Salam
Bulan penuh berkat ini ..marilah kita perbanyakkan masa kita dengan berzikirullah.
Jika tidak ada yg bagus untuk diucapkan ..sebutkanlah :
a) La ila ha i lla llah (kalimah toiyibah) - Tiada tuhan melainkan Allah
b) Subhanallah
c) Alhamdulilah
d) Allah hu akbar
e) salawat ke atas Nabi
--
Jika dah boring sangat dengan kalimat kalimat itu , kita sibukkan diri dengan membaca Al Quraan nur Kareeem. Bacalah ..surah pendek pendek pun Ok , nak baca Surah yang panjang panjang pun OK. Bergantung kepada kita. Tidak ada paksaan dalam melakukan semua ini. Tak nak baca pun ok ..tetapi jgn sakiti org lain dgn mulut kita itu.
---
Jika kita guru .. gunakan masa .. menanda buku buku latihan pelajar-pelajar kita itu. Di sekolah, fokus kita mesti tinggi .. untuk mengajar. Jangan pula kita bawa .. accessories ..berzikir itu dan ini. Guna sepenuh masa ... cari buku, cari rujukan, cari contoh supaya pelajar pelajar senang belajar dengan kita. Insya allah selamat kita dunia dan akhirat.
Sebagai guru, kita kena terima hakikat bahawa bukan semua pelajar yg super cemerlang. Ada yang slow sedikit dan macam macamlah. Mereka slow kerana kesihatan atau mcm mcm. So pandai pandailah membawa diri di arena sekolah sekolah di negara ini.
Kalau semua pelajar kita super cemerlang, siapalah agaknya yg akan memgambil peranan sebagai pak guard (security), drebar bas ekspres , bas sekolah berwarna kuning , pak chik roti, pak chik ikan dan tok mudin dengan pisau ajaibnya.
Kita kena terima .. inilah peluang terbaik yg diberikan oleh Allah kepada kita untuk menanam bakti (benih) dalam sektor pendidikan .. dengan doa .. apa yg kita ajar ..ini akan menghasilkan satu .. amalan jariah yg tak putus putus mulai sekarang sampai ke akhirat.
Rugi besarlah guru guru yg mempunyai kesempatan yg terbuka luas .. membiarkan peluang ini terbiar begitu sahaja. Ada guru menangis macam budak budak hingusan di saat persaraan kerana .. peluang bersama murid murid sudah berakhir. Tempoh untuk dia menanam kebaikan sudah berakhir. Bila bersara, dia tak puas puas melihat bumbung sekolah dan mulutnya tak henti henti bercerita .. dulu anok murid aku ... begitu dan begini. Orang tua .. begitulah. Asyik bercerita benda yg lampau ..tak sudah sudah. Kadang kadang kita pun naik 'fed up' mendengar benda yg sama.
Untuk mengelak masalah .. bercakap banyak mengenai masa yg lampau seperti geng pop ye-ye .. eloklah kita bersungguh sungguh sedikit mulai sekarang. Betulkan niat dan masuklah kelas kita itu dengan perasaan bersyukur banyak banyak ..kerana tak lama lagi .. hari gaji dan ada elaun khas dari kerajaan. Tak bersyukur mcm mana .. ngajar berlebih-lebih kurang pun ..elaun khas RM500 tetap ada seperti guru guru lain yang sentiasa cemerlang dalam tindak tanduk PdP masing-masing. Org bertakwa .. depa malu nak ambik duit tersebut. Apa yang mereka buat ialah .. tukarkan duit itu kepada .. 5 6 kotak besar buah kurma dan hadiahkan kesemuanya kpd murid muridnya beribu orang itu. Orang tak malu .. dia ambik duit itu dan berbelanja sesuka hati. Mengikut ustaz, nikmat nikmat ini semua akan disoal oleh Allah nanti. Mungkin soalan ini akan diacukan kpd kita "...mu rasa betul ker .. duit itu ..kau ambil dan gunakan sedangkan ..buku buku latihan pelajar tak pernah kamu kembalikan?". Payah nak jawab soalan ini ..wahai guru guru.
Oleh itu pada hari yg mulia ini .. jom ..kita beristighfar bnyk-banyak ..bertaubat .. jgn ulangkan lagi kesilapan kita yg dahulu. Jom kita jadi warga guru yg patut dicontohi. Saya memanggil diri saya dahulu ..jom kita berubah ke arah satu PdP yg Allah boleh bangga dgn kita .. kehidupan yang baik di sisi Allah Taala.
---
jika kita ibu sepenuh masa di rumah, jangan bersedih. Banyak benda boleh buat di rumah. Ada 10 aktiviti yg boleh dilakukan semasa di rumah selepas suami keluar cari rezeki (duit atau ...).
Aktiviti tersebut ialah:
1) membasuh pakaian yang sudah kotor
2) mengemas rumah
3) melipat kain yg telah diambik dari ampaian semalam
4) memasukkan pakaian berlipat di dalam almari pakaian / seterika baju baju boss dan anak anak
5) memberi anak anak kecil makan - nestum, corn flake, biskut cicah teh , roti celup telur
6) memandikan anak anak itu
7) mengelap badan anak anak itu
8) cari lauk dalam (fridge, paya ikan atau hello hello pak chik ikan)
9) proses memasak - masakan kegemaran big bos - ikan masak pedas ala johor
10) tidur sekejap - aku bukan robot - mahu rehat sebentar!
tetapi jangan lupa berzikirlah .. buat doa .supaya dapat boss hatinya baik ..semua gaji kita control .. yg lebih lebih sedikit kita agihkan kpdnya. Kasihan bukan? if we are nice, the boss is nice then every body looks so niceeee.
Sekian.
Wallahu aklam bis sawab.
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment