Salam
Kita belajar menulis dari bangku sekolah lagi.
Berkat ketekunan kita menulis
Ada orang bergelar guru, pensyarah dan profesor.
Ada orang bergelar penulis berita, novel, buku dan macam macam.
Tun Mahathir merupakan penulis prolifik.
Dari penulisannya ada orang membayar duit, royalti dan lain lain. Nikmat rezeki untuk pegawai pegawai di penerbit penerbit di Kuala Lumpur dan lain lain.
Mengapa orang menulis?
2) jawapan ada lima
2.1 duit
2.2 berkongsi pengalaman hidup
2.3 berdakwah
2.4 dari penulisan , dijadikan filem
2.5 hobi
3) isteri saya pernah bertanya. Buat apa you menulis?
Hilang semua pahala you nanti.
Menunjuk nunjuk.
Sohor kat orang.
Takabur
Fitnah
Tipu dan mungkin ada elemen dipanggil
Bohong. You dengar tak?
Itu dari mulutnyalah.
Saya berdiam diri sahaja.
Saya terus menulis.
Jika diikutkan semua hukum hakam dia
Tak ramai orang islam menulis.
4) saya menulis kerana ada kemudahan teknologi bergelar blog
Ikutkan nafsu ..sy boleh buat cerita kotor.
tapi ..saya adalah guru.
Saya mempunyai ramai murid murid, pelajar pelajar dan kenalan.
tak elok saya menulis perkara yg akan menjejaskan nama baik profesion guru.
betul tak? Malu besarlah mereka semua.
5) dari penulisan
kita belajar berfikir.
kita mudahkan perkara yg nak disampaikan.
ini semua dengan izin Allah.
Tanpa restu dan ikhsanNYA tak mungkin saya dapat menulis untuk semua.
Saya pernah dijemput sebagai Keynote Speaker di luar negara.
Saya bercakap benda yg sudah lama saya menulis.
Tanpa penulisan dan bukti bukti penulisannya
tak mungkin saya dapat sedikit upah berucap sebagai penceramah itu dan ini. Dengan izin Allah.
Hasil upah saya beli makanan untuk ibu, adik cacatku dan anak anak isteri. Alhamdulilah. Syukur pada tuhan.
tak banyak.
tapi sudah cukup untuk kami kenyang 2 3 minggu di rumah.
Makanan itu ..tukang beri fatwa itu ini pun berkaitan bohong, fitnah dan mcm mcm turut
Mendapat faedahnya.
Saya suka berdiam sahaja. Itu strategi terbaik. Tak guna bertikam lidah. Kita tikam sianu lain kalilah. Pelan pelan tapi ada.
Orang yg makan mungkin tak sedar itu semua.
(Ketawa).
6) bila menulis, kita merasa keseronokannya.
dengan izin tuhan
idea kita dapat disampaikan
untuk tatapan pembaca di mana mana jua.
Insya allah jika ada rezeki
jika idea ku boleh menggubah manusia
itu sudah dikira .. amalan jariah.
Modal sahamku di dunia sana. Insya allah.
Di sanalah kita mengutip hasil hasil bunga
penyeri syurga masing masing.
Ameen.
kita buat sedikit
kesannya macam ombak bergelombang kecil atau besarnya. ( ripples, wave, tsunami). Itu datang dari kekuasaan Allah belaka. Bertawakal sahajalah kita. Dalam diam aku berdoa
Allah zahirkan yg baik dan sembunyikan kekuranganku. Ameen. Berdakwah dari mata pena?
Muga muga ini
menimbulkan minat untuk pembaca budiman untuk ikut serta menulis perkara yg baik.
niat ..lillahi taala. Katakanlah walaupun sepatah. Contoh terima kasih cikgu. TQ prof.
Bercakap tentang prof..kawanku nazir dari pakistan
selalu dipanggil dengan gelaran 'prof' oleh kawan kawannya di Leeds. Pada masa itu
nazri baru mengikuti program sarjana/masters dalam Matematik Tulen. Umurnya 50 tahun lebih lebih. Semua kerjanya melibatkan proving. Banyak kertas berselerak di bawah mejanya. Pecah kepala membuktikan sesuatu ayat dalam Abstract Mathematics. Benda kiri sama dengan benda kanan. Benda kanan sama betul dgn benda sebelah kiri. Yang nazri tahu ..dia ada kawan dari kelantan yg boleh dibuat sebagai tukang reviewer hasil hasil kerjanya. Dasyat.. prof pakistan berkawan dgn anak melayu berumur 21 tahun jer. Ha..ha..ha.. sebenarnya dia mahu berkawan. Prof di negaranya ialah guru kolej atau sekolah tinggi. Belajar matematik ..di peringkat pasca siswazah ..hishhh sakit kepalalah. Lebih baik belajar geografi atau sejarah. Rasa rasa begitulah.
Sekian.
Wasallam
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment