Jagalah dirimu sayang

Posted by sazali

Salam

Kalau kita mempunyai 100 orang kawan karib ..selalu bila kita mengakhiri satu-satu perbualan  ..melalui telefon atau secara terus .. kita akan berpisah dengan   ucapan  'jaga diri ' ok?

Apakah makna jaga diri ini? Mengikut kefahaman saya :



2)  Kalau tuan/puan  merokok,  jaga diri ini bermakna ...berhentilah merokok. Insya allah panjang umur mu.  Lagipun ..jari yang memegang putong rokok ..baunya kurang enak sekali.

Kalau tuan hamba suka hidup berhutang, jaga diri bermakna .. kurangkanlah tabiat berhutang itu .. sekarang kita kena cepat cepat melunaskan hutang yg ada.  Sedikit sedikit bayar ..lama lama hutang itu akan terlunas juga.  Sedap berjalan atas muka bumi ini ..jika tak ada orang mengejar kita kerana kes hutang.  Betul tak?  Rujuk Kitab Imam Al Ghazali rah.a.   Ihya' Ulumiddin.

Kalau kita jenis yg selalu sakit, jaga diri bermakna .. makan ubat, rehat banyak banyak dan berubahlah sedikit stail kehidupan itu seperti cuba tidur awal dan bangun tidur pun awallah.  Insya allah sihat kita nanti. Kurangkan berjaga malam tanpa sebab.  Bila pagi, makanlah buah buahan tempatan seperti pisang jala-mas, jambu air dan rambutan kuning.  Banyak vitamin ber.

Kalau kita suka minum kopi pahit waktu malam, jaga diri bermakna .. berhentikan meminum kopi jenis ini kerana ..tidur payah jika kafien banyak dlm darah kita tau?

Kalau kita students di IPTA/IPTS, jaga diri  bermakna .. ingat objektif eksplisit kita di universiti. Dapatkan ijazah, sarjana dan phd ..  dan seboleh-bolehnya ..dapatkan juga semua skill I.T  yang diperlukan supaya kita menjadi seseorang pekerja yang cukup kompeten nanti.  Ada orang targetnya siang siang lagi 'aku nak cari pasangan hidup bila berada di menara gading'.  Bila dah dapat .. otaknya ..over over sepanjang pengajian ..keputusan ialah dia dpt diploma jer .. sedangkan pasangannya lebih dari itu.  (ketawa sedikit pada Ramadhan 2 ini).

Kalu kita student PHD yg ditaja oleh pihak universiti ..jaga diri bermakna ..graduate on time.  Boleh?  He..he..he..  mesti ada orang tak suka ayat ku itu.  Tapi itulah maksud tersirat , tersurat bila surat dari universiti sampai ke tangan kita pada waktu summer begini.  Atau mu rasor guanor?  What say you?

Kalau kita pegawai kerajaan, jaga diri bermakna ..patuh kepada arahan ketua dan pemerintah negara. Semalam PM nasihatkan kita staf kerajaan supaya jangan bocor rahsia kerajaan dan berjimat cermat.  Jangan membazir letrik. Jika keluar dari opis, sila matikan semua lampu dan bilik kita itu.  Kalau kita suka L.I secara solo  ..  eloklah kita mulai sekarang .. kita berpakat pakat menggunakan satu kereta jer dgn staf lain  ... nanti jimat banyak duit negara.  Tidurpun satu bilik ..jimat sangat sangat kan? Insya allah.

Kalau kita sedang berpuasa ..jaga diri .. bermakna ..mu jaga mulut besar mu itu - jgn mengumpat dan mencela orang lain.  Gunakan masa untuk bertadarus Al Quraan dan buatlah aktiviti yg berfaedah ..seperti menanda kertas assignment pelajar pelajar atau menolong orang-orang  susah seperti PATI , Rohingya dan lain lain lagi bila tamat waktu opis. Bukak rumah kita seluas-luasnya untuk majlis iftar setiap hari. Besar pahala ..tuan hamba.  Boleh tak?

Org org tua berpuasa ..biarlah lebih baik dari kami anak anak muda berpuasa. Jaga diri ialah ..jaga perangai mu itu ..  malulah sikit ..ada orang tua .. suko puasa ..tapi sembahyang 5 waktu ..tak ada pun. Kitab mano pok chik/ mok wen guno selamor lamor ni?  Solat akan disoal dahulu oleh Allah Taala ..kemudian baru hok hok lain seperti puasa, zakat dan haji.  Tok kor gitu ..belakor belakor?

Kalau kita seorang anak dara ..bila menaiki bas ekspress untuk satu perjalanan yg jauh  ..jaga diri bermakna .. jaga notebook itu, jaga hand phone, jago purse  mu itu .. jika berbual melalui handphone ..jagalah suaramu itu.  Jangan ketawa berdekah-dekah macam Mat GilorBabi.  Bila turun ke tandas, awas kawasan sekitar ..jika terlampau gelap ..jgn cuba masuk tandas tanpa sinaran lampu neon ..ada ular adik. Ular itu akan mematuk bahagian tubuh adik yg terdedah nanti.  Kadang kadang ular boleh menyelinap masuk ke dalam alur adik wehhhhhhh.....  Payah semua orang atas bas.  Berhati-hatilah ..orang jahat akan mengambil semua kesempatan untuk faedah mereka sahaja tanpa mempedulikan nasib mu selepas mereka menyerang adik.  Banyak kes dah ...  di negara ini.  Polis PDRM hanya ambik laporan jer ..  org jahat sudah jauh menghilangkan diri.  Malaysia tak selamat macam zaman Tunku Abdul Rahman dulu dulu. Kasihan adik.  Tolongggg!

Kalau anda seorang anak lelaki sulung orang ..jaga diri bermakna ..tungganglah motosikal itu elok elok. Di UTHM, banyak kes kemalangan dari tahun 1995 - 2014 melibatkan penungggang motosikal terutama mereka yg baru berjaya mendapatkan lesen.  Ada ibu bapa dari Kota Bharu memberi hadiah motosikal kpd anaknya yg berjaya mendapat tempat Diploma jah ke UTHM ..  tapi awas ..Parit Raja, Batu Pahat dan Kluang ..jalanrayanya sangat sangatlah merbahaya.  Begitu juga ..mereka yg baru pandai memandu Myvi dan Kelisa.  Jaga diri di sini ..merujuk kpd .. jika kau rasa rasa nak beraya tahun ini ..pandulah dengan penuh hemah di P/Raja itu.  Malang tak berbau .. jenis kenderaan yg ada di sini ialah treler tayar 40, lori 4 tan muatan kelapa sawit, bas ekspres KKKL, Transliner, TransNasional, basliner JB, kereta-kereta lumba yg baru exit dari Lebuhraya Air Hitam/ Kluang sedangkan adik baru jer belajar memandu kat circuit Pengkalan Chepa, KB  sana.  Mana boleh lawan environmen sepoi sepoi bahasa Pengkalan Chepa dengan kawasan terror P/Raja ini?  Aku dah sampaikan pesanan ..ingat itu?

Kalau anda seorang saudagar besar/ kontraktor besar/ toke besar ..jaga diri bermakna ..jg anak anak kuli di bawah mu terutama mereka yg mengharap 100% dari upah bekerja di bawah syarikat mu.  Jangan kasi mereka menyumpah yumpah nama mu .. setiap masa ..kerana sumpahan orang orang dizalimi ..  masin purik BoSS!  nanti kalau tak terkena atas batang hidung Boss ..mungkin kena tepat atas dahi isteri dan anak-anak mu pula.  Manalah tahu?  Na u zubillah.

Sekian.

Wallahu aklam .. saya memesan diri saya dahulu itu.  Jaga diri abah.  Al Fatihah.


0 comments:

Post a Comment