Salam
Ada orang, Allah kurniakan ibu ayah yg masih hidup.
Ada orang, ibunya sahaja yg ada. Ayah sudah lama tiada.
Ada orang, ayah ada ...emak tiada.
Ada orang, kedua duanya sudah lama tiada.
Ada orang, Allah kurniakan harta. Bini ada dan ramai anak anaknya.
Ada orang, Allah kurniakan semuanya tetapi dia takut ...beristeri. Kenapa?
Ada orang, macam macam ada. Allah tak kurniakan iman dan amal padanya.
Ada orang, Allah kurniakan dia sedikit ilmu tetapi rata rata tuhan bawak dia untuk bercerita.
Alhamdulilah.
Ada orang tuhan kurniakan kecantikan.
Ada orang tuhan kurniakan suara yg merdu.
Ada orang tuhan hadiahkan kerajaan ..tanpa sijil pun tuhan memberinya peluang.
Ada orang tuhan kurniakan kekayaan. Celik mata semua benda ada di hadapan mata.
Syukurlah kita.
2) belajarlah bersyukur. Kita dikurniakan Malaysia ..negara aman damai dan sentosa.
Dengan kedamaian, kita boleh bikin mcm mcm harta.
Dengan ketenteraman, kita boleh belajar fgn sempurna.
Dengan kesentosaan, kita boleh beramal sepanjang masa ..di masjid, surau, pondok, sekolah, politeknik dan univrrsiti.
Bersyukurlah banyak banyak.
3) ada orang, Allah kurniakannya ramai kenalan. Bangla ada. India ada. Nepal ada. Ronaldo ada. Messi ada. Serena Williams ada. Bukan senang tu?
Ada orang bisa berkawan dgn org negerinya sahaja. Tanya geng kelate. Politeknik satu geng. Kuittho satu geng. Berbini pun satu kampung.
Sedangkan orang lain lebih berani. Dia kelantan, bini dia negeri lain.
Ada orang satu kampung pun boleh bergaduh. Akhir cerita ..mereka bercerai.
Ada orang kampung lain lain, mereka hidup rukun dan damai.
Ada orang tuhan berinya ...cool temper and soft skill.
Ada orang tuhan berinya ..semua hard.
Ini anugerah Allah. Bersyukurlah.
Tetapi ..di sisi Allah, org yg pulang dgn keredaannya lah yg paling selamat.
Untuk mendapat keredhaan nya, kita diminta buat usaha dakwah dari sekarang sampai dia mati.
Sepagi sepetang di jalan Allah ..lebih baik dari dunia dan isi isinya.
Allahu Akbar.
Bersyukurlah wahai insan. Gunakan saki baki hidup ini dgn cermat. Ingat tuhan akan mengambil mu pada bila bila masa.
Bila mahu tidur, muhasabah lah dirimu itu. Apa lagi yg kamu mahu?
Sekian anakku.
Bersyukurlah.
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment