Salam
Manusia mempunyai perasaan.
Tak kira warna kulit kita yg beranika rupa, majoriti kita mempunyai sifat kasihan kepada ibu ayah, anak pinak , saudara mara dan jiran tetangga.
Kasihan datang dari 'root word' kasih dan imbuhan 'an'.
Kasih ialah kata kerja iaitu verb .. buat sesuatu . Simpati, sayang , sesuatu perasaan halus manusia dalam dada untuk membantu seseorang dalam mengalami kesakitan, kepedihan, kesusahan ..
Contoh perbuatan manusia dalam konteks ini ialah:
ayah menghantarkan anak anaknya ke sekolah.
Suami menghantarkan isterinya ke opis.
Isteri hantar suami ke pangkalan TLDM
Proses hantar menghantar ini ialah 'verb' kata kerja. Untuk hantar sahaja, banyak peluh dikeluarkan. Disamping peluh, ayah mengeluarkan belanja seperti minyak kereta, duit sekolah dan macam macamlah.
Bila 'kasih' + an = kasihan , ini ialah kata nama atau 'nouns'.
Sifat kasih antara manusia di mana .. di atas tadi ..seorang bergelar ayah membantu anak isteri pergi ke satu satu destinasi. Satu ke sekolah dan satu lagi ke opis / kantor.
2) Tanpa sifat kasihan , kita semua akan susah. Ibu tak dapat hadhir ke kantor dan anak anak tidak dapat ke sekolah untuk menceduk, menggali ilmu pelajaran dan sebagainya.
Sifat kasihan ini adalah universal. Orang cina pun ada sifat ini ..piety filial dan mcm mcm. Satu hari saya ternampak ada seorang amoi menolak ibunya dari pintu kereta mewahnya ke lobi hospital dengan nikmat sebuah kerusi roda. Ramainya manusia di sana. Ingat saya sahaja tak sedap badan ..tetapi awas .. ramai lagi orang berada dalam keadaan yg lebih kritikal.
Lama juga saya menunggu di lobi hospital ini untuk rawatan.
Fikir fikir .. kenapa aku mesti menunggu ini?
Kalau ke klinik swasta kan bagus ..
tetapi entah mengapa ..tuhan hantarkan aku ke USM Kota Bharu...untuk belajar sesuatu yg baru
2.1 ramai lagi orang susah dari kita semua
2.2 sakit mereka melebihi penyakit yang kita alami
2.3 ada anak .. untung ..boleh bawa ibu yg sangat uzur ke hospital untuk rawatan
2.4 ada orang meraung raung sakit ..tapi kita ikut giliran pak chik termasuk aku juga
2.5 bacalah ayat al quran itu ..Allah bersama sama dgn org yg sabar
Selepas separuh hari berlalu ..aku diminta masuk berjumpa dengan doktor muda lulusan UKM. Dia tanya pak chik sakit apa .. sakit bahu ..tak boleh angkat benda berat seperti beg komputer dan buku buku...
o gitu .. kalau saya hantar pak chik ke bahagian fisiotherapy. urat saraf ..
bagaimana pak chik?
aghhhh ..boring .. di bahagian, Jabatan urat saraf ini pun ramailah orang yg sedang menunggu.
Di sana baru kita sedar ..
2.6 ada orang tak boleh gerakkan kaki sendiri dari lantai ke satu paras ketinggian yg tertentu.
2.7 ada orang kaki nya kaku macam batu
2.8 ada orang sedang berlari atas mesin .. statik untuk berlari dan mcm mcm lagi.
2.9 ada orang diminta memegang kayu kriket atas kepalanya dalam jangka masa tertentu yang lama , angkat kayu kriket dari paras dada dan ke paras tinggi dari kepala berulang ulang kali sampai letih si pesakit tersebut.
Lagi, saya lihat juga:
Kebanyakkan orang mempunyai teman untuk berada di hospital ini.
Jika 100 pesakit , ada 100 lagi teman mereka seperti sang suami, sang isteri, anaknya sendiri , menantu , atuk dan sebagainya.
Aku? He..he.. jarang aku ke sana sini seperti hospital membawa isteri aku bersama.
Kenapa?
Aku tak seteruk depa ini semualah.
Kalau dibawa .. mesti insan ini bising.
(ketawa)
2.9 ramai orang mahu serba cepat
2.10 depa ingat rawatan ini macam buat Nescafe Instant atau karipap segera ke?
Rumusan:
aku belajar sesuatu tanpa sedar.
sebagai pesara aku mahu ambik faedah sedikit dari kad pesara aku dari universiti.
aku mampu ke KBMC kota bharu medical centre , KPJ tetapi dengan kehadhiran ku di sini , barulah aku tahu, aku belajar .. sifat kasihan ini apa dan ..bagaimana?
baru aku belajar .. ada ramai lagi orang kasihan kat pasangan nya yang sedang sakit di Kelantan ini.
Jika di Johor ada begini juga keadaan.
Jika di Pulau Pinang ada juga scenario begini.
Di Birmingham, England dulu pun .. begini jugalah semasa isteri aku mahu melahirkan anak ke 1 dan ke 6.
Pendek kata ..sifat kasihan belas ini tuhan wujudkan dalam diri manusia secara melata tanpa menggira bangsa, agama atau keturunan. Semua oarng mengamalkan sifat kasihan belas ini wahai saudara/ saudari. Syukurlah!
3) Dalam satu ayat Al Quraan .. Allah ada berfirman mahfumnya .. buatlah sesuatu ..elakkan diri mu dan anak isteri mu dari azab neraka yang mana bahan apinya terdiri dari batu batu dan manusia itu sendiri.
Berpaksikan ayat begini ,
ada tak si ayah sanggup bersusah payah .. membesarkan anak anak nya dalam keadaan amalan amalan islam yang suci murni?
Kenapa? kalau mendedahkan aurat .. akibatnya kita dikenakan azab.
kalau tak sembahyyang 5 waktu sehari .. semalam ..kita akan diazabkan dalam api neraka ..
sakit , pedih tak terkata. Sifat panas api di neraka ada 70 kali ganda dari sifat panas api di dunia. Try?
Klaau sifat kasihan ini melata .. mengapa ..kita masih melihat masjid kosong sahaja. Kalau penuh pun, kumpulan pesara 60 tahun ke atas
Kenapa pada waktu azan .. di stesen bas, keretapi, lapangan terbang , hospital , pasar basah, emporium , fakulti, bank, bandar, kampung .. ramai orang tak berganjak ke mana mana pun ..terutama bergegas gegas ke masjid atau surau yag berdekatan?
kalau wanita ..mungkin mereka tak boleh sembahyang kerana 'biologinya'
tetapi bagaimana pula dengan pak chik tua, abang abang kita itu dari malaysia, indonesia, arab, bangladesh dan .. aghhhh ramainya orang ini.
kalau sakit kerana barah ..ramai kita sanggup bersusah payah membawa pesakit ke hospital. Ada isteri sanggup menunggu dan tidur di samping katil suami yg terlantar prostat cancer, usus cancer
bagaimana dengan ..amalan amalan seharian agama ?
ramai manakah manusia yang akan bersungguh sungguh menyelamatkan anak isteri , ibu ayah dari azab api neraka pada satu masa nanti?..
ada anak dah lupa solat 5 tahun berturut turut..
ada isteri tak solat 10 tahun berpanjangan ..panjangnya masalah biologi kakak ni.
ada ayah tak solat;
ada ayah tak berpuasa; satu rumah abaikan solat
tak takutkah ..azab yang tersangatlah pedih menanti pak chik , mak chik dan kakak semua?
ada kakak tak menutup aurat
ada adik bersahaja sahaja dengan pakain ketat , mempamerkan buah dadanya yang tak besar mana pun
Bayangkan satu hari nanti si ayah akan melihat ..anak anak nya akan dihumbankan ke neraka seorang demi seorang .. di hadapan mata nya sendiri. Tak kasihan kau pak?
Ingat di lobi hospital tadi seluruh dunia ..kita akan membantu sedaya upaya ..untuk menolong ibu yang sakit
bagaimana pula di dunia sana di alam akhirat...di mana anak anak kesayangan kita akan diazabkan di hadapan mata si ayah dan si ibu seorang demi seorang kerana
cuai .. solat ; cuai puasa; cuai muamalat; cuai hutang piutang ; cuai ..menipu duit rakyat ; bohong; curi tulang;
mengumpat, fitnah, reka reka cerita pasal zina dan/atau liwat; rasuah; korup
dan macam macam lagi.
Ayuh atas nama kasihan belas ..buatlah sesuatu wahai tuan, puan , adik dan kakak ku semua.
Saya menyampaikan ini atas dasar kasihan jugalah agar kita semua selamat dunia dan akhirat.
Sekian.
Salam Hari Jumaat ..penghulu semua hari ..hari penuh keberkatan - hidupkan sifat bertakwalah .. dengan takwa semua masalah kita selesai; kasihanilah diri kita sendiri ..itu dan ini. Taqwa ialah takut azab azab Allah. Ayuh ..jom kita berubah ansur ansur. Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.
Wasallam.
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment