Today

Posted by sazali

Salam

Today - hari ini - Permatang Pauh - Pilihan raya kecil - kes saudara AI dipenjarakan.

tetapi ..kami cuti di Pulau Pinang.

Syukur.

Minggu ni ..banyak kerja terbantut.  Baru jer nak panas enjin untuk bekerja, membincangkan masalah, menyediakan perancangan kerja, target produktiviti  ..datang pulak cuti.
Minggu lepas pun cuti panjang - 4 hari -

2)  Saya tak tahu negara ini bercuti berapa hari setahun - termasuk cuti raya , cuti krismas, cuti deepavali, cuti CNY, dan macam macam lagi seperti RED WARRIORS dinobatkan sebagai juara bolasepak Premier Championship tahun  2013, 2012.

Ramai orang bersyukur ..dengan adanya cuti begini ..berturut-turut.
Mereka mempunyai alasan tersendiri tetapi bagi orang berikut cuti begini menyusahkan :

2.1  kilang - kilang
2.2  sekolah , kolej, universiti


3) Alasan adalah dari segi momentum kerja

Di universiti, pensyarah mungkin kena ulang beberapa kali sesuatu kuliah,  pengajaran agar pelajar-pelajar dapat memahami dan menjalankan amali di makmal-makmal.

Di sekolah pun sama.  Guru guru sibuk ..ulang dan mengulang pengajaran dan leteran leteran bila murid-murid didapatti lupa Theorem itu dan ini maklumlah di negara ini bila cuti sahaja ..orang pun memasang khemah beranika warna untuk kenduri-kenduri  khawin.  Yangsedih ialah sang lembu dan kambing yang akan dikurbankan sebagai meraikan manusia manusia ini pulang ke pangkuan keluarga. Apa boleh buat .. tumbuh -tumbuhan dimakan oleh binatang dan sang lembu pula dimakan oleh manusia dan manusia dimakan oleh ,..... (baca lagi di bawah tuuu)

Orang orang tua ..tak apa lah mereka sibuk dgn kenduri kendara begini ..tetapi yang susah ..anak anak dijemput pulang dari sekolah asrama, koleh MARA tinggi, untuk menyertai peristiwa bersejarah - kak long @ pak long khawin lagi.

Dalam keadaan orang berlumba lumba pulang untuk itu dan ini ..ada juga yg terkorban kerana ..pemandu mengantuk , penat, sibuk, fikiran kalut dan ..tayar, kereta tak sempat servis kerana .. workshop kereta pun bercuti jugak.

4) Apa apa pun sebagai rakyat ..  kita patut bersyukur kerana cuti banyak pun , ramai kalangan kita masih berkerja dan berduit.  Di negara negara lain ..  mereka dilanda kemusnahan kerana peperangan, wabak penyakit dan bencana alam.

Saya rasa ..tuhan suka kita bercuti banyak banyak ini .. agar kita kerap bersilatul rahim ke seluruh pelusuk tanah air.  Tengok sahajalah ..  trafik dari Kuala Lumpur ke Johor Bharu dan Kuala Lumpur ke Kota Bharu bila datangnya musim cuti raya, curi sekolah atau cuti Hari Buruh minggu lepas.

Bila trafik jam ..banyak minyak dibakar secara 'bodoh'.  Lebuh raya ada tetapi ..minyak kita bayar dan tol pun kita kena bayar.  Bukan itu sahaja kadang kadang ..nyawa kita pun terbayar sama.

Sekian.

Wallahu aklam bis sawab.

0 comments:

Post a Comment