Salam
Kita dari bangsa melayu terkenal dengan adab dan budi bahasa.
Orang orang arab di Mekah cukup memandang tinggi kepada jamaah haji Malaysia setiap kali - musim haji menjelma. Mereka mengakui kita ada dispilin dan 'temper' kita cukup terkawal. Susah nak marahkan orang apa tah lagi meletupkan diri sendiri kerana isu isu politik dan sebagainya.
Lainlah dengan bangsa asing seperti IndoPak yang mana ... meletup ini satu perkara mainan sahaja. Rakyatnya terlampau ramai. kalau diletupkan 10 orang serentak pun, populasinya tidak terjejas sedikit pun.
Syukur kita masih dapat bertahan. Alhamdulilah.
Hari ini saya nak berkongsi satu lagi adab ..
bertajuk Adab Berbicara dengan orang ramai terutama sahabat handai.
1. Jangan berangin tinggi. Jangan bercakap terlampau berlagak kita jer yg hebat. Orang lain tak tahu apa-apa.
Ayat ayat seperti berambus engkau dari sini ..tak payah lah digunakan.
Hari ini boleh kita lafazkan .. tetapi orang ramai akan ingat .. perkataan itu sampai mati. Susah kita nanti.
Perkataan haram jadah ..pun 2*5 = 5*2 jer .. elakkanlah.
2. Dalam kedai kopi ... jika kawan A kata ..team JDT hebat .. biarkan lah .. walaupun kita sokong KRW. Dengar sahajalah .. pasal JDT itu ..lagipun hari ini dia nak belanjakan?
kalau kita lawan .. silap silap dia tak jadi belanja ..rugi abang.
3. Dalam perbualan biasa .. contoh dalam kereta MERZ dia pun ..dengar sahaja sudahlah.
jangan lawan cakap dia. Why? takut takut dia suruh kita turun.
Turun turun ..kena kena dalam kawasan hutan Gerik dan Jeli. Esok dia dengar ..kita sudah dibaham harimau. Yang tinggal baju -t kita berlabelkan Kelantan RED WARRIORS sahaja. Bahagian lain semua dah jadi makanan harimau anak beranak mereka. Seronok sakan mereka.
Itulah ..jangan lawan percakapan kawan.
Belajarlah mendengar orang lain berbicara ..sekali sekala. Tak rugi abang?
4. Kalau kita ada perkara betul pun ..jangan ditekankan perkara tersebut. Takut takut org tak suka mendengarnya. Contoh ayat .. aku untung main saham hari ini. Cukuplah tu ..jangan disebut sebut berkali kali .. kerana kemungkinan ada kawan kita tu sudah rugi ber-ribu ribu RM hari ini.
Baik kita bercakap sekali sahaja .. sudahlah pasal untung kita sekadar 700RM sahaja itu.
Dia rugi RM50,000 hari ini.
5. Kalau kita mendengar kawan kita berjaya dalam satu satu bidang bisnes .. ucapkan tahniah. Ucapkan berkali kali. Tahniah Man .. dah jadi profesor. Syukurlah.
nanti bila dia happy ..dia akan ajak kita makan Beryani Gam di Batu Pahat pula.
6. Kalu kita dengar kawan kita bersedihh .. pergilah berjumpa dia. Beri salam ..dan katalah .. aku dengar berita itu. Takziah Man. What can I do ?
se elok eloknya .. dok diam diam jer lagi bagus. Dia offer air , minumlah.
Dia offer epal , makanlah.
Dia offer buah tamar dari Madinah , makanlah.
Ngap ngap ngap jer kerja engkau. (ketawa).
7. Jika dia nak pinjam duit ... katakan ..aku ada sedikit jer duit today. RM30 jer.
So kalau dia nak juga ..kasikan lah. Jangan pikir terlampau lama.
Kalau tak bayar ..how? Lepaskan duit itu .. tapi jangan lepaskan dia sebagai kawan.
Relax lah. RM30 .. bila bila tuhan akan gantikan.
Ringkasan:
Kita jangan lawan 'angin' orang. Jika dia suka bertukar tukar tudung ..ok lah ..jgn kritik apa apa.
Dah dia fikir dia lawa. Apa nak dikatakan? Bagus juga kawan kawan kita semua lawa.
kita? pakai jer tudung merah itu .. hari ni , esok , lusa ..tudung yg sama. Tak masam yek?
Relax.
Belajarlah merendahkan diri.
Belajar duduk dgn kawan kawan di saat mereka gembira ataupun bersedih hati.
Ingat ..duit boleh cari tetapi kawan kawan sejak Darjah 1 hingga Universiti ..payah gila tau.
Oleh itu .. berpeganglah pada janji .. kawan biar beribu / musuh jangan satu pun. Perrrrr!
Sekian. Wallahu aklam.
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment