Salam
Dalam agama islam , banyk benda kita kena beradab.
Termasuklah menuntut ilmu
dari peringkat tadika sekolah hinggalah ke seberang laut. Nun jauh di mata.
2) Adab belajar senang jer.
2.1 niat kerana Allah
2.2 bila pandai nanti, niat nak sumbangkan ilmu kpd orang ramai
2.3 hormat tuan guru kita dgn ikhlas
2.4 bawa diri .. mcm mcm kita ni ..se biji cawan yg kosong. Bila berkeadaan begitu, barulah boleh kita menerima ilmu dari tuan guru ..tak kira dia berbangsa cina, india, inggeris, amerika, yahudi atau afrikans.
2.5 sudah tamat belajar, ucapkan kpd nya .. terima kasih Jacob.
2.6 bila sudah menjawat jawatan yg best best .. bertanya khabarlah tuan guru mu itu. Tak luak pun duit telefon dan sebagainya. Ingat tu? Post card pun .. ok jugak. Tulis I miss you!
2.7 zaman silam, saya membawa pisang emas sesikat dua untuk bertandang ke rumah tok guru agama. Kalau tuisyen ..ibu saya meminta saya belikan 2 kilogram gula puteh untuk guru cina / india saya. Mereka suka buat kopi ore semasa mengajar grammar dan perbualan inggeris kami.
Begitulah ..sedikit sebanyak adab yg saya ingat.
Jika tuan guru mati .. melawatlah kuburnya walaupun sebentar ataupun kita singgah rumah tuan guru dan melawat anak anak nya. Bercakaplah perkara perkara yg baik mengenai arwah tuan guru mu itu.
Jika kamu buat begini .. malaikat pun rasa malu dgn you.
Sekian.
Wasallam
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment