Bila kaya ...

Posted by sazali

Salam

Malaysia sebuah negara yg kaya dengan beraneka nikmat dari tuhan - bahan mentah seperti petroleum, bijih timah dan tumbuhan flora fiona hijau seluas mata memandang.

Itu belum termasuk rakyatnya berbilang bangsa, agama, adat, adab, wajah dan kebolehan.

Bila  kayor rakyatnya

1) boleh membeli bermacamm macam harta, aset seperti rumah, tanah dan kebun
2) boleh membuat pilihan sama ada hendak beli PROTON atau kereta impot
3)  boleh beli tenaga luar (out source)
4)  dan macam macam lagi.

Tetapi kaya sahaja tanpa ilmu/ otak yg baik ..

semua kekayaan akan hilang sudah ..contoh:

** dulu kita kaya ..tak pernah kita dengar kerajaan kita berhutang sana sini dari dunia luar tetapi sekarang .. kerana kerajaan , stail kepimpinan , dan macam macam pengaruh politik, falsafah hidup, stail hidup, stail fikiran dan ..mulutnya celupar ..

negara sudah ..berada di ambang .. kemusnahan.

Kenapa kemusnahan?

* hutang negara sudah mula menghampiiri mencicah RM1 trilion

** anda tahu tak .. trilion ini apa ke benda?
1 trillion = 1000 billion
1 billion = 1000 million
1 million = 1000  (1  ribu)
100 000 =  100 keping duit kertas  RM 1000
1000 =  10 keping ( 1 duit RM100)

..agh banyak lagi tu ... ada yg tak pernah jumpa nombor di atas kan?  but the issue is ..

Mengapa kita berhutang?  ( mantan PM Tun Mahathir kuat mengkritik kerajaan la ni , sepanjang bulan April 2015.  Rujukan: Star )

-----------------------------------

Kita boleh buat satu lagi penyelidikan di peringkat Ph.D ini.  Jom kita buat di McGill University .. ambil banyak  data Malaysia ..tunjuk kpd SV orang kanada, tunggu dia angguk angguk setuju  .. dan .. itu sudah bagus .... bila orang putih gina data kita .. buat kursus MBA di Afrika , Arab sana ... baguih sekali ? ..

Dulu kita hidup senang dan selesa. tanpa Macintosh , i phones , Samsung ..kita boleh hidup bertegur sapa.  Org kaya selesa jer berkunjung ke rumah orang bawahan macam penulis blog ini dan aku pun ..selesa jer main bola sepak dan cantas keting ..anok org kaya.  Sliding tackle - stail Beckenbauer ( West Germany)
Rumah melayu , orang cina datang / berkunjung musim raya ... . aku study dalam rumah kawan ku berbangsa cina ..study mathematics dengan kawan terbaik saya LC Seong .. aku ajar dio maths dan dio ajar aku English / Sciences ..dan ibunya ..sediakan fresh orange ..  tak sibuk pun halal/ haram/ hudud/  dan .. mcm mcm ..semua just fine/


Rumah Cina / orang India melawat bila ada ahli yg sakit Atau meninggal dunia
rumah melayu / orang putih berkunjung juga terutama 'hitch hikers' dari Australia/ New Zealand dan Amerika.

Tetapi sekarang..

rumah melayu .. orang melayu lain negeri  pun tak mahu datang ..why?  berlainan kefahaman  politik, standard pelajaran, jenis bini, jenis stail hidup suami isteri . Mereka suka tidur di hotel, rest house jer.  takut habih gula, habis beras, kurang bilangan ayam itek di bawah  rumah papan  kawan dia.

dan ada itu ..rumah mak  ayah pun ..anak anak melayu .. tak pulang pulang untuk melawat ibu ayah mereka masing masing.  Musim raya ..pun ada anak genar tidur di hotel jer dari tidur rumah mak ayah bertaraf reban ayam ..

Telifon?  semua orang kita hubungi di dunia ini tetapi orang tua kita sendiri ..  o yes ..berkira sangat kita ..bil telefon, tempoh masa yg habis bila berbual dgn ibu bapa  ... sedangkan ..yg   bersusah payah ..membesarkan kita ialah mak ayah kita juga.

Sedihnya?

Berkat ..  stail .. pengajaran pembelajaran di sekolah ini lah selepas 1990 - 2010 ..

mungkin ..malaysia akan tumbang.  Sekarang ..ramai orang bangsa asing ( Rohingya, Bangladesh, Afrikan, Iran, Iraq, Yemen, India, Thai, Vietnam, Cambodia, Indon nak join makan makan memcari rezeki .. memberatkan lg kapal layar melayu kito .. perahu BN .. sengek sangat sangat dah ..dan mungkin kalau tak jaga bila ramai sangat org lain naik .. tenggelamlah kapal kerajaan melayu kita.  Kadar tenggelam adalah makin melarat bila ada anggota polis tak senonoh ..  melakukan zalim kpd orang orang asing perempuan (rujuk Star 13 May 2015.. 3 polis di penjara 12 tahun masing masing ).  Siapa lagi org perempuan nak mintak tolong bila mereka susah?  Yes .. bagus ..stail .. melayu gemar ambik orang melayu jadi itu ini dalam skim perkhidmatan kerajjaaan .. Semalam ada beberapa orang staf gomeng ditangkap main snuker waktu pejabat ..  tak bersolat jumaah ( jumaat).  Malunya ..  agama , bangsa , ....  Patutlah  pening kepala PM terbaru kita ini.

Yang hairan mengapa mereka     tak hanyut jauh jauh   ke Mekah .. Arab Saudi itu hah?  Kalau dulu .. Tun boleh tukar ..waktu .. boleh tak PM kita ini tukar .. kiblat ..  orang hanyut , orang pelarian, ...mesti landed kat Malaysia kita jugak.

Betul tak? Astagh firullah hal azeem.  Dunia nak kiamat. Bor lah ngaji ..boleh kor?

Wasallam

Rujukan:
Dewan Masyarakat ( 2000 - 2014)
A. Kadir Jasin (2012) ..
Akhbar Stars  (M) Berhad - 2000 - 2014




0 comments:

Post a Comment