Pelajar aktif dan pelajar pasif

Posted by sazali

salam

Sekarang pendidik-pendidik selalu menekankan isu berkenaan dgn behavior (perangai dan tabiat)  murid-murid atau pelajar-pelajarnya sewaktu mereka berinteraksi di dalam kelas.

Mengikut pengamatan saya , berikutlah ada sedikit komen :

1)  pelajar aktif datang dari guru guru aktif
2)  pelajar pasif datang dari keluarga dan guru guru yang pasif juga.  Sikap seperti tidak konfiden menjadi isu utama.  Dalam loghat Kelantan, sikap ini diterjemahkan kpd malas (pure laziness).

Jika guru guru tidak menanda buku latihan matematika murid-muridnya , sudah tentu mustahill murid murid itu boleh berlakon sebagai murid aktif.

Betuk tak?

Murid murid aktif memerlukan makanan yang baik.  Setiap pagi jika murid murid itu minum susu lembu atau susu kambing dengan roti bakar bermentega, kaya, jam nenas ..telur masak separuh ..  oats meal lagi dan duit kocek RM10 sehari ..  rasa rasa aktif senang datang kpd murid murid ini.  Keadaan dapur di rumahnya .. menyebabkan dia aktif.

Jika murid-murid adalah dari keluarga pemalas .. dapur semua ada peralatan moden .. ibunya malas nak sediakan sarapan, air milo panas ....  besar kemungkinan .. murid murid akan datang ke sekolah dalam keadaan pasif.  Mereka penat , malas dan tidak bertenaga.  Mereka mula bertenaga ..bila selesai sahaja waktu rehat jam 1000 pagi ..setelah pekena dengan mee goreng , keropok lekor, karipap dan milo panas jug besar ..insya allah.
---
Mengapa perlu aktif?  Keadaan bilik darjah adalah dalam keadaan aktif jika behavior guru dan murid-muridnya semuanya aktif.  Setiap soalan dari guru matematika dibalas dengan respon yang positif juga,.

Aktif apa yer?  aktif mengajar/  aktif menyoal guru guru nya //  aktif berbincang dengan rakan rakan berkenaan dengan topik yg sedang diajar// guru guru keluarkan soalan KBAT .. murid murid mencuba lagi dan lagi menjawab. Ada yang betul dan ada yg salah.  Cikgu terus membantu.  Ini aktif yer?

Mengapa perlu pasif?

Kalau guru guru selalu datang ke kelas tanpa sebarang alat bantu mengajar , rasa rasa payah ..nak ciptakan satu sausana bilik darjah yang aktif.

Kalau komputer selalu 'down' rusak'  .. keadaan ini menyebabkan pasifness dalam behavior murid murid sekelian.  Kadang kadang bila murid murid pasif, guru pun pasif .. dan jika semua staf begitu ..tidak mustahil ..sekolah ini dilabelkan sebagai sebuah sekolah pasif.  Bukan itu sahaja, kambing dan lembu dekat luar pagar sekolah pun serba serbi pasif.  Tak bertenaga sahaja warga sekolah ini.  Entah?

Murid murid tak perlu aktif bila ..buku buku latihan mereka sudah lama tidak ditanda dan dipulangkan.  Kadang-kadang ada guru yang 'hilangkan' buku latihan muridnya maklumlah ..  kereta guru ramai adik beradiknya yg tukang pakai.  Buku buku mungkin tercicir.  Ada kereta guru cukup simple. Kelisa sahaja.  Adiknya darjah6 pun boleh memandu kelisa seluruh kampung ..  Kalau kereta guru berjenama BMW ..mungkin tak berani adik guru menyentuh sterring wheel itu.  Mahal giler kau kata?

Bila sekolah aktif, kucing kucing pun aktif.  Bukti ..banyak anak-anak kucing berkeliaran di kawasan tangga dalam sekolah.
Bila sekolah aktif, kambing kambing di luar padang sekolah pun aktif.  Bukti ..  bunyi "beeekkkkk..beeek  .."  nyaring kedengaran ..saling sambut menyambut pengajaran aku bertajuk 'bits and bytes' dalam kelas komputer.

Bila sekolah aktif, murid murid aktif dan tenaga staf pun aktif. Super aktif pun ada.  Bukti ..hujung tahun ada sahaja guru guru perempuan yang aktif melahirkan anak anak baru.  Jika tidak ada anak ...  mungkin satu hari nanti guru guru akan menangis.  Mengapa?  tidak cukup murid murid untuk didaftarkan sebagai warga sekolahnya yang baru.  Pernah tak saudara/ ri terpandang seorang guru menangis nangis ..  sebabkan  ... bilik darjahnya hanya 2 orang murid-muridnya sahaja yang berdaftar sebagai pelajar Tahun 1.  Mengapa?  sifat kesuburan ibu dan ayah di kawasan sekolah itu cukup mendukacitakan.  Tengok Singapura!  ramai mana pelajar pelajarnya dalam 1 kelas?  bila bilangan murid tak ramai bagi 1 kelas, sudah tentu ..tenaga tenaga guru guru yg ramai akan menghasilkan keputusan PISA dan TIMSS yang cukup membanggakan.  bandingkan dengan sekolah di negara aku  ini?  Satu bilik darjah mempunyai bilangan murid 35 - 45 orang ramainya.  Aktif sungguh guru guru memintas / mengawal selia pergerakan murid muridnya takut takut mereka terjatuh dari Tingkat 4 bangunan sekolah terus menjunam ke bumi.  Penat kan?

So tahap keaktifan manusia lelaki dan perempuan  itu tersangatlah penting.

---

Pasif senang menyerang kita jika kita melayan perspektif negatif.  Contohya ..selalu ingat kepada mati.  Jika begitu,  buat apa kita bina kondominium dan kompleks/ rumah guru tinggi tinggi?  Sepatutnya ..  tidur dalam kereta guru sudah mencukupi.  Jika dilayan entiti mati, buat apa kita mengarang buku buku akademik yang tebal tebal.  Siapakah yang akan membaca hasil penulisan itu?

Jika dilayan .. dunia akan kiamat esok  ..  buat apa kita guru bersungguh sungguh ..memberikan motivasi pelajar untuk terus cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM ....

tetapi pesan Nabi Muhammad s.a.w .  ialah ' orang paling bijak dalam kalangan umatku ..ialah orang yg selalu ingat pasal MATI'.

ha..ha..ha..  Warga MAS sesetengahnya ..berkeadaan pasif lani.  Kita kena faham. Dulu geng saya aktif dalam MAS tetapi ..sekarang dia  sudah berubah sakan.  Mana taknya ..  dia sihat lagi tetapi .. perkhidmatannya tidakk diperlukan lagi.  Dasyat dengan Khazanah Holdings ini.  Kena ambik org Jerman untuk memberhentikan 6000 staf MAS.  Kalau ambik orang Rohingya sebagai CEO baru.  mungkin ..  staf yg exit akan digantikan dengan warga rohingya mereka sendiri. Simpati betullah kalian!

Cukuplah ..di sini sahaja saya menulis.  Aktif dan pasif bergantung kepada diri kita sendiri.  Bulan puasa ini  bagaimana hah?  Aktif lagi kah kita?  atau kita terus berkeadaan pasif sahaja ..melayan tentang isu isu yg membawa diri sendiri terus pasif dan tenggelam dalam dunia passiveness.

Sekian.

Wallahu aklam bis sawabbb






0 comments:

Post a Comment