seronok tak?

Posted by sazali

Salam

Seronok membaca artikel mengenai Jagdigh Singh dengan tukang gunting.
Seronok mengetahui kesudiannya memberi tips RM20 kepada tukang gunting tersebut.
Seronok membaca kesudiannya membelanjakan RM30 kepada 2 tentera dan 2 polis yg sedang bersarapan di sebuah warung pada pagi yg sama. Syabash!

Perkara ini cukup mengembirakan saya sebagai se orang guru.

Yes ..dia menceritakan satu nilai bernama "memberi" kepada orang lain.
jumlah pemberiannya ialah rm50.

2) ada orang melayu komen. Dia tak apalah. Dia kaya. Duitnya bertimbun.
komen ini sudah kerap kita dengar. Bila kaya, senanglah memberi.
kalau miskin bagaimana?

3) di sini saya terpanggil ..untuk menulis sesuatu ..apa itu kaya dan apa itu miskin?
Hanya duitkah ..yang membezakan antara si kaya dan si miskin?

kalau begitulah pengertiannya ..sia sialah guru, ustaz, professor mengajar kalian dari dulu sampai sekarang. Cukup merugikan. Falsafah pendidikan negara yg cukup tidak bermakna.

ini terjadi kerana masyarakat Malaysia sudah berkiblatkan duit semata mata.
dengan kiblat duit, ibu ayah sanggup meninggalkan anak yg sakit kepada orang lain.
dengan duit sebagai kiblat, guru guru ada yg memikirkan bagaimana membuat duit dalam 1 masa di samping jasadnya berada di sekolah.
Bila ini berlaku, banyak buku buku tidak bertanda. Karangan karangan pelajar tidak diteliti dgn baik.
karangan gred 'c' diberinya 'a' sedangkan karangan bertaraf 'a' dihadiahkan dengan gred 'b'.
Melenting ibu bapa dan sikap inilah ..yg merosakkan perhubungan antara guru, murid dan ibu bapa.
Kalaulah ..guru guru sanggup berbelanja sedikit masa dlm tugasan hariannya dengan membaca karangan karangan tersebut dgn lebih serious dan menambah dengan komen memberangsangkan ..sudah tentu dunia ini lebih aman dari sekarang.

Dunia kacau bilau kerana ramai kita kedekut dlm bsnyak segi.
bila kita berkira, hati kita mulai keras.
Bila hati keras, bnyk maksiat berlaku seperti penipuan, rasuah, khianat, pembunuhan dan sebagainya.

Guru boleh mulakan satu projrk seperti ..jom kita lebih prihatin. Kita catu masa kita. Kita catu tenaga kita. Kita suka membanding banding. Dia kerja kurang sedangkan aku kerja lebih. Kita budget suara kita. Di sekolah, suara kita kurang kedengaran tetapi di pusat tuisyen ..masyaallah suara kita ..berbatu batu ..orang boleh mendengar. Di sekolah tak mahu dilantik sebagai guru sukan tetapi di luar ...banyak tenaga kita habiskan dalam projek pelancongan antara Kota Bharu Dgn Pulau Perhentian.

Begitulah.. sktsa kehidupan.

Guru mempunyai peluang besar untuk mendidik .
Walaupun gaji guru tidak sebanyak seorang menteri..
di bawahnya ..adalah saham untuk dia membimbing ..supaya murid muridnya berfikir macam Jagdigh Singh.

Jom mulakanlah cikgu.  Kita buat sama sama. Berbelanjalah lebih sedikit. Tak rugi, cikgu.
Sekian.

wasallam

2 comments:

  1. suziana mohd tahir said...

    Rasa cukup terharu kerana Jagdish Singh mampu berfikir sejauh itu. Kalaulah dia seorang Islam, maka sudah pasti dia juga telah mendapat pahala bersedekah di atas keikhlasannya. Sifat-sifat inilah yang harus ada dalam diri seorang mukmin. Mohon Allah SWT memberikan taufiq & hidayah kepadanya. Aamiin.

  2. sazali said...

    Ameen ya robbal alameen.

Post a Comment