serbi lama. Pakailah serba serbi baru. Tapi ingat tug in your clothes plz.
3.3 kurangkan bercakap di khalayak ramai seperti kedai kopi. You got money ..you talk lah (peribahasa cina). Belajar mendengar ..apa ygsedang diborakkan.
3.4 belajar menelan air liur w/pun pahit macam racun ular bila tengok jiran tetangga pakai kereta baru, bini baru, suami baru., hidung baru, tudung baru , .. srba Serbi baru ..
3.5 belajar berzikir lama lama di atas tikar sembahyang. Sebut subhanallah, alhamdulilah dan Allahu Akbar 1000x pagi dan petang ..buat biar istiqamah. Terima lah hakikat ..time sedap sudah berlalu. Zaman susah ..hidup sendirian ..anak anak jarang hubungi ..
3.6 exercise sedikit. Contoh kejar angsa , itek, kambing di belakang rumah .. kasi badan berpeluh sedikit sebanyak setiap hari. Kalau nak berpeluh banyak .. cubalah pinang anak dara orang berumur 30 - 45 tahun. Banyak peluh kau bang..insya allah! Try ? tak try ..mana tahu bukan?
Sekian.
wasallam.
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment