sifat pelajar

Posted by sazali

Salam

Sekarang satu negara sibuk membincangkan mengenai pelajar yg lapar. Di Gombak dah ada sistem kopon untuk pelajar yg kurang duit belanja untuk makan.
Adakah itu isu besar negara?
Apakah PM mahu semua pelajar universiti sentiasa dijaga kebajikannya?
Sebelum kita memanjangkan lagi penulisan ini, eloklah kira nya kita senaraikan asesori yg ada dgn pelajar dewasa ini.
Pertama telifon bimbit. Kedua motosikal, kereta, basikal dan lain lain.
Telifon memerlukan wang untuk berada dlm keadaan aktif.
Motosikal dan kereta memerlukan wang untuk bergerak dari asrama, kampus, bandar dan bnyk lagi destinasi lain. Semakin ramai kawan semakin jauh benda alah ini bergerak dan semakin bnyk duit diperlukan untuk petrolnya.
Ramai pelajar mempunyai komputer. Ada komputer mempunyai broadband. Ini pun memerlukan duit.

Sekarang kita tengok keadaan duit pelajar di universiti.
Ada yg ditaja seperti KPM, JPA, MARA, petronas dan sime darby.
Ada yg dpt pinjaman PTPTN.

2) jumlah tajaan tak begitu bnyk. Anak saya berjaya mendapat J.P.A tetapi dia selalu berkeadaan '..tak cukup sgt duit'. Untuk itu saya mengambil inisiatif menambah wang sakunya sedikit sebanyak sekadar untuk makan minum sahaja sehari. Mengapa? Dia dah ada duit tajaan lebih kurang rm2500 untuk enam bulan.

Melihat kepada wang tajaan kerajaan, ini bukanlah bnyk untuk hidup di zaman PM kita dan isterinya. Semua mahal termasuk bunga bungaan pun sekuntum bukan bernilai RM1 pun. Masya allah.

Ada orang memerlukan bantuan dari adik beradiknya. Ada secara langsung dari ibubapanya yg berada.
Pendek kata mereka ada duitlah.

Tetapi jgn lupa ada juga pelajar yg tidak mendapat sebarang tajaan, dermasiswa , dan ada itu ..ibubapa mereka memang tidak berduit. Setakat penjual di tepi jalan sahaja contohnya menjual buah buahan potong di jeti Georgetown.
Kais pagi makan pagi. Kais petang makan petang.
Kebergantungan pada ibubapa secara mutlak, menyebabkan keadaan pelajar berada dlm keadaan sukar maklumlah di kampus kita memerlukan duit untuk fotostat, urusan assignment dan bersosial pada jam 1000 pg, 500ptg dan 1000 mlm. Kalau mereka cuba kerja sambilan seperti menjaga anak pensyarah, basuh kereta dan cat pagar masjid ..mungkin ini membantu juga sedikit sebanyak. Insya allah. Saya pernah part time kedai burger halal. 1 jam 50 pence jer. Masa itu rm2.50 sejam. Begitulah nak survive.

3) Sifat pelajar ialah belajar di bilik kuliah, library, asrama, rumah sewanya dan bnyk diskusi di tempat tempat tertentu.
Kadang kadang mereka makan dan kadang kadang mereka skip makan kerana ...belajar lebih penting dari makan pada keadaan tertentu.
Makanan di kampus tidaklah semahal mana. Bnyk yg sudah dikawal oleh pihak universiti. Roti sandwich dgn telur dan sepotong tomato berharga rm1 sahaja. Teh ore panas pun rm0.80 sahaja secawan plastik. Kalau mereka susah, mereka boleh makan sama sama dgn rakan rakan lain kerana makanan untuk 2 cukup untuk 4 mengikut riwayat para para sahabat nabi zaman kecemerlangan islam pada masa lalu. Pokok pangkalnya ..jangan malu. Cakap jer  kita susah ..kawan kawan akan tolong.
Satu sifat lagi, pelajar tidur lewat dan bangun lewat. Why? Jawapannya ialah ..mereka rajin belajar sampai larut malam. Tanya jer..pelajar komputer sains dan akitektur. Sudah adat belajar di kampus, mmg gitulah kecuali mereka yg baru mendirikan rumah tangga  di universiti. Mereka tidur awallah. Jgn cemburu.

4) Saya pun pernah belajar. Bukan di sini tetapi nun jauh di tanah bekas penjajah kita dahulu seperti Sir Stamford Raffles dan Sir Francis Light.
Kami makan beramai ramai. Jimat duit. Kau beli ayam. Aku beli sayur jer. Lepas itu kita berkongsi kongsi. Malam ni kau mkn bnyk sedikit dan esok giliran aku pula. Masak pun bergilir gilir. Elok jer..sistem begini hingga kami graduate dan berjawatan mcm mcm dan berselerak seluruh alam.
Problem sekarang ialah ..universiti tak sediakan satu bangunan untuk students practice memasak. Bangunan lain kerajaan sanggup sediakan seperti bngunan mandimanda di kolam renang, bangunan tenis, skuash dan bangunan untuk angkat benda benda berat. Semua dia buat kecuali bangunan untuk students memasak. Saya yakin bila ada dapur, students akan jadi mahir mamasak dan mampu menjimatkan belanja. Bila ini berjaya, mereka akan menukar brand komputer atau handset yg lebih canggih lagi. Jimat Xboleh beli benda Y yang baru. Otak pelajar katakan?
5) kalau berlapar pun ..apalah salahnya. Bukan sampai mati pun mcm penduduk di Ethiopia dan Angola.
Saya pun pernah berlapar. 2 hari 3 mlm tak mkn. Tetapi ok jer. Ini semua satu kenangan manis semasa belajar dgn kawan kawan seluruh dunia. Hasil kepahitan begini, kita belajar sifat sabar, tabah dan cekal untuk berjaya dan terus mencipta sejarah di mana mana jua.
Dlm sejarah pun, bnyk kesah ..org org berjaya dan mereka menempuh bnyk dugaan ..dan salah satu dugaan ialah berlapar musim puasa di Amerika Syarikat. 18 jam berpuasa setiap hari selama sebulan pada bulan Ramadhan al Mubarak. Dan tak pernah kerajaan amerika membuat lapuran, pelajar luar negaranya hidup  dalam kelaparan.

Sekarang negara sibuk bercakap tentang pelajar berlapar. Pelajar cina lapar, pelajar india pun lapar. Pelajar melayu lagi lagilah berlapar. Bila berlapar, mereka tak leh perform.

Jika kita selak lipatan sejarah 10 hingga 20 tahun yg lalu. Ramai mana dah pelajar melayu dpt kelas pertama dlm keadaan mereka tidak mengalami zaman kelaparan?
Ramai tak?
Cuba tengok ..
Ada tak korelasi antara perut kenyang dgn bilangan mereka kelas pertama?
Kalau tidak, isu kenyang atau lapar bukan sesuatu yg besar untuk hidup di dunia kampus pada masa ini.
Kita kena buat adjustment. Contoh jual jer ..handphone dan komputer tu. Kita akan ada duit yg lebih dlm saku.
Jual jer motosikal. Lagi ada duit dlm saku. Kita naik bas universiti jer dari pintu asrama, rumah sewa ke kampus pergi dan balik.
Kalau nak jimat, buat sandwich dari bilik asrama lagi. Minum air mineral jer. Lagi berjimat. Insyallah.
So kita kena pandai buat adjustment untuk terus hidup di alam universiti.

Sekian. Saya doakan kalian sukses. Kita kena telan keadaan terkini dah ada org yg dibuang kerja kerana syarikat pun parah kerana produknya tidak dpt sambutan seluruh dunia. Org org dari syarikat minyak pun cemas juga kerana harga 1 tong petrol dah semakin turun. Dulu Rm100 setong. Sekarang Rm40 setong. Dasyat? Bila dasyat kita kena belajar dlm keadaan dasyat jugalah. Beli stem dan pos surat panjang lebar pada ibu ayah menceritakan keadaan kita di kampus. Jgn bersedih. Ramai lagi orang susah dari kita dik.
Ameen.

1 comments:

  1. Anonymous said...

    Saya stuju statement dr.

Post a Comment