komitmen commitment

Posted by sazali

Salam

Dalam dunia perguruan, guru guru yang komited dengan satu satu tugasan adalah aset yang besar untuk sekolah dan pelajar-pelajarnya.  Ibu yang komited pun adalah satu keuntungan ygbesar untuk sesebuah keluarga.

Apakah sifat sifat guru guru yg komited contohnya?

pertama, species ini  datang awal ke mesyuarat, kelas PdPnya
kedua, dia tidak perlu diberi peringatan dari pihak atasan mengenai skop tugasnya.  Dia bertindak sebagai seorang profesional.  Dia sanggup berhadapan dengan kegagalan dari pihak murid muridnya hasil dari bimbingan yyg telah diberikan.  Dia berani mengambil tanggungjawab hasil dari didikannya.  Masya allah!
ketiga, dia tahu ..kejujuran , kesabaran ..semua ini Tuhan serba  Tahu.  Ertikata lain ..iman mereka ada.

2)  Bagaimana hendak memperolehi sifat 'komitmen' ini?

Payah ..  selalunya guru guru muda sangat komited dgn tugas-tugas di sekolah.  Faktornya ialah .. mereka diibarat seperti satu  penyapu baru.  Penyapu baru cukup cekap dengan membersihkan semua sampah, debu dan mcm mcm.  Keadaan ini mula berubah,

bila mereka mempunyai anak yg ramai 3 - 18 orang, tahap komitmen dgn tugasannya mulai menurun.  Kita tidak boleh salahkan mereka kerana ..majoriti guru di sini adalah kaum wanita.

Dalam masyarakat melayu,  ..  , payah untuk seseorang itu terus menerus komited kerana faktor kesihatan, alam sekitar dan alam rumah tangganya sendiri.  Bila anak makin bertambah, cara dia berjalan pun ..dah mula berubah. Dulu dia berjalan laju. Sekarang perlahan sedikit kerana malam ..dia kurang tidur.  Tanyalah dia.  Ok?

Kita jarang berjumpa guru guru wanita berumur 57 - 59 tahun yg sanggup menunggu kehadhiran pelajar-pelajarnya untuk sesi 'bimbngan' kelas pemulihan dan diagnosis terutama di waktu petang/ Sabtu.  Mengapa?  Tanyalah mereka.  Kasihan pentadbir sekolah ..bila berhadapan dgn guru guru di ambang persaraan.  Nak suruh susah ..nak bebaskan mereka pun susah.  Serba tak kena, bukan boh?

Di England, saya perhatikan .. guru guru perempuannya bila datang untuk majlis perjumpaan akademik atau bukan akademik , perbualan mereka ..  berkisar dgn perkara sekolah, kolej dan universitinya sahaja.  Mereka pandai mengasingkan .. perkara peribadi dengan perkara sekolah (akademik)nya.  Bagi mereka peribadi adalah peribadi. Jangan cuba busy body.

Ini berlainan .. di sini jika saya menumpang sedikit telingalah ..  bnyk masa digunakan untuk bercerita pasal anak anak yg sakit, problem, suaminya tak ada di rumah untuk membantunya dan lain-lain lagi.  Asyik ..my son lah, my daughter lah , my husband lah .... Kalau tidak ,  mereka akan asyik melihat jam yg sedang dipakainya terutama .. bila dipenghujung  sesi penutup satu satu majlis.  Bilalah ..nak habis ni Pengetua nak berucap ni ?  .. bnyknya org tua ni nak ceritakan .... bor bor lah boss.  Ore nok kelik dah ni.

3)  Kasihan .. pelajarr pelajar zaman lani.

30 - 50 tahun yg lalu, majoriti guru adalah kaum Adam.  Lain sikitlah cara mereka bertindak dlm alam perguruan.

Bila kurikulum bnyk menyenangkan kaum Hawa ...  (ada research dah ni ) ...  kaum Adam mula tercicir.  Sekarang .. bnyk tindakan sekolah berpihak untuk murid murid perempuan.  Pelajar lelaki ..terasa bila bnyk masa pihak sekolah mengutamakan rakan rakannya yg perempuan. Fasilitas di sekolah direkacipta khusus untk kebaikan pelajar perempuan.  Lagipun majoriti rumah tangga mengeluarkan ramai anak bergender 'perempuan'.  Aduhai.... apo nak dikata?  [ITO]

Oleh itu, tak hairanlah ..sekolah teknikal dan vokasional mula dibanjiri oleh kaum Adam sedangkan sekolah teori, falsafah, MRSM, SBP.. mula mendapat tempat di hati pelajar perempuan.

Oleh itu .. komitmen dalam kalangan guru adalah satu isu besar di mana mana jua di negara ini.

Payah kita nak salahkan sesiapa bila menyentuh perkara pokok ..komitmen.

Tapi orang beriman dan berakhlak terpuji .. mereka mempunyai komitmen tinggi di mana mana jua.  Ada itu .. mereka menggantikan masa, kuliah , kelas yang tertinggal disebabkan 'sifat' mereka. Contoh jika mereka bercuti bersalin 3 bulan ..mereka akan gantikan maa masa mereka yg terhilang itu.  Ada kau jumpa org begini?  He..he..he..   Tetapi org macam ini seperti mencari sebutir intan dari berguni guni tepung di kilang.

Sekian.

Wallahu aklam.






0 comments:

Post a Comment