salam
Kita semua ada mulut.
Ada yang cantik dan ada yang kurang cantik pada pandangan orang lainlah. Tetapi mulut ini tidak boleh dibaiki secara percuma.
Jenis mulut yang akan ditulis ialah mulut baik dan mulut jahat. Mulut mulut lain saya kurang ariflah.
A) mulut baik - zikirullah.
Bercakap benda yg baik atau mulut ini diam sahaja.
Tetapi kalau semua kita mempunyai mulut baik mungkin pihak akhbar di mana mana negara tidak boleh cari makan.
Bahkan mereka suka sangat berita dari mulut jahat. Bacalah seterusnya.
B) mulut jahat
Zaman Hang Lekir dan Hang Kasturi, mulut jahat ialah ..mencarut. Memaki hamun.
tetapi zaman pasca 1MDB ini, kita terkejut dengan benda benda lain dari mulut jahat. Contoh mereka- rekakan cerita.
Perkara ini menyusahkan si mulut tersebut dan banyak lagi orang lain di sekitar.
Satu seksyen neraka jahanam dikhususkan untuk orang bermulut begini. Sudahlah tak menggosok gigi di waktu pagi, perkara yg keluar dari mulutnya ..astaghfirullah ..macam macam. Cukuplah busuk. Besar kemungkinan dari perut busuk dan hati busuk.
Nanti saya sambung lagi. Insya allah. (doakan)
Sekian.
Wasallam
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment