salam hormat

Posted by sazali

Salam

Kita mengucapkan Assalamu alaikum.
Bahasa Arab.
Maknanya selamat sejahtera ke atas mu tuan.

Kenapa tak
Ucap salam hormat dalam bahasa ibunda?
Entahlah.

No answer.
Malaysia gila pada bahasa luar.
Arablah, inggerislah, mandarinlah dan macam macam.
Payah.
Bukan macam Indonesia.
Selamat Siang pak.
Selamat Sore bu.
Kuat jati dirinya.  Tengok Presiden Indonesia. Ada dia speaking english dengan Raja Salman dari kerajaan Saudi Arabia?  Ada?

Semua ini datang dari falsafah pendidikan negara, sekolah.
Tengok jer
Berapa banyak kos pembangunan bahasa inggeris di negara ini selama ini setiap tahun.
Berjuta juta RM kan?
Setiap tahun begitulah nampaknya.
Kita beri banyak fokus kepada B.I.
bahasa penjajah.


Kalau BM terpinggir
Bukan salah ku
Bukan dosa ibu ku?  Patutkah penulis diheret ke neraka?
Ini dosa pemimpin.
Jawab nanti muuu.

Dalam masjid
Banyak cerita story dari padang pasir di Arabia.
Bukan hari ni jer.
Story ni berkurun kurun sudah bahh.
Selepas arabic
Baru BM
Terjemahan.  Ustaz melayu terjemah untuk kita umat melayu.
20 minit arabic
10 minit BM.
Begitulah.



Dari kiri nampak arab
Dari kanan, kita melayu lah.
Angguk angguk tanda faham.

Begitu juga
Dalam bayan tabliggh di Masjid Sri Petaling, Selangor.
20 minit urdu
10 minit B.M
Bahasa melayu terus dipinggirkan.
Kasihan.

Salam hormat
Bangsa terpinggir bila bahasa sendiri
Tidak kita daulati.  Kenapa oh kenapa?

jom pakat pakat pikir. Bahasa dari benua Eropah dan Arab cukup kuat pengaruh ke atas tanah taalukannya.  Walaupun penjajah sudah lama berangkat pulang, kesannya masih tebal dalam jiwa jiwa rakyat di sini.  Dua faktor:  pertama benua itu bersaiz besar.  Kedua, populasi benua tersebut. Indonesia mempunyai 220 juta umat ramainya.  Malaysia 32 juta jer.  Begitu pun 5 juta rakyat asing .. Bangladesh ada, Rohingya ada, Thai ramai dah, Indonesia  sesak nafas ku bilang bu.  Terlalu ramai.  Mereka tak cakap BM lah.

Sekian.
Wasallam

0 comments:

Post a Comment