Salam
Kitaran hidup manusia ialah bayi, kanak kanak, belia, orang dewasa, ayah ibu, nenek, moyang dan seterusnya.
Di sini izinkan penulis membawa pembaca kepada apakah yang selalu keluar dari mulut seorang nenek melayu.
He he he.
Zaman sekarang dengan nikmat instagram, facebook, watapps
Nenek selalu guna 5 hingga 6 istilah bila melihat telatah cucu cucunya yang berada jauh darinya. Istilah istilah tersebut ialah:
Berisi ( gemuk)
Kurus
Panjang (tinggi)
Pendek ( rendah)
Mata bulat ( cantik)
Rambut lebat hitam ( lagi cantiklah itu).
2) kalau zaman muda istilah popular ialah
dada sasa ( macam Hercules)
Tinggi lampai
pendek ( pohon rambutannya rendang)
Kacak
Gagah dan
gigi puteh sepo
Ha ha ha.
3) Dengan 15 hingga 20 istilah itu, nenek membawa dirinya bercampur dengan anak anak cucunya ke sana sini.
Tak perlu jawatan Gabenor Bank Negara pun ..berehhh
Masya allah.
Nenek selalu disayangi dan dimanjakan dengan pakaian pakaian 'moden' jugak lah ( awas ..ado org jealous gila).
Lain sedikit dengan nasib si atuk.
jika atuk merokok daun
mesti anak cucu marah.
pengotorlah atuk ini.
jika atuk berjenis ketar ketar
bila makan minum adalah makanan yg tertumpah ke bawah.
atuk ni!
Kasihan atuk bukan?
jika atuk di dalam tandas
'.. atuk cepat atuk ...'
Iman nak g sekolah ni.
Kasihan atuk.
Atas dasar inilah atuk tak lama berada 'outstation'. Teringat skrip klip video layanan kpd seorang ayah di ambang Ramadhan dan Syawal
Sekadar 2, 3 hari sahajalah outstation tu.
Betul tak pengamatan penulis ini?
Wal hasil mengikut statistik, jumlah atuk meninggal dunia lebih bersifat segera dari neneknya.
Itulah engkau
masa muda teruk teruk bekerja
bila tua ... badan semua sakit. Bila dah sakit telinga engkau diserang pula dgn perkataan pengotok, ketakkk, slownya atukkk ....
Kepala botak, rambut puteh, janggut puteh, jari besor lembik, berdengkur bising, hingus meleleh jer ...
aghhhhh.... kasihan kpd atuk.
Engkau tahu apa itu redha?
Ha ha ha.
Hari ni Jumaat atuk.
Jangan lupa ..pergi awal masjid, minyak atar, tasbeehmu dan kain sampingmu itu.
Nasib?
Sekian.
Wallahu aklam bis sawab. ALLAH lebih tahu mana yg lebih baik untuk mu.
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment