Salam
Kalau jadi ibu ayah cakaplah elok elok.
Anak anak mu bukannya tak dengar
Kalau anda pengetua, guru besar, pengarah atau pengurus pun
Cakaplah elok elok
Pegawai pegawai bawahanmu bukannya bodoh.
Lagipun ..cakap cakap yg elok ramai orang suka
Kalau anda suami pun
Cakaplah elok elok .. pada isteri dan anak anakmu
Lagi pun bukannya apa
Mereka sentiasa menolongmu.
Kau sakit, mereka picitkan
Kau susah, mereka tolongkan
Kau lapar, isterimu juga yg buat makanan
Kadang kadang jam 4 ....isteri bangun sediakan sahur
Untuk satu keluarga berpuasa pada esok harinya
kalau anda isteri pun
cakap pandang pandanglah
cakap besar , orang benci
tolong suami mu itu
hormati ibu bapa mertua mu itu
tanpa mereka tak adalah suami itu
susah senang mereka, itulah mereka yg membesarkan dan menyekolahkan laki mu tu
Benci padanya? Wat apa dok pakai pakai barang laki mu itu?
Kalau kau PM pun
Cakap biar betul
Jangan berbelit belit macam ular
Malu besar kita
Sekejap cakap pasal islam
Pakai serba serbi islam
Jika cakap tipu tipu , orang cina, india , kafir sakit hati.
Apa guna kiblat ..titik tuju ibadat org mukmin
Tawaf tawaf ...berlari anak syaeeei
Lontar batu kat syaitan konon
Orang ramai hilang respect.
Payah kita.
Kalau kau berkuasa pun
Jenguk jenguklah rumah tangga org susah susah
Tak kira melayu ke, indon ke, bangla ke
Mereka makhluk tuhan muu juga
Orang hebat
Hati mulia
Akhlak cantik
Cakap cakap manis manis
Semua orang sayang tau?
Mereka doa hidup mu panjang
anak bini engkau senang, aman dan tenang
Murah rezeki
Anak anak bertuah
Ingat tu?
Saya sekadar cakapnjer
Wasallam. Malulah sikit tuan
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment