pengistilahan - bodoh

Posted by sazali

Salam

Dalam masyarakat dunia .. ramai antara kita tidak suka dicopkan sebagai seseorang, satu kaum, satu bangsa atau satu umat yang bodoh.  Silap silap ada orang akan dibunuh kerana tersasul ucapannya..  bodoh kau ini!

Sebelum dipanjangkan cerita ..  elok kita tengok apakah yg di maksudkan dgn  istilah 'bodoh' ini.  Agak-agak apakah makna bodoh?  tidak pandai?  itu terlampau sopan ..  tidak cekap ?  hisshh..  itu pun tak tepat.  Rasa rasa bodoh ni ..  untuk orang yang tak menggunakan otaknya sebaik mungkin dalam menjalankan sesuatu tugasan, mungkin ada markah 6/10 kot.  In English it means just damn stupid.

Orang gila .. jika mereka kencing berdiri di mana mana dia suka seperti di tempat menunggu bas universiti .. itu tak BODOH namanya.  Mengapa ?  kerana dia gila, brother.

Orang macam kita ini ..jika menggunakan tandas .. tetapi tidak membersihkan najis terlebih dahulu .. sebelum keluar ke pangkuan masyarakat ..  BODOH itu tepat ke atas dahi kita.  Bukan?

2)  Di sini saya senaraikan 3 benda bodoh yg kita buat ..setiap hari tanpa menyedarinya.

2.1  memasak untuk ahli keluarga yang sedang nyenyak tidur.

2.2  masuk pejabat tetapi tidak melakukan tugasan yang telah disenaraikan dalam fail meja masing-masing

2.3  menyokong team bola Inggeris di warung-warung mamak corner di seluruh negara


Huraian:

Ibu misali akan memasak siang dan malam.  Kalu tidak dibenarkan memamsak, dia akan jatuh  demam. Tetapi tanpa disedari , anak anak dan menantu sudah beranggapan bahawa jika mereka bangun dari tidur ..masakan semuanya untuk mereka  sudah terhidang di atas meja makan.

Semua itu tersedia kerana ... syukur ibu itu ..rajin memasak ..secara bodoh dulu, sekarang dan masa hadapan.

Sepatutya  ibu memasak sedikit sahaja untuk ahli yg akan keluar bekerja pada hari itu.  Untuk orang orang yg sedang tidur, biarkan mereka tidur sampai ke petang atau terus keesokan harinya.  Bila bangun, uruskan sendiri makanan makanan mu.  Boleh?  Ini menjimatkan kos.

Sekarang ramai anak anak muda (dara, dari, darat) tidak mahir memasak.  Ini semua berlaku kerana ikhsan aktiviti ibu mu yg tua ... yg bodoh (maaf, bu )  ..terus memasak dan memasak ..  sepatutnya ..ibu ini .. direhatkan sahaja bila ramai anak anak pulang ke kampung.  Sampai sudah masanya ibu ayah berehat di dalam kamar.  Biar anak anak ini bangun pagi dan sediakan sarapan pagi atau makanan tengah hari untuk ayahanda bonda.  Ok tak?  Dengan cara ini insya allah anak anak dara tahu tanggungjawab mereka masing-masing.

**

Kita bangsa melayu beruntung sakan dalam proses mendapatkan pekerjaan dalam sektor perkhidmatan kerajaan.  Dalam proses keseronokan , pihak kerajaan ada juga buat sedikit kesilapan memilih orang 'gila' bekerja untuk rakyat jelata.

Contoh sedikit jer ini .. orang orang bandaran/ MPKB/ MPSA.
Apakah kerja utama mereka di opis?

Banyak ..bukan ..salah satu ..pastikan ..semua jalan raya / pohon pohon di tepi jalan dipotong potong setiap bulan sekali, di uruskan supaya .. papan tanda papan tanda bandar bandar terang kelihatan untuk rujukan pemandu pemandu kenderaan dari luar.  Longkang longkang tidak tersumbat.  Bila tersumbat ..banjir dan serangan tikus menjadi-jadi.  Rujuk USM Kubang Kerian 2013 - 2014.

Bila ini diuruskan dengan baik .. kes kemalangan ..dapat dikurangkan juga.
Sekarang kalau kita pergi ke kawasan Shah Alam sekyen sekyen 18,19 .. UiTM ..  kita akan melihat banyak pohon pohon, dahan dahan kayu .. menutup papan tanda papan tanda ..  ini cukup merbahayakan.  Kadang-kadang pelacung kafir (yahudi, nasaro) berfikir ..  tak kerja kor umat islam di Shah Alam ini?


Kalau ada kes accident ..disebabkan ..  papan papan tanda yg sukar dilihat dan dirujuk ..maka kematian itu digelar .. satu kematian  yg bodoh.

Si  mati bodoh dan orang yg bekerja di Majlis Bandaran pun bodoh.
Pihak kerajaan negeri pun bodoh .. mengambil si pulan bin si pulan untuk bekerja dgn majlis.
Sekarang ramai graduan politeknik dan kolej komuniti sedang mengganggur.  Elok diberikan peluang kepada anak anak muda ini mengambil tugasan memotong rumput, trim daun dan tebang dahan-dahan kayu, bersihkan saluran longkang dan lain-lain.  Tak payah simpan pekerja pekerja tua yang super-malas dan mengamalkan budaya lembu kenyang ini 24/7.



***
Di England, terdapat beratus ratus team bola sepak.
Ada yg masyur dan ada yang  hidup segan mati tak mahu jer.

England berada 25,000 km dari tanah melayu.  Kalau naik pesawat MH01 ia mengambil masa 12 - 13 jam lamanya.
Kalau kita sokong team bola mereka atau kita tak sokong pun.team bola dari England .  mereka tidak akan marah apa apa kpd kita.

Lagipun ..waktu .. England tak sama dengan waktu Malaysia.

Yang bodohnya ..mengapa kita terlalu ghairah menyokong team bolasepak  Manchester United .. membelasah pasukan kerdil macam Swansea City.

Apakah faedah/ keuntungan  yg kita dapat?
Air kopi di mamak corner ..kita yg bayar. Bukan team bola manchester united yg bayarkan.
Kita pakai T-shirt Man United ..  kita peragakan  siang dan malam bukan setakat di bandaraya tetapi di dalam kebun kebun durian pun kita iklankan / peragakan .. jenama Man United.  Pendekata ..dalam masjid jamek pun ..kita mintak pak imam - tok siok baca label baju kita kuat kuat "MANCHESTER UNITED'.

Lembu lembu , kerbau kerbau di kampung .. mesti berbisik sesama mereka .. tengok Dollah BODOH itu.

Ha..ha.. ha...  kau tak faham ker?

Musim World Cup .. ada bini kejutkan suami ..bangun bang .. time bola ..brazil kena belasah dgn german ni.  Bangun ..rugi tak tengok gol gol yg dijaringkan ini.

Ada bini ..beli ubat supaya suami tahan biji matanya ..menonton bola ..  sepanjang 1 bulan ..bangun bola, minum bola, makan bola, fikir bola, telan bola ..  semua bola ..mati atas plus highway pun ..bola.

Kadang-kadang sang bini terlupa kejutkan ..sang laki bangun tengok bola Finals World Cup.  Sanggup sang laki bunuh sang isteri .. kerana kes bola sebiji ditonton 5 bilion manusia bodoh pada dini-dini hari.

Rasa rasa cukuplah ..  kita membodohkan diri sendiri.  malulah sedikit.

Jom kita bertaubat banyak banyak.

Jom kita pakat pakat cari pesawat MAS 370 yg hilang itu ..mana tahu terselit kat belakang Bukit Marok .. bachok itu.  Jom tuan/ jom adik.

Bor lah jadi bodoh ini.  Ibu pun ..stop cooking once in  a while please.

Sekian.
Wasallam














0 comments:

Post a Comment