stail kehidupan sekarang (maaf)

Posted by sazali

Salam

Masa terus berlalu.
Bila begitu cara hidup berubah.
Dulu orang perempuan di rumah saban waktu,
Mereka menunggu arahan sahaja dari suami.
Ini berlaku bila suami keluar bekerja.
Duit ada dengan suami.
Bila begitu banyak kuasa ada dgn suami.Kasihan isteri jadi pak turut jer.
isteri taat bersyukurlah.  Isteri melawan
Banyak pihak memandang serong.  Kalau bercerai bnyk sebab datang dari isteri.  Konon kononnya begitulah model rumah tangga zaman dahulu.

Sekarang tidak lagi.  Nikmat pendidikan datang, lelaki pompuan sama sama maju. Ada masa lelaki profesor.  Ada masa lain si perempuan tahu mcm mcm.  Ada jadi menteri kemasyarakatan, ada jadi menteri agama. Mengapa?  Faktor pelajaran.

hatta dengan nikmat itu
Suami isteri keluar bekerja.
Stail hidup bertukar.
Ada kerja siang.
Ada kerja malam.
Ada bekerja satu opis
Ada bekerja benua lain lain.  Suami kerja minyak di Qatar, isteri kerja guru di sekolah.  Pandang pandang pun raba raba atas skrin.

Bila begitu
Ada atuk nenek dijadikan bibik, penjaga cucu.
Ada upahnya tetapi tak berbaloi mana.
Atuk tak boleh pergi jauh takut cucu susah.
Kadang kadang  nenek memasak.
Masak nenek buat. Cucu pun nenek uruskan.
Nak duk lama lama dln tandas pun susah.  Kemutan berskala besar agar
Takut cucu terjaga.

Kasihan nenek atuk.
Semua diterima atas dasar kasih sayang.
Sekarang pesawat penuh bibik tua
Travel fikir fikir cucu.
Bas expreßs pun begitu.
Ramai bawa cucu  menangis satu malam dalam bas

Sepanjang malam.  Bosannya aku.

Kasihan.
Kena buat servis bas khusus geng tak leh tidur punya.


2)  makan minum pun berubah.
Semua nak cepat.
Dulu ada juga masa tengok ibu memasak
Baru sedaar payah jadi emak.  Emak memasak tiup tiup corong buluh nak kuatkan api menanak nasi.  Bila siap 1, 2 lauk muka emak ada hitam kena habuk.  Kasihan omak ku sayang.

Sekarang nak cepat.
Solat pun laju,
Makan minum laju.
Tidur laju.
Bergaduh pun laju tiba tiba pening.
Kualiti hidup berubah.
Tenang tak penting dah.
Yg penting boleh g  kerja on time.

Bila laju
Penyakit pun datang.
Tak nampak tapi ada.

bila laju
doa tuhan terima tak?  Bacaan al quraan bunyi macam ular dalam rumah padi jer.
semua laju.  Kira duit ayam, susu baby semua dalam solatnya.BEGITU KE?

Awas bila laju
Sekarang pegawai muda kena stroke.
Bila berlaku ini bahaya.
Budaya laju laju ni bahayaa.

Beg pun banyak sekarang.
Dulu beg untuk buku.
Sekarang dlm beg ada macam macam.
Bila beg banyak
Ibu bapa nampak mcm robot sudahh.  Astronot kot?
Kasihan.

Kita berubah
Kerana kos hidup tinggi.
Terima kasih kerajaan.

Hidup dulu
Pemimpin cerdik.
ada pedoman agama. Ada takwa. Wajah org bersolat lain.
Sekarang percakapan pemimpin
Tak seberapa cerdik mana.
Umpan mereka setakat songkok hitam tinggi tinggi macam abu nawas di Damascus jer.

Rasuah sudah melata
Orang jahat dilantik jadi pemimpin.
Bila begini
Bala tuhan datang.
Banjir kilat.
Ramai mati.  Harta rumah, ladang semua tenggelam.  Binatang peliharaan banyak mampus.  Ada harta bertimbun 50 tahun kumpul
dengan sekelip mata semua hanyut dan hilang.  Depan mata semua hancur.
Penyakit pun macam macam bah.
Virus.
Tak tidor malam  jantung bengkak.
Bahaya.
tak tidor malam.  Kencing problem. Selalu problem, gun ada ..tetapi shoot cannot.

Ajaran agama .,,letak di tepi.
Yg penting cari dunia.
Otak muslim sama
Dengan otak non muslim.

Bahaya?

Hasil dapatan dari observation
doa kita tak makbul
pesawat MH370 kau ada jumpa?
negara ini negara islam contoh
doa di sini pun pesawat tak jumpa jumpa.
kalau doa di sini tak berjaya
tak kan negara berperang sana doa tuhan boleh perkenankan..
mengapa jadi begitu?
yakin kita lari..
kepercayaan kita tak sebulat Mana macam kepercayaan Bilal r.a., Abu Bakar Siddk r.a., Omar al Khattab terhadap Allah yang esa.
Dulu orang kuat baca al quraan
sekarang most daddy mummy kuat baca Watsapp.
Dulu orang mimpi nabi muhammad s.aw.
sekarang orang mimpi beg, kasut Bonia  Peranchis punya
Dulu pemimpin Omar Abdul Aziz ..solat tahajud. Taubat banyak banyak. Bengkak mata mata  takut namanyo ahli neraka.
sekarang ada?

Pergi umrah pun
asyik shopping
pergi gemuk
balik madinah mekah lagilah gemuk.  Semua sodap.
Bagaimana tu?
tuhan mau tolong macam macam  ke?

Fikir
Kemana nak pergi kalian?

kita sudah banyak berubah
banyak benda berubah.
kejayaan pihak kafir. Proposal dan proses pelaksanaan syaitan iblis semua lengkap.
cukup licik dan ramai kita tertipu
tahap iman kita goyah
ada tuhan atau tidak pun 50,50
percaya yer ke  ni  sama banyak jahhh
bila begitu
kita bahaya.

ustaz ustazah pun ceramah macam filem star
ketawa berdekah dekah.
sejam ceramah aku dengar depa dapat ribuan RM
sakinah turun ke?.
iman ada naik ke?

buatlah sesuatu.
ikut jamaah dakwah tabligh gerenti selamat.  Allahu Akhbar.  Percaya kuat kuat janji Allah.

rumusan
jom buatlah sesuatu.
pemimpin akan disoal.
orang kaya akan disoal.  Pitih mari manor?
aku akan tuntut satu per satu berkaitan dengan
kesusahan aku yang datang tak hilang hilang.
settle?

Sekian.
Wasallam

0 comments:

Post a Comment