bila gigimu sakit

Posted by sazali

Salam

Tuhan menciptakan manusia sejagat dengan sifat  tubuh badan yang standard.  Orang Thailand diberikan organ bergelar  kepala , orang melayu ada kepala  .. dan Tuhan Maha Esa dan Maha Adil ..kurniakan orang Afrika pun diciptakannya kepala kpd mereka juga tanpa sebarang unsur bayaran.  Percuma!  Tanpa kepala ..  siapalah identiti kita?


Ciptaan tuhan .. Tuhan tak pernah merasa sedikit pun elemen boring/ malas/ puas jika dibandingkan dengan pelukis tersohor dunia Picassor dan LAT.  Sebuah kepala ada 2 pasang mata dan 2 pasang telinga.  Ini standard.  Core Standard.  Mat Salleh dengan kepalanya .. dan orang Cina dan India pun ..dilengkapkan kepala-kepala dengan panca indera yg sama.

Tak pernah ada orang complain bahawa ..matanya tidak ada warna putih pun.  Lengkap putih ada, hitam pun ada kecuali orang eropah ..tuhan tambah warna hijau , biru cantik berseri.  Semua ..no problem untuk Allah Maha Besar.

Bulu kening .. pun standard. Dari kiri ke kanan dan tak pernah melarat sampai ke bibir mulut pun.

Perfect 'template' ciptaan manusia ini.
ALLAH MAHA AGUNG.  SUBHANALLAH.


2)  Oleh sebab DIA ALLAH yg menciptakan kita ..jom kita anggap dia jurutera teragung.  Jurutera Proton tahu keupayaan kereta proton maxima dan minima ..semua jurutera proton tahu.

Apatah lagi dengan PENCIPTA AGUNG - ALLAH ROBBUL IZZAT.  Sudah tentu dia tahu .. kelemahan kita.

Salah satu kelemahan kita ialah bila kita berdpan dgn sakit gigi.

Pernahkah anda mengalami gigi yg sakit?  Susah nak tidur, susah nak fikir formula terbaru matematik dan ..bnyk lagi susah ..  kdg kdg ..suami isteri pun bergaduh besar bila sakit gigi menyerang tiba-tiba.  Pengetua cemerlang pun tiba tiba HOTS/ KBATS  bila giginya sakit!  Kaedah Berfikir Aras Tinggi SOKMO2.

3)  Bila sakit gigi ..kita pergi ke dentist.  Tak pernah lagi saya mendengar .. orang sakit gigi jumpa tok bomoh 'tulang patah' atau foreman kereto Proton  Pesakit gigi berjumpa urologist. Ada?  He..he..  sakit gigi ..kena pergi jumpa doktor gigilah.

4)  Oleh itu ...  jg lah gigi kita masing masing.

Bila ada gigi yg cantik .. harga saham wanita ..muda .. ada sedikit tinggi lah dibandingkan dengan wanita yg sudah kehilangan semua giginya.  Tanya nenek kita berumur 90 tahun ..mengapa saham nenek jatuh merudum.  Salah satu faktor ..nenek / atuk tidak bergigi lagi.  Tambahan pula , gigi nenek kena rendam satu malam ..baru ok keesokan harinya.  (hishhhh!)

Dengan gigi kita 'mamoh' burger ayam dan daging.  Dengan gigi ..kita gigit daging ayam, kambing, lembu, unta ..dan mcm mcm lagi kita makan, kunyah dan ... hasil produk gigi ..kita telan dan hasil makanan ini ..jadilah makanan untuk pertumbuhan badan.  Ad aorang badannya macam Badang, ada macam Mat Sentul dan ada itu badan pun tarakkkkkk... (tak cukup zat ).

Kdg kdg terlampau bnyk makan daging tanpa sayur- sayuran, buah-buahan, ada orang mengalami masalah kencing manis, kolesterol tinggi, pressure darah rendah , wajah pucat mayat, sembelit, buasir, ...  dan sakit jantung/ stroke.  Salah satu cara control stroke ..ialah berpuasa 30 hari pada bulan puasa Ramadhan yg mubarak.

Bila puasa ..kumpulan gigi berada dalam status rehat. Tidak perlu ..kerja berat lagi ..seperti mengisar daging lembu , kerbau, rusa, ikan JAWS  dan pelanduk sampai lumat.

Untung puasa diwajibkan .. geng geng  gigi cukup senang hati.  Hanya ..gosok gigi jer 3 kali sehari supaya ..maintain cantik dan berseri.  Tanpa gosok gigi ..  bau mulut ..cukup busuk sekali ..kerana segala bau dari lubuk, lubang  perut timbul dari lubang mulut berdindingkan gigi.

Sekian.  Untunglah mereka yg pandai bersyukur ..walau pun gaji nya tak tinggi ..tuhan ada hadiahkan kpd nya GIGI yang cantik dan berseri.  ramai Datuk./  Datin jealous kpd mereka yg masih 'complete gigi set nya'.  He..he...he..

5) tetapi sakit gigi lagi nih....  nak cabut?  Fikir 10 kali ..kerana gigi asli bukan senang tumbuh kembali.  Gigi gerham ok lagi tetapi gigi depan (frontal) awas tuan/puan / cikgu dan cikgi ..  tempias air liur bila gigi depan tumbang dan tergolek dalam mangkuk klinik gigi.  Berwaspadalah.  Doktor gigi .. suka cabut jer ..makin banyak gigi dicabut naik lah markah KPI nya tahun ini.  Fikir fikir apa dia tulis dalam borang KPI nya taun 2015 ini?  nak cabut 10000 batang gigi ker Dentis?  KPI =  apa yer?

Wasallam.  Renung-renungkanlah ..nikmat gigi itu.







0 comments:

Post a Comment