Ramadhan 14

Posted by sazali

Salam

Syukur ..Allah memberi kita peluang berpuasa lagi pada hari ramadhan ke 14 ini.

Harap harap puasa hari ini lebih baik dari semalam.  Insya allah.  Bagaimana?  Dengan cara kita dapat bersolat zohor dan asar berjamaah dan .. menggunakan sedikit masa untuk tadarus Quraan dengan rakan-rakan yg mana .. isterinya ustazah ustazah yg pulang dari Mesir/ Jordan.  Ok tak?

2)  Pagi tadi terbincang pasal gelang emas dgn partner saya.
Isteri komen :  teringat isteri TGNA ( mantan MB Kelantan Darul Naim) ..dia tak ada pun gelang emas.  Kalau ada, susah hati isteri-isteri orang lain ..  nanti dia akan mendesak (ngek-ngek)  suaminya ..membeli gelang emas untuk nya  berhari raya maklumlah emas dan intan permata  ini adalah perhiasan wanita.  Jika suami tidak mampu membelinya, mungkin bergaduh sepasang suami isteri ini.  Mengapa bergaduh?  Hasil dari melihat gelang emas kita lah.  Mungkin kita adalah sumber mereka berbalah laki-bini.

Untuk keselamatan semua, baik jgn beli dan pakai gelang emas pun kecuali beli 1 lori emas dan simpan sebagai investment / saham tetapi kita simpan emas-emas ini di safety box di Bank bank komersial.

3)  Mengikut statistik jenayah dari balai balai polis di Kelantan, ada rumah di Kelantan disamun dalam keadaan famili berstatus sedar dan di waktu siang siang hari lagi.  Penjahat menyerang dan merompak semua gelang emas dari satu famili tersebut.  Ada yang cedera parah maklumlah ..gelang emasnya banyak di tangan kanan dan kiri.  Semua ini berlaku kerana ... ada wanita gemar bergelang emas ke sana sini contoh ke Bazaar Ramadhan dan ke masjid masjid untuk solat tarawweeh.  Untuk makluman, ada pemuda-pemuda kampung yg tak bekerja mundar mandir ke sana sini.  Untuk menampung kebutuhan hidup , profesion menyamun dan merompak adalah agenda terpenting mereka.  Mereka selalu alert 'target' mana hari ni.

Bayangkan kalau kita "disembelih" atau dikerat tangan kita hidup hidup  ..  kerana adanya gelang-gelang emas di tangan isteri, anak anak dara dan menantu kita yg berjawatan guru, jururawat dan doktor. Bukankah ini membawa satu kesalan yg tak sudah sudah?

Nyawa kita melayang ..angkara ..  si gelang emas 20 ringgit berat, 40 ringgit berat dan sebagainya.  Di India, orang korek balik kubur .. kerana si mati ada gigi-gigi emas. Yang best, orang begini tak melawan punya.  Bukankah senang profesion begini?

Syukur ..contohilah  kehidupan arwah TGNA dan isterinya .. mereka adalah satu teladan yg baik untuk kita ikuti pada zaman 1MDB ini.  Aman damai , hidup sentosa .. dunia dan akhirat.

Amacam semua?

Wallahu aklam bis sawab.

0 comments:

Post a Comment