full time wife part 2

Posted by sazali

Salam

Mula mula khawin bagus dapat isteri tak bekerja.
Mula mula khawin bagus sangat suami tak berkerja.  Biar isteri jer bertungkus lumus di lapangan kerja.
Sekarang susah dapat kerja.  Sijil 2  beg pun. Interview setiap minggu pun.  Kerja jer tak.
He he he.

Atas kertas
Faedah ada 10  jika salah 1 dari pasangan tak bekerja.  Antaranya

A)  penjagaan anak ..lebih sempurna
B)  makan minum ..lebih terjamin
C)  jumlah dosa kurang kerana tabiat mencuri tulang tak bnyk berlaku
D)  tidur aman dan selesa
E)  anak demam ok ..emak ada divrumah di samping mu sayang bersama sama dengan ubat ubatan pku.
F)  peluang kemalangan dari kes kejar mengejar kad perakam waktu di waktu pagi adalah  sifar
g) tenang...panjang umur.  Bila kalut setiap pagi, jantung berdegup kencang.  Payah nak panjang umur.  Stroke!
h)  keadaan perabut dan karpet tersusun kemas ..sedap mata memandang bila pulang dari bertugas.  Kain kain , baju semua sudah berlipat.  Alhamdulilah.


Tapi
Tapii
Tetapiii

Zaman sekarang
Dalam keadaan semua barang mahal

Cukup ke   bekerja seorang?
Kalau kedua dua tak bekerja bagaimana ayah?

Entahlah.

Bukan semua jawapan ada dlm beg  saya nii.

---

Mengikut kajian
suami isteri berdua bekerja

mereka ada 2  sifat.
pertama ..suami isteri handsome dan lawa
kedua ..mak mertua akan bertindak menjaga cucu cucu jika bibik-bibik lari di tengah malam sambil memakai telekung sembahyang.

kalau tidak mereka saling berpakat
suami hantar anak di waktu pagi (jam 5 - 6 )
isteri ambik anak di waktu petang. ( jam 0600)

jika tentera enam orang ( setiap tahun dapat cahaya mata)
kawasan coverage luas sedikit
beg susu ; beg pampers terlalu banyak ..semua export ke rumah orang

kadang kadang hati mereka rasa serba salah

ok ke bibik jaga anak ku yg sakit tu?Anak ku manja sangat..sikit sikit menangis.
payah makan.
kueh jemput pisang tak makan
kueh jemput bawang - ikan bilis
lagilah tak makan.
memilih makan anak anakku itu.

wal  hasil
orang kerja seorang
gaji mesti tinggi.

tak tahulah tinggi mana
tetapi kena tinggi.

maklumlah semua barang mahal ni.

rumah teres 1 tingkat shah alam rm300,000 sebuah.
bayar bulan rm3000 dgn bank.

kereta vios rm78000rm sebuah
bayar bulan 800rm jah

bila anak ramai
klinik ramli
klinik gigi
ubat ubatan
duit sekolah
buku sekolah
pakaian
kasut sekolah hilang sebelah


kiralah
oleh itu orang kerja seorang
adalah pendekar ekonomi terbilang di zaman najib rosmah atau rosmah najib ni.
Manusia ramai -  kita belajar bagaimana mereka mampu bertahan dengan gst 6%,  bayar duit tandas 30 sen sekali masuk, harga sayur ikan terus naik.  Kad jemputan khawin tebal jugak tu musim musim cuti persekolahan dan macam macam lagi dugaan.

untunglah
suami kerja seorang
gajinya tinggi
sabar, taqwa mesti mantap  dia

untunglah
isteri sahaja bekerja
abang layan mertua tu
gaji isteri pun tinggi
taqwa, redha, sabar mesti dihayati

alhamdulilah.

kalau kerja seorang
jika
selera makan minum  isteri anak anak
macam orang mewah.
asyik nak makan di kedai sahaja waktu malam.
isteri malas masak.  Lecehlah masak  bang. Sy  tak pandai pandai masak sejak dulu sampailah sekarang. Tak minatlah memasak. Selera you ala kelantan jer. Sorry abang.
sudah sah ada banker arab yg menolongnya.
tak kiralah arab tu sudah  mati atau pun tidak
mesti ada banker kat mana mana.
prince arab adalah tuuu..

Dari kitab cetakan pondok Pasir Tumbuh
ada disebut semua
Dari  khazanah Allah.  Rezeki tuhan beri.
bila anak ramai..adalah rezeki mereka.  Setiap anak  sudah ada rezekinya.
aada isteri  ramai ..rezeki tetap ada.  Jangan worry.
jika perdana menteri tak worry sedikit pun 1MDB
kita jangan worrylah.  Nampak  relax  je  memanda menteri. Pemimpin melayu kita ada.  Tahulah dia nak tolong rakyat jelata.

tapi betul ke  ni?
sahih ke  ini?

tengok tengoklah di sekeliling tuan.
betul tak?

Xxxxx..  secara praktik  bagaimana yer?

SEKIAN.
WALLAHU AKLAM




0 comments:

Post a Comment