Salam.
Di negara ini, tempat terkenal yg mendidik dan membekalkan tenaga gurunialah Institut Perguruan Sultan Idris, Tnjg Malim, Perak.
Majoriti pelatih masa itu ...mempunyai sijil SPM, STp.
Tetapi hasil Insitusi ini sangatlah hebat. Ada memasuki medan politik, perniagaan dan lain lain lagi. Jati diri graduat masa itu cukup tinggi. Jika sesiapa cuba memainkan api perkauman, guru guru inilah tempat rujuk masyarakat kita.
Saya cukup mengkagumi bekas bekas guru saya di Terngganu, Johor dan Perak. Salah seorang ialah Datuk Hj Abdul Rahman.
2) sekarang tempat melatih guru cukuplah bnyk. Tak terbilang kuantitinya. IPTa keluarkan guru. IPTS pun keluarkan guru.
Kelayakan guru sekarang cukuplah tinggi. Ada STP, ada diploma, ijazah dan sarjana. Pandai mcm mcm sudah.
Tetapi sekarang, bila negara mengalami bebanan kepimpinan ..tak ramai guru melayu bersuara. Mengapakah agaknya?
Prof Abdullah Hassan merumuskan bahawa pemimpin sekarang tak ada falsafah dan hala tuju yg jelas. Dulu sibuk 1Malaysia. Sekarang apa lg falsafah yg digembar gemburkan di padang kawat atau media cetak.
Dulu jika kita pulang dari perbarisan menyambut hari guru. Mcm mcm kita berbincang sama sama kita. Seperti isu bangsa mulia terletak atas kita menggunakan bahasa yg betul dan indah. Bukan guru guru sahaja yg berbincang tentang perkara itu, ibu ayah dan anak anaknya pun turut serta. Oleh itu adab kita tinggi di mana mana jua.
Sekarang, ada ayah memukul guru. Ada guru merogol murid murid , pelajar pelajarnya. Ada guru besar menghalau guru guru kecilnya seperti di Johor. Dengan senario ini, bolehkah kita merumuskan bahawa.. suara guru sudah beransur mati.
Mengapa?
Sekarang gred jawatan guru berbagai bagai peringkat.
Sekarang guru memandu kenderaan beranika fesyen dan gaya.
Sekarang guru dtg ke sekolah dgn pakaian serba mewah.
Sekarang guru dihadiahkan bonus.
sekarang guru cekap berinternet dan komunikasi ..cell phone semua ada. Fokus ngajar ada lari tak?
Mengapakah dlm keadaan begini, suara mereka memperjuangkan satu satu falsafah, konsep dan visi ..tiba tiba tenggelam di bawa arus.
Adakah guru takut pd polis?
Adakah polis menurut sahaja telunjuk org org politik atau pemimpin?
Kalau semua org takut, patutlah .. negara ini sudah mulai hilang nilai kehebatan dan kegemilangannya.
Saya tak tahu ...jawapan ini semua.
Kalau saya serba tahu, sy sudah lama jadi P.M.
Initial ini bermakna pemimpin masyarakat. Satu amanah yg besar. Ke mana P.M nak bawak kita? Umrah? Kalau ke sana, kerap kali ...boleh selesaikah masalah guru, pendidikan dan kewangan negara?
Saya tak tahu jawapan ini.
Tolong saya. Boleh?
Jika sy faham...nanti sy sampaikan apa yg saya betul betul faham kpd murid murid saya di seluruh pelusuk negara. Cubalah.
Sekian.
Wasallam.
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment