Salam
Tidak ramai orang mahu menulis. Ada banyak sebab mereka tidak bergiat dlm penulisan. Ada yg mengatakan membuang masa sahaja. Cari dosa mengumpat orang dan ada juga menyebut. Boleh gapo nya?
Berikut adalah sebab sebabnya.
Menulis memerlukan pemikiran. Semakin tinggi darjat penulis, semakin tinggi dia mesti memikirkan bahan yg ingin ditulis. Adakah bahan itu betul?
Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir bila menulis ..dia mempunyai bahan disebelahnya. Bahan ini disimpan secara cermat. Ini dibantu oleh pengalamannya dan masih ramai lagi bekas pegawainya yg sudi membantunya dlm erti kata sokongan dan bukti. Perkara ini bukan dtg sekelip mata. Kena ada caranya.
Prof Ibrahim Baijunid (mantan Pengarah, Institut Aminuddin Baki, Sri Layang) pun saya kagumi kebolehannya memberi syarahan dan menulis dalam NST Malaysia. Saya pernah berkursus dalam program persediaan untuk mereka yang akan ke luar negara (Masters/ Ph.D) pada tahun 1994 lagi.
Kawan kawan saya yg pulang dari luar negara pun sedang menulis tesis PhD yg belum lagi selesai. Dulu mereka beranggapan, menulis di Malaysia lebih mudah dari England, Australia dan Jepun. Sekarang mereka sudah mulai nampak ...menulis tesis bukan satu tugasan yg mudah. Mengapa? Menulis ini memerlukan mereka berfikir pada satu tahap tertentu mengikut piawai universiti yg mereka telah daftarkan 3 4 5 tahun yg lalu sebagai pelajar Ph.D masing-masing. Wajah mereka riang bila pulang ke sini tetapi kualiti keriangannya berbeza beza bila bulan berganti bulan di sini.
Oleh itu, saya nasihatkan secara ikhlas ..siapkan penulisan itu di sana sahabatku.
Apakah sebabnya?
Pertama, kita berdepan dgn program sosial yg banyak di sini. Kadang kadang, semakin bnyk kita menulis di sini, semakin ramai saudara mara dan sahabat taulan yg mati, sakit dan sebagainya.
Kedua, majlis perkhawinan merata riti. Pergi susah, tak pergi pun susah.
Ketiga, bebanan kerja di jabatan , di fakulti semakin banyak. Bilangan jam mengajar& penyeliaan bertambah. Bilangan pelajar di bawah kita pun bertambah. Jawabnya penat dik. Awas. Belum diambil kira isteri kita pun nak bersalin pulak. Kerap ke klinik ibu - check itu dan ini - terima kasih hasil kerja penulis ( org suruh tulis lain, mungkin .. tertulis benda lain sudahhhh)!
Di England, USA ..program di atas sgt sgt kurang. Kita hanya berdepan dengan buku, rekod field work, kertas yg diconteng oleh SV kita baru baru ini ...dan yg bagusnya ..benda ini tidak bersuara. Bising itu langsung tiada. Kita berlawan dgn pemikiran kita sahaja. Adakah penulisan ini menjawab soalan kajian RQ RQ kita? Itu sahaja.
Di sini, mulut manusia mcm mcm. Ada yg bermucung jika wajah kita tidak kelihatan dlm majlis mereka itu dan ini. Jenis mucung bergantung kepada keadaan. Salah satu variable ialah ..tempoh masa. Jangan hampiri dia jika ..anda MIA [missing in action].
Aduhai. Mulut dan perasaan.
Belum lagi kita menonton wajah kawan yg mana majlisnya kurang mendapat sambutan dari kawan kawan seangkatan di tempat kerjanya. Murung, hiba, duka dan melarat terkenang satu kumpulan penulis penulis yg tak hadhir ke majlisnya. Itu sal lah.
Have you heard a song called 'feeling'?
Flashdance. Ada juga feeling dari penyanyi lain dari abad yg lain. Are you there when the song is played? Payah kan?
Itulah.
Jgn balik if tak siap writing.
Sekian.
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment