Kasihan jugak yer

Posted by sazali

Salam

Bertugas sebagai guru pada zaman ini ..mempunyai banyak masalah.  Antaranya:

1)  bebanan tugas yang tinggi.  Pertama, sukatan pelajaran,  kedua, tingkah laku pelajar zaman ICT dan ketiga masalah expectation yg serba tinggi yang mana ibubapa (depa fikir depa lebih pandai dari warga guru yg bertugas)

2)  waktu kerja bukan lagi 5 hari ..tetapi kadang kadang menjangkau 6 hari di mana Sabtu pun ada ramai guru hadhir ke sekolah.  Mengikut pemerhatian, guru guru dijadikan 'bibik Indon' untuk jaga dan escort  anak yg mana ibu bapa bekerja 6 hari seminggu di Kuala Lumpur

3)  guru subjek selain dari matematik sains kena ambik tahu juga .. teknologi ICT kerana .. zaman sekarang semua pelajar dilahirkan dalam zaman serba ada, serba tahu dan ..mereka nak serba cuba jaya serba benda termasuk memandu kereta mewah si ayah.  Masalah disiplin teruk ?  Kemalangan ada berlaku kerana anak anak yg memandu kereta SPORT ayah nya

4) kesihatan guru. Ada guru datang dari keluarga DNA yang ada penyakit. Selalu letih jer 24/7 sejak zaman muda hingga tuaNYA  dan ada segelintir guru ..serba subur.  Musim sejuk pun dia preg ..dan musim panas pun dia  preg. Ikut hukum matematiik, pihak sekolah kena cari guru penggantilah ini dengan kadar segera nanti ibu bapa pandai ..akan marah marahhhh kpd sekolah

5) keadaan rumah tangga guru; kereta guru; motosikal guru; basikal guru dan  pakaian guru

6) sekarang ayah di negeri lain, ibu di negeri lain dan si anak anak pun berada di negeri lain dengan atuk dan nenek penyayang serba serbi kasi.  Hujung hujung minggu ..  banyak trafik di atas jalan raya .. untuk maksud membawa semua pemain utama ini ..untuk berjumpa dan makan bersama 24, 48, 72 jam sahaja.

7)  tension ..bukan guru guru jer yang merasa tetapi menular kpd ibu bapa mereka dan mertua mereka juga. pak Menteri - tolong pindahkan mereka ini ke satu kampung jer, sudahlah. Haruuuu ..... Can?

8)  duit tak cukup  (mungkin?)

9)  tenaga habis atas jalan raya sahaja .. trafik jam dan ..  elak accidents. Mata dah jadi 'hitam macam haiwan dlm zoo itu ' ..nama apa haiwan itu yer?  Kola bear?

10)  cara pentadbiran pengurusan  sekolah -  ada yg autocratic dan  ada yg 'serba mudah' asalkan jangan bakar sekolah sudahlah .  Yang sedap/teruk .. ada staf kaki ampu pentadbir sekolah.  Kerja banyak disalurkan kpd guru guru-guru  muda yg tak khawin khawin lagi supaya cepat .......


11)  FROG VLE ..oh no ..... (keluhan guru guru muda 25 - 40 tahun ). Kdg kdg kerajaan terlalu syok dgn broadband teknologi ini ..  

12)  Borderless classroom.  OMG!

13) banyak lagi  .. cukup lah itu.  nanti ada guru guru yang tak suka kpd saya ini

Tak lama lagi bulan puasa. Ada guru perempuan .. merasa penat dan mengantuk. maklumlah ..  bangun, tidur, bangun, tidur , mengejut bapa dan anak anak untuk bersahur dan menunaikan solat subuh .. 30 hari sepanjang bulan puasa ini.  Penat kan? Tugasan pelajar dah tanda cikgu?


Itu sahaja dahulu nak saya tuliskan untuk renungan kita bersama.

Kasihan bukan?



0 comments:

Post a Comment