kategori manusia

Posted by sazali

Salam

Kita hidup dalam satu masyarakat berbilang bangsa di negara ini.
Oleh itu kita kena memahami struktur masyarakat di sini.

Hari yang baik ini saya turunkan 5  kategori manusia

1.  Ibu ayah
2.  Saudara mara terdekat
3.  Kawan, rakan
4.  Sahabat
5.  Kenalan baru

Huraian.

Kita bermula dari hasil perkongsian hidup ibu ayah kita.
Jika mereka handsome lawa
Besar kemungkinan kita dapat handsome lawa juga.
Jika kedua duanya rambut kerinting lebat
Besar kemungkinan rambut kita berkerinting juga.
Tak boleh lari.
Impak jin DNA ibu ayah kita.

Bila ada ayah ibu
Kita pun ada ayah ibu saudara.
Gelaran diberi seperti ayah long, mak long
Pak ngah, mak ngah
Pak su dan  Oncu.
Sepupu kita.
Dua pupu kita.
Di Thailand semua orang di kampungnya bersaudara kerana mereka iktiraf lagi 5, 6 pupu.
Oleh itu jika kita beristerikan orang thai
Cepat sedikit beras dalam tempayan di dapur kehabisan stoknya.
Subhana allah.  Alhmdulilah ..jom kita pergi beli lagi seguni dua beras.  Murah jer.

bila di sekolah kita mendapat kawan.
kadang kadang rakan taulan satu angkatan di kolej dan universiti.
Di Johor saya mempunyai ramai kawan seperti geng masjid dan rewang..
Di universiti  saya mempunyai ramai rakan taulan.
boleh pinjam tesis phdnya, tanya itu ini darinya dan macam macam lagi.

tahun demi tahun kita berkawan. Suka duka kita sama sama kita harungi. Banjir besar 2006 di Parit Raja Johor kita sama sama basah, susah dan rugi.
Dari 100 kawan , jika ada rezeki
seorang sahabat diperolehi.

sifat sahabat lain sedikit dari rakan taulan..
Dia mempunyai lipatan sejarah tersendiri.
sahabat agung adalah seperti
Baginda rasulullah s.a.w  dengan sahabat sahabatnya
Abu Bakar, Omar, othman dan Ali r.a.  Mereka berjuang dalam agama sama sama.

Di Malaysia
akhbar di Malaysia tidak ada pula yang menulis
bahawa YB Tun Mahathir bersahabat dengan itu dan ini.
Sekadar ahli berhormat ahli berhormat di Parlimen sahaja.
tidak lebih dari itu.

ini bermakna
sahabat bukan senang diperolehi.

Betullah orang tua ada berpesan
"..bila berduit ramai kawan kita
bila kita hilang pangkat, darjat, kekayaan
kawan kawan semua dah cabut lari
kecuali sahabat mu"...
kena pulak  ayat  bodoh
putuslah segala hubungan tuan dengan pihak universiti ( saat bersara)

2 orang sahabat seperti Hang Tuah, Hang Jebat
mempunyai cara berkawan tersendiri.
payah kita nak hayati.  Sanggup  si Tuah merodok perut Jebat dgn keris tamingsari?

akhir sekali kawan seperjalanan
kawan satu zaman mengerjakan haji, umrah, dakwah tabligh 3 hari,  40 hari, 4 bulan
Mengikut Nabi Muhammad s.a.w.  hendak kenal sahabat
ajaklah berjalan 3 hari 3 malam
banyak sifat budinya terserlah
Pemarah kah dia
Pemurah kah dia?
Tenangkah  dia?
Aurat dia dijaga atau tidak? He he he

Rasa rasa cukuplah setakat ini.
lain kali jika ada rezeki
saya menulis lagi. Insya allah.

Rumusan.  Manusia ada banyak peringkat.  Pandai pandailah membawa diri.

Sekian.
Wasallam.

rujukan
Imam Al Ghazali rah. A.    (  l  )  ilya ulumudin jilid 1 hingga 4






0 comments:

Post a Comment