Hebat pelakon-pelakon ini. Syabas!

Posted by sazali

Salam

Manusia mempunyai banyak macam sifat dalam kehidupannya.  Ada mempunyai sifat sabar, ikhlas, bersungguh-sungguh, komited, lurus mcm kayu , ..dan ada juga yg bersifat kepura-puraan.

Semua ini mempunyai kekuatan masing-masing.  Kalau buat buku dgn Syarikat Telaga Hijau ... insya allah laku ..untung ..boleh gunakan ke umrah/ haji insya allah.

2)  Di kesempatan yg terhad ini , ingin saya tuliskan berkenaan dgn sifat kepura-puraan.

Kalau kita berkerja dgn sektor gomeng ,  .. tak semua ketua kita mahir dalam semua perkara.  Jika dia berucap di dalam  sesuatu majlis .. anak buah di bawahnya pakai angguk sahaja.  Tanda setuju. Stail angguk itu menandakan tiga perkara.  Setuju terpaksa, setuju rela dan setuju kepura-puraan.  Tetapi realitinya ..mereka berpura-pura setuju.  Berpura-pura menyokong orang -orang atasan kerana zaman dia naik pangkat DG52, DG54 dan Jusa .. ialah pada tahun ini/ tahun depan.  Masakan dia mahu bertikam lidah dengan bos .. oleh itu sifat berpura-puraan cukup menebal dalam kebanyakkan organisasi kerajaan.

Bila di luar organisasi ..mulalah ..dia menikam dari belakang.  Itu tak betul , ini tak betul.

3)  Dalam kitab Al Quraan .. banyak tempat ..Allah Taala memberi amaran kpd orang yg bersikap pura-pura ini @ munafik @ munafikun.  Dalam bahasa moden bergelar hipokrit.  Tempat paling sesuai untuk golongan hipokrit ialah neraka yg terbawah.  Orang suka menipu mempunyai ciri ciri seseorang hipokrit.

Dalam .. kisah percintaan 3 segi ..org hipokrit di dalam filem hindi ..selalunya dibunuh.  Dia dibunuh kerana satu pihak mempunyai hati yang terlampau sakit.  Geramnya tak terperi tahap skalanya.  Sekejap kau suka kat aku ..tetapi di belakang kau suka kat orang lain pula.  Waktu siang ..kau cukur habis hartaku di Oxford Street London sedangkan di waktu malam .. kau benarkan (mamat karpet)  orang lain menggerjakan kamu ..sampai lumat.  Keputusan:  kau mesti dibunuh. Baru steady maruah aku di khalayak ramai.

4) Dalam politik di tanah melayu ini pun..kalau kita buka mata kita luas luas ..kita perhatikan banyak pelakon adalah dari kumpulan kepura-puraan.  Sekejap dia menyokong si A dan sekejap masa yg lain dia menyokong si B pula.  Kalau tidak masakan ada istilah ' brahim katak'.?

Disebabkan sifat begini, keadaan negara cukup cemas pada hari ini.

Arwah ayah .seorang .. penganut kefahaman UMNO yg kuat.  Masa hidupnya ..  selalu percakapannya berkisar antara kelangsungan hidup melayu dan kehaprakan org cina pendatang.  Pertembungan antara kaum melayu dan cina.  Hatinya resah gelisah ..  melihat peristiwa di mana org org cina mengambil tempat strategik ..dalam bandar untuk menjalankan perniagaan dan pendidikan vernakular. Bahan rujukan nya ialah akhbar  Utusan Melayu. Aku mendengar sahaja.  Walaupun aku belajar sedikit tinggi ..tak larat nak membangkang kata kata arwah ayah ..  kerana dia sedang mengidap penyakit darah tinggi, jantung  dan kencing manis.  Kalau aku melawan hujah-hujahnya ..dia merajuk ..tak mahu makan dan tak mahu tidur di rumah.  Susahlah partnernya itu.  Aku tak gemar baca akhbar ayah kerana penulisan bnyk mengenai politik tempatan, agama, hiburan Saloma dan Jins Shamsuddin.  Aku lebih suka membaca Straits Times 15 sen jer pada masa itu. Bnyk melaporkan tentang pemain bolasepak idola aku seperti George Best , Pele dan Gerd Muller.  Otak aku lebih terbukak.  he..he..  Hatinya menebal ke arah mesti mempertahankan harta dan kuasa melayu .. dgn apa cara sekali pun.  TK utusan melayu (jawi).

Tetapi waktu kehabisan wang ..  dia akan menghampiri toke-toke cina , perut buncit, tak berbaju , .. niat hati nak berhutanglah itu.  Senang jer dia dapat hutang .. kerana dia polis.  Toke takut dgn polis. Ayah ku dipanggil Datuk oleh orang orang cina ..  di sektor perniagaan / perbankan dan lain-lain.

Begitulah lagak orang melayu .. pro kapal layar serba biru.  Aku tak marah kpd arwah.  Biarlah dia berlakon.  Lagi pun ..aku adalah seorang anaknya ..anak polis katakan.  Aku rasa lagak ini ..diamalkan oleh kebanyakan polis polis tua zaman 1960 - 1980.  Duit tak pernah cukup.  Setahu aku ..gaji ayah RM178 sebulan waktu aku menuntut di STAR IPOH 1975.  Rendah bukan?

Baik ..balik kpd cerita asal.

Pura-pura.

Satu masa ,..polis cukup strict dgn orang ramai.
Satu masa lain ..polis tak lah se strict mana pun.

Tidak ada standard ..kayu ukur piawai ..  untuk polis ....  berkelakuan bagaimanakah sepatutnya mereka membawa diri di bandar, bandaraya, kampung, pekan kecil ..  tetapi dlm buku rekod ..tercatit ..elakkkan rasuah terang-terangan dalam buku poket laporan mereka gi BEAT ..(round round sekeliling bandar).

Rasuah ... he..he.. he..

walaupun dlm kitab agama memberi amaran pasal rasuah ..

aghh ,..malaslah ..nak tulis pasal benda-benda ini.

Yang aku tahu ... ada  orang orang kita .. mengamalkan rasuah secara sedar/ tanpa disedari.  Why?  tanyalah mereka.  Tuhan? He..he..he..  tuhan itu ada hanya dlm bulan puasa jerr .. di kuarters polis masjid penuh .. bulan bulan yg lain tak ada tuhan. Depa katalah.  Benda ini subur kerana .. sifat kepura-puraan menebal dalam setiap diri kita bangsa melayu.  Tanya diri masing-masing. Betul tak?  Orang orang arab pun 2X5 atau 5X2.  Dengan mat salleh bercakap lain ..dgn orag islam jawi cakap lain.  Double standard.  Hipokrit berlegar-legar di tepi kawasan Kaabah.

Didikan di rumah ... membenarkan sifat ini terus hidup sebati dgn kaum melayu.  Bila ke rumah mak chik atau jiran tetangga  .. masakannya tak sedap pun ...  kita mesti kata sedap ..  kalau tidak ..biru pekatlah peha anak anak dara ini .. mereka akan dicubit oleh ibu tersayang.  Kita belajar menipu secara kecil-kecilan.  tetapi bidalan melayu ada menyebut ..sedikit sedikit , lama lama jadi bukit.

Menipu di waktu kecil bila disemai dan dibaja ..

maka terjadilah .. penipuan berskala besar-besaran.

Tuntutan palsu.
Sumpah palsu.  Laporan palsu.  Cerita palsu Mongolia VERSUS Melayu. Plagiarisma dalam sektor akademik.  Dulu ada kes prof kelate plagiat kerja orang dari barat.  Sudah redakah kes itu?  Malu besar rakyat kelate. Serambi Mekah dan ...

X Y Z palsu.  Barang palsu. Di kelate ..istilah 'barang' membawa banyak erti.  Gunakan dengan baik , kalau tidak anda akan diketawakan orang.

Begitulah cerita hari ini.

Kita semua ..adalah sang  hipokrit. Ada yg sedikit dan ada yg banyak sifat sifat hipokrit.

Sekian. Pandai-pandailah menjaga diri.  Maaf ku pinta jika terkena atas dahi sendiri secara langsung ataupun tidak.  Aku posmen sahaja.

Wallahu aklam bis sawabbb.












0 comments:

Post a Comment