Salam
tahun 2014 , kita buat resolusi tahunan. nak buat macam macam. Contoh .. berjimat cermat itu dan ini.
Tak lama lagi ..2015 .. kita akan buat resolusi baru. Jimat cermat dan macam macam.
rasa - rasa semua itu ..tidak boleh dipakai sangat kerana ,... kita binatang sosial. Hidup dalam satu masyarakat melayu islam dan warga Malaysia yg berbilang kaum.
Kit aplan nak jimat RM200 sebulan tetapi ..tuhan tahu ..kita boleh terus hidup tanpa simpanan itu melalui jemputan khawin sanak saudara, sahabat handai, kes melawat org sakit, org mati, org nak naik haji dan macam macam .. agenda lain tanpa diduga.
He..he.. semua itu .. memerlukan perbelanjaan.
2) kalau nak jimat duit ..jgn keluar ke mana mana. Contoh balik ofis ..kunci terus .. pintu pagar dan duduklah kita suami isteri 24/7 di dalamnya ..jangan hirau rumah jiran jika terbakar, kereta jiran meletup , anak jiran tertelan duit syiling 50 sen ..jangan hiraukan. Insyallah banyak duit kita boleh jimat. Amalkan sifat begini mulai sekarang. Nanti bila anak dara kau ..nak khawin .. hanya 5 orang sahaja akan datang ke jamuan khawin mu. 3 orang ahli masjid - tukang nikah, itu dan ini. Padan muka mu.
3) Jika tak mahu begitu berlaku .. jadilah binatang sosial yg .. prihatin kpd keadaan sekitar.
Semalam Dalam Star Ahad 7 Disember ..dilaporkan semua harga ubat ubatan naik mencacang. 40%. Dulu jika kita belanja RM100 sekali melawat doktor GP .. mulai Januari ini kita terpaksa belanja RM140 pulak. Mana nak cari duit RM40 itu?
Kita perlu sabar.
Tak payah beli tudung tudung lagi. Pakai apa yg ada. Sebutlah alhamdulilah.
tak payah tukar kereta lagi. Pakai jer Kelisa 1000 c.c, itu ke mana mana jua. Jimat?
Tak payah ..tukar kerusi set .. pakai apa yg ada. Lagi pun siapa mau datang rumah you? Asyik kunci pintu pagar jer ...selepas pulang dari ofis. Jangan risau ..malaikat keberkatan rezeki tak akan dtg rumah awak ..kerana ..hati awak tak gemar ..bila ada tetamu datang bukan?
Jimatlah kamu dalam kefahaman agama, ilmu ekonomi mu. Gunakan ilmu perakauananan mu itu. Debit kredit harta orang dan sekarang buat benda laah yg sama pada harta mu itu juga.
4) Resolusi aku? Senang jer/ tambahkan ..sembahyang semabhyang sunat. Contofh tahajud, dhuha dan ..isra'.
Bila kita selalu .. menggunakan masa .. untuk menghampiri Allah .. hati kita mulai tenang. Kita tak berasa jealous kalau ada jiran umurnya 65 tahun sudahberniklah semua dgn Pengetua sekolah (janda anak 7) .. he.he..
Kita tak rasa apa apa .. jika jiran ..pandu sana sini dgn mobil barunya. Kita tetap happy dgn Kelisa lama kita. Bersyukurlah.
Malam malam tak payah ..bersusah payah membuktikan apa apa. Kita sudah ada anak 6. Terbukti kita seorang pendekar melayu islam .. tak payah ..susah susah telan ubat itu dan ini semata mata nak buktikan ..kekuatan badang dalam tubuh semakin tua. Silap silap haribulan tersilap makan ubat cina moanchuria .. berbuih mulut org tua.. mati ..mabuk ubat kuat dari tanah besar Cina. Mampus org kata!
Hidup berpada pada sudah mencukupi untuk diri saya. Kalau orang makan daging ayam .. saya redha makan ikan kembung matanya hijau. Beli se ekor .. telan separuh waktu siang ..dan telah separu lagi ..waktu malam. Jika ada tetamu ..ikan se ekor ..kita bahagi tujuh. Tak boleh you?
Kita tukar diet. Dulu ..all daging ..sekarang all ..sayur sayuran. Buah-buahan. Durian, duku, langsat, rambutan, mempelam siam dan ..macam macam. tukar jer diet.
Tak mati youuuuu.
Dulu kita selalu pakai ..baju seluar John Masters. Sekarang tak payah. Kita pakai baju melayu ..biru ada, hijau ada, koko ada ... silih berganti. Seluar slack opis masih baru. Yang penting kita ada duit ..biru, merah, hijau ... untuk diri sendiri dan ..anak anak ngaji universiti. Kalau orang guna mobil baru ke bandar mengambil masa 1 jam untuk perjalanan sejauh 200 km ..kita ambik 4 jam pun ..tak apa. Kita terima hakikat ..kita hanya ada Kelisa otomatik saja.
Isteri? kalau dia hendak merx .. dia kena khawin dgn org lain lah. sila perGilah ..jika kau mahu. Let me be alone. lagipun ..dalam kubur ..aku akan bersendirian juga. Bukan bawak katil besar apa apa pun. Jika Nabi Adam a.s sudah bersemadi berjuta jutaan tahun dalam kuburnya ..mungkin aku di situ pun .. sama juga. Harta dunia semua ditinggalkan. Lihat lah alam dgn kaca mata yg betul. Apa lagi yg hendak dikejar. Apam melayu = apam cina = apam mongolia .... apakah kelebihannya ..dalam umur yg sudah semakin tua, .. semakin nak mati. (ketawa).
Aku ? aku tak mampu dah/ cukup lah buat hutang, makan riba, tolong bank buat jutaan ringgit berasaskan riba, raba dan gila.
Jika kita buat ..resolusi di atas ..insyalaallh kita kan selamat. jangan dikejar kejar ..sangat .. kehebatan dunia ini.
Orang yg cepat mati adalah org tak pernah merasai cukup.
Cuba buat interview dgn waris waris si mati. Mereka akan ceritakan plan si mati sebbelum dia matii. Nak bina empayar perniagaan lah, nak bukak kebun barulah , nak buat itu dan ini. Sudah terbuatkah semua itu?
Ada si mati ...naik helikopter ..terbelit kipas helikopter dengan watyar telekom .. sekarang siudah lama mati., mana empayar itu? tak ada pun. See .. jgn tertipu kawan kawan.
Hiduplah dgn apa yg ada.
Insyallah kita akan selamat. Didik anak anak supaya kita kena mulai belajar hidup berkongsi kongsi/ Buku abang , angah boleh gunakan ..stoking angah ..oncu boleh pakai sekarang.
Jimat banyak belanjalah.
Sekian.
Yg baik dari Allah ..dan yg tak bagus itu .. syaitan punya influence. Maaf ..ku pinta.
Wasallam.
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment