Bandaraya Kota Bharu

Posted by sazali

Salam

Aku dilahirkan di Kota Bharu. Selepas negara ini mencapai kemerdekaan, aku pun keluar dari perut ibu ..tak cukup bulan tapi semua alright. Dulu tak ada lampin serba putih, kapas. Yg ada cuma daun pisang, daun ubi, getah ..pandai pandailah nak hidup kan?
Tak ada doktor pakar , susu formula, pampers pakai buang segera, lactogen, nestum, cadburry dan mcm mcm lagi.
Tak sangka dgn keadaan begitu, tuhan hamparkan rezekiku  mcm mcm dan di merata rata tempat.

2) kota bharu tak sesibuk New York city. Sistem jalanraya di sini tak se confuse dgn
Micigan city, tak cool seakan akan kota Montreal, tak sekalut kotaraya Casablanca, tak se smart kota London, tak sebahaya
New Delhi dan ...dan segila Kuala Lumpur dgn trafik jam sana sini.

Kota Bharub unik. Jalanraya sibuk hanya musim raya jer maklumlah ramai org pulang beraya dgn sanaksaudara mereka masing masing termasuklah aku ...

O yes lupa ..aku lahir dlm berek polis kota bharu. Celik jer mata..ada org gaduh gaduh ..bahasa pun macam macam ..sekejap melayu kelate, sekejap jawa, sekejap itu cina hokkein dan tak lama lg ...tamil pun ada. Mungkin sebab itu, aku petah berbicara.
Guru guru ku ramai cino dari melayu. Ada juga dari India Colombo dan ada juga dari Australia, Glasgow dan London.
Kuat juga arwah ayah bekerja polisnya itu ..hasil peluhnya aku disekolahkan dari satu negeri ke negeri yg lain. Maklumlah anak polis.
Aku tak ada kawan sekampung. Yg ada hanya buku buku menjadi kawan karib ku siang dan malam.
Kadang kadang ayah mengajarku berniaga. Untung sikit sikit aku beli akhbar harian Straits Times. Murah jer 15 sen jer satu naskhah. Itupun 3 hari berjual beli baru dpt aku himpun 15 sen.

Bukan mcm budak budak sekarang. Serba serbi mewah. Ada handset, ada internet, tidur dgn walkman dan ..belum kerja pun ..ramai yg dah khawin dan hidup serba happy.
3) Bandara Kota Bharu unik dgn pasarnya. Semua kaum wanita yg menjual di sini. Semua benda ada. Keris ada, apam dgn cicah kelapa ada ..yg tak ada mungkin concorde jer.
Tak percaya dtglah.
Satu lg keunikan org di sini ialah ..mereka suka mengaji agama. Belajar al quraan tak henti henti. Ada pak imam membaca al quraan ..bunyi lebih arab dari org arab sebenar. Makraj nya bagus. Sebutan al quraan nya superb!
Tak cayo, dtglah. Masjid Telipot ..tempat di mana semua ini adalah benar belako belako tapi awas ..brg brg berharga. Di celah celah malaikat ramai lg syaitan dan iblis ...bermaharalela. banyak sudah kereta dikopek. Brg kemas dibawa lari. Penjahat boleh berlakun mcm wanita solehah. Jalan gaya pondan. Yg penting beg beg pompuan ..dibawa lari.

Tak percaya dtg lah. Semua masjid begitu. Awas yer.
Jgn marah. Warning telahpun aku beri.
4) unik lagi? Masakan masakan sini bnyk manis. Kueh manis. Senyum manis. Adik adik sini semua manis. Kencing pun banyak manis. Tak percaya? Dtglah Hospital Kubang Kerian. Ada org kena kerat betisnya ..dulu kiri, sekarang loni ..kaki kanan pula. Kasihan?
5) satu lg benda unik, org kelate suko main air. Musim banjir. Diselak selak kain...tak ingat tak takut lintah kak?. Astaghfirullah.
OMG.
Awas pak haji. Tersilap kain tak apa, tersilap kata buruk padahnya.
Maaf pak haji.
Tahun lalu, tak sempat main air. Mari air bah .bawak lari semua kampung.
Kasihan.
Tuhan mahu uji.
6) dulu ada arwah Nik Aziz. Tuan Guru Nik Aziz. Menteri Besar. Rama org datang tengok rumoh dia. Zuhud, sederhana, tak ada hati nak boros boros. Yg payah ..Tuan Guru boleh mengajarvagama. Lulusan Deoband, India, Madinah. Sarjana Syariah. Dunia ada, akhirat pun ada. Tahun lalu, dia dipanggil pulang oleh khaliq agungnya. Tunggu kita pula. Mu dah siap siaga tuan?
arwah boleh mengimami solat 5 waktu. Selepas subuh dia mengajar hadtih. Ini payoh cari. Org lain, selepas subuh cepat cepat sambung tidur atau jogging naik turun bukit. Napok kuat training. Buncit itu tak turun turun lagi? Why?
Nabi Muhammad s,a,w ajar ...makan bila lapor, berhenti sebelum kenyang. Cubalah amalkan. Itu souvenir kami ...anok kelate.
Begitulah dulu. Nanti saya sambung.
Insya allah.
Kalau musim puasa, marilah ..berpuasa di sini. Terawih prayers mcm mcm masjid di Saudi dah lah. Masjid kpg Sireh tempat org berkumpul. Tapi awas, kereta tuan hamba. Ramai syaitan dok eta eta ..brg brg dlm keto tuan haji.WASALLAM

0 comments:

Post a Comment