Salam
Hari tu ada staf Politeknik Permatang Pauh, KPTM bertanya pada saya.
Bagaimana menulis jurnal Dr?
Jawapannya payah tetapi boleh. Jangan risau.
Pengalaman menulis jurnal tidak sepayah kita membuka kedai nasi lomak kopi O
di Los Angeles pun.
Mengapa?
Nak tulis jurnal kita hendaklah mempunyai satu projek khusus dan mempunyai dapatan dari eksperimen atau kajian kualitatif (interview, analisa).
Bagusnya kertas kerja itu telah dibentangkan di dalam sebuah konferens yg berkaitan dengan bukti yang sah.
Ini diturunkan beberapa tips untuk penulisan jurnal. Niat berkongsi kongsi ilmu dan pengalaman. Lillahi taala.
1. Cuba tulis satu artikel 8 hingga 10 helai kertas A4
Untuk sebuah konferens. Ikut rubrik yang dicadangkan.
2. Jika paper anda bagus
Pihak konferens akan memaklumkan status bahawa paper tuan telah dipilih untuk dimuatkan dlm jurnal mereka.
2.1 mereka meminta kita edit sedikit sebanyak kertas prosiding berpandukan komen dari peserta konferens.
2.2 proof read
3. Paper tuan akan dinilai oleh referee bebas tanpa pengetahuan tuan.
Selalunya pihak konferensvakan menjemput profesor luar dengan kepakaran tertentu untuk menilai paper tersebut.
3.1 jika jurnal adalah berwasit prosesnya lebih ketat.
Mereka akan menggunakan 3 referee dari negara negara tertentu.
Dua referee mesti memberi lampu hijau lulus untuk maksud penerbitan.
3.2 bahasa inggeris.
Jika BI kita bagus, alhamdulilah.
Jika BI kita tidak mencapai piawai antarabangsa
Paper kita terpaksa ditolak. Ayat penolakan pun cukup sedap berbunyi begini.. language sub standard, english too low for international interest
4. Elok tengok contoh contoh paper dalam jurnal tersebut pada tahun tahun kebelakangan ini.
4.1 jurnal pendidikan UKM pun tinggi standardnya
4.2 jurnal pendidikan sains dan matematik di Seameo Recsam Pulau Pinang pun tinggi standardnya.
4.3 jurnal kejuruteraan oleh MTUN pun tinggi setelah melalui beberapa proses
tapisan oleh pihak berkenaan. Ini afalah langkah menjaga imej negara, institusi pendidikan dan banyak lagi.
5. Kita mesti bersumpah bahawa paper kita belum dipinang oleh pihak lain lagi. Jika sumpahan tuan palsu, mungkin tuan akan dibuang kerja.
5. Jgn bunuh diri jika
paper kita ditolak. Pastikan kereta proton kita masih mampu bergerak dri rumah ke opis.
Untuk makluman
penulis mempunyai banyak pengalaman di mana papernya ditolak mentah mentah
he..he..he..
kesannya tak seteruk mana pun jika dibandingkan
dengan pinangan kita ditolak mentah mentah oleh jiran sekampung.
(Ketawa). Bayangkan anak jiran gred 4 SPM. Dia pun tak mau kat kita. Aduhai.
6. Untuk mengelak dari perasaan kecewa cuba
menulis dan hantarkan kpd konferens tanah air dahulu.
berjinak jinak dulu dgn referee dalam negara.
masalahnya
kadang kadang referee di sini tak baca baca pun.
contoh jam 1000 pagi kita hantar paper,
jam 1100 pagi pada hari yg sama
kita sudah dapat mesej paper anda telah diterima. Sila bayar.
begitulah nasib kita.
7. Ikut tempoh masa diberi. Jika 1 minggu diberikan untuk edit
sila patuh itu semua.
8. Address biar ada kaitan dengan institusi anda bertugas.
contoh sazali@recsam.edu.my
elak dari menggunakan address yahoo dan gmail sahaja. Ini membabitkan imej.
9. Jaga profesional tuan itu.
10. Strategi terbaik. Mintak izin dengan profesor tertentu untuk memasukkan namanya dlm paper tuan kali ini. Jangan guna terlalu ramai nama penulis bisu. Karam nanti paper tuan. Hadkan maksimum 3 orang yg ada kaliber.
nanti saya sambung lagi. Nak g solat sekejap pak/ ibu.
sekian.
wasallam
Dr Sazali
PKB KPTM 1992 - 2002 (Penerima Anugerah AKC Pangkat Melintang 1997)
UTHM 2002 -2013 (Penerima Anugerah AKC 3 kali)
Pakar Pendidikan MatemATik Seameo Recsam 2014 - 2016.
Setiausaha Jurnal COSMED 2016 versi BM
Keynote Speaker Jogjakarta 2011 & MSU Medan Indonesia 2016
Speaker Jemputan - how to write papers? Univ of Qatar , Doha 2012
Paper Presenters WSEAS Corfu Island Greece 2005 , Tenerife Island Spain 2006
Pemenang Paper Presenter Konferens MTUN 2012 UniMep Malaysia (silver)
Penyelidik Bebas 2017 -
Alhamdulilah nikmat tuhan yang bersifat sementara.
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment