belanja

Posted by sazali

Salam

Anak anak ke sekolah memerlukan duit belanja.
Mereka ke kolej matrikulasi KPTM pun mahu belanja.
Yang pintar , bila mereka berjaya memasuki universiti belanja mereka cukuplah besar.

Sebagai ayah, aku cuba sedaya upaya untuk memberikan mereka belanja.
Subhanallah.

Kalau tak cukup baki gaji ku, aku usaha melalui Koperasi Guru Melayu  Kelantan.
Tak banyak yg aku berhutang. Sekadar cukup untuk membeli komputer dan mcm mcm berkaitan dgn pelajaran anak anaku di universiti sana. Objektif ahli koperasi ialah ..berhutang bila susah.  Itu sahaja. Simple?

Semua perlu belanja.

Waktu kahwin kenduri kendara pun ..ini pun perlu satu belanja yg besar.
Tak cukup belanja malulah kita.

He..he..he..

Isteri saya tak malu sangat. Dia tak bekerja. Dia tak perlu kerja. Cukup dengan tenaga empat kerat aku sudahlah. Oleh itu
Yg paling malu ...suaminya lah graduan dari Britainika.

So kena korek sana sini ..untuk apa?  Yes belanja anak khawin itu dan ini.
Tawakal je lah bnyk bnyk.
Yg penting majlis perkhawinan berjalan dgn baik dan sempurna.

Aku jemput ramai jugalah kawan dan sedara mara jauh dan dekat.
 Pagi pagi  bila matahari dah tinggi ..aku solat hajat. Mintak tuhan jgn turunkan hujan hari ni ..terutama ke atas khemah biru kuning putih yg aku pasang depan rumahku ini. Kalau nak hujan, redirect tempat lain please.  Whai Tuhan.
Why? Kalau hujan ribut ...payah bang.

Kalau tak larat ...panggil budak tahfiz 10 orang ..biar mereka baca al quraan 1 jam dan doakan majlis cikgu s ...selamat, steady, sweet dan selesai.

Allah Maha Kuasa.

2)  Tadi aku tulis pasal berbelanja.
Selalu belanja merujuk kpd wang ringgit.
Belanja tak merujuk kepada ikan, daging dan gula gula pasir. Ramai orang suka duit sebagai belanja.

Di sini nak cakap ..belanja boleh kita rujuk kepada  ukuran -    masa dan waktu.

Belanja masa.
Belanja waktu menulis kpd diri saya dan sesiapa yg sudi membaca.
Kalau tak dibelanja masa ...tak kan ada penulisan penulisan begini.

Dalam al quran nur kareem ..tuhan ada berfirman ..mahfumnya begini..

Surah al Baqarah ayat 215

katakanlah:  apa jua hartabenda (yg halal) yg kamu belanjakan maka berikanlah kepada
kedua ibu bapa, dan kaum kerabat dan anak2 yatim dan orang miskin. Dan org yg terlantar dlm perjalanan.

dan ingatlah apa jua yg kamu buat dari jenis jenis kebaikan , maka sesungguhnya ALLah sentiasa mengetahuinya dan akan membalas dengan sebaik baiknya.

the end.
allahu akbar.

Begitulah tuan hamba.
aku belanja masa ...masa senang ku
masa rehatku
masa santaiku
masa sibukku; masa cedera ku atau
masa hidupku


menulis  menulis sekadar menyampaikan walaupun satu potong ayat.
wahai tuhan.

muga muga mendapat khair kebaikan  balasan dari MU di sana. Ayat al quraan itu yg aku pegang sampai mati.

ameen.

0 comments:

Post a Comment