Bersembang dgn org pun bagus

Posted by sazali

Salam

Dua hari ini saya diberi peluang bersembang dgn 2 orang hamba allah.

Pertama dari Univ Malaya .. prof ini baru selesai viva studentnya di USM tadi.

Kedua saya dgn wak Sulaiman di Sungai Buluh, Selangor. Dia menjual cendol ..makanan kegemaran saya sejak kecil.  Harga semangkuk cendol RM2 jer. Dekat dengan Dewan Orang Ramai Penyakit kusta di Hospital Besar Sungai Buluh.  Dalam kawasan nursery bunga bunga ...  anak pokok macam macam pun ada untuk dijual.

---
Ini hanya untuk berkongsi.
Dengan Prof Lan di restoran kayu mamak tandoori ini ..dia maklumkan .. kita semua adalah dai (pendakwah) agama Allah.  Kita bercakap dan bergaul dengan baik ..org org ramai .. itu sudahpun satu dakwah.  Tak perlu kita labelkan atas dahi kita ..  pendakwah agama pun.

Dia ada komen tentang Tun Mahathir ..  dia sudah pencen. Biarkan politik diuruskan oleh orang lain. Politik itu kotor.  Ada masa ..menipu, bercakap berbelit belit , janji palsu , ..dan mcm mcm lagi ..politik kotor.  Mengapa dah tua .. kita kena sibukkan lagi diri ini dgn perkara politik yg kotor itu. Seharusnya kita fokus kpd apa nak di bawa ke lubang kubur.

Aku mendengar sahaja. Tak ada daya nak bangkang apa apa ..  maklumlah .. saya pun dah tua.  Banyak juga ..saya angguk angguk kepala ini ..tanda setuju sangatlah ... buah percakapan prof lan ini.
He..he..he.. saya nak kejar 'driving terus ke Kuala Lumpur' urusan anak ku yg akan bersalin bila bila masa sahaja.  Datang meraikan Prof Lan ke Pulau
Pinang (Hotel Vistana) sebagai tanda kasih sayang antara sahabat dunia dan akhirat.

----
Ini pula hasil berbual dgn Wak Sulaiman.  Dia kata dia pandai ..bomoh patah tulang.  Ramai orang cari dia kerana ..berubat pasal tulang yg patah.

Lagi ..
1)  ada dua tempat khas  ..kalau kita berdoa .. tuhan tak akan sia-siakan doa hamba nya itu.  Pertama, waktu azan 5 kali sehari itu dan kedua ..  waktu dahi kita menyentuh ke bumi sewaktu kita bersujud dalam solat. Mintak sahajalah apa engkau mahu ...

ingat nak tanya wak ..  kenapa tak mintak tuhan berikan kita satu restoran indah ..boleh kita jual cendol ini dgn lebih maju lagi.  Kenapa hah?

He.he..he..
atau tanya ..mintok dari Allah .. gantikan PM Malaysia dengan orang orang yg lebih bertakwa ..  bukan ke itu bagus?  Apa itu takwa ? Datuk Seri Muhyidden Yasin (mantan TPM)  memberitahu .. taqwa itu  taat pada perintah Allah siang dan malam, cermat belanja, adil dan bertimbangrasa lah sedikit dengan rakyat yg miskin ini terutama di bandar bandar raya seluruh negara.  Mu wat ke tak ..Wak Sulaiman?

2) setiap hari kita hidup di bumi Allah , jgn lupa salawat kat Nabi. 40:60  dia kata.
Kalau malas , buat 40 kali ; kalau rajin salawatlah 60 kali.
Dia tanya saya "..encik salawat berapa kali sehari".
Saya jawab  .. sekurang kurangnya 100 kali pagi dan petang.
Wak Leman:  itu sudah bagus .. adik haji.

He..he..he..

3)  kena atas dahi tok tok haji.  Wak Leman kata .. kita kena adil dgn isteri seadil adilnya.  Barulah kita ..tuhan puji kpd semua makhluk di bumi.

Mengapa?
tok haji sedap makan macam macamk di restoran selepass solat subuh berjamaah ..

bagaimana dgn isteri dan anak anak di rumah?
kalau tok haji makan roti bakar 2 set ..  dgn telur masak separuh 2 biji .. madu lebah lagi ..

adakah isteri dan anak anak di rumah makan .. benda yg sama begitu?  Kalau sama , syabas ..tetapi ..
bohonglah ..  tok haji makan semua sedap di restoran ..isteri dan anak anak ..kdg kdg makan ala kadar sahaja ...nasi goreng + kangkung jer ..

sudah tak adil itu?
sudah tak adil seadil adilnya ..  mengikut kayu penyukat dari Allah Taala.

Bila aku pulang ..ke utara .. sepanjang jalan dari Selangor ke Pulau Pinang ..teringat Wak Leman ..dgn point ..aku tak adil lah selama ini. Aku makan sedap ..tetapi isteri dan anak ..  mana makan benda benda begini .. betul tak?

Malu juga aku .. kpd tuhan pencipta alam.

Bagaimana nak beristeri lebih dari satu ..ini?

Sekian.  Buatlah satu renungan .. wahai diri ku ini.
Wallahu aklam ..
p/s:  saya dah mintak izin dgn Wak Leman ..nak pos perkara yg disebut sebut tadi ..ke dalam blog saya tak serupa dgn org ini.  Sudah dapat ijizah dari Wak Leman (tukang bomoh patah)

0 comments:

Post a Comment