Belajar engineering maths dgn komputer CdiCl

Posted by sazali

Salam

Karangan Belajar berkumpulan dari kumputer
subjek matematik kejuruteraan

Kebaikan nya


Ada banyak kebaikan tetapi ini lebih kepada pelajar yang mahir dan maju kedepan.
Contoh dari sesi penjelajahan secara kendiri , dia dapat belajar lebih banyak dan melihat bentuk, ragam, simulasi, pattern soalan dan jawapan yang pelbagai. Tetapi kita jangan lupa ada juga

Keburukannya

Pelajar lemah akan sentiasa kelihatan lemas, sesat, confused most of the times. Mereka nampaknya memerlukan seseorang seperti kawan yang duduk disebelahnya atau guru untuk bertanyakan sesuatu. Oleh sebab kelemahan yang berpanjangan dalam matematik ini sejak dibangku sekolah, penerangan guru pun kadang-kadang nampaknya dia masih kelihatan lemas, samar-samar dan confuse. Mungkin seseorang guru tidak terdaya untuk menerangkan segala-segalanya apa yg terkandung di dalam jawapan itu. Lagipun bilangan pelajar terlampau ramai .. masing-masing nak Tanya kepada guru tersebut. Kasihan juga jadi cikgu ini. Apakah yang dia lemah ni?

Pertama: matematik itu sendiri;

Kedua : berkomputer/ dia sedang belajar dari situasi terbaru baginya. Berkomputer, berinternet, dia baru dengar ada server .. hard disk hanging; tergantung tiba-tiba otaknya/ terkejut dia dgn istilah computer yang baru didengarnya ini


Ketiga: dia taip dan dia dapat jawapan / respons secara terus dari computer yg sedang berada di depan matanya. Walaupun computer di depan matanya, dia masih mahu melihat apa yang orang lain buat dengan computer rakannya. Confuse budak ini. Terkejut dia. Nampaknya dia tak faham juga dgn jawapan dari computer itu sendiri. Mengapa jawapan jadi begitu? Dia memerlukan seseorang kawan/rakan/ guru sentiasa membantunya.

So what next?

On line assessment/ managing marks/ managing lessons/ item analysis

Adalah sesuatu yang paling ideal jika system computer matematik di dalam kelas ini mengandungi semua aspek penganalisaan item tahap kesukaran, telah Berjaya mengenal pasti item matematik mana yang paling lemah si pelajar ini yang telah berinteraksi dgn nya selama 20 minit tadi, Berjaya mengenal diri sendiri adakah jawapan ini memenuhi kehendak pelajar ini sendiri, dan akhirnya system ini menyimpan markah setiap kuiz, masa, tarikh, tempoh interaksi setiap sesi sepanjang kursus matematik ini.

Jika pada masa ini terdapat item item yang terlalu sukar / terlalu senang , system dengan sendiri dapat membuat proses demotivation/ promotion bahan pengajaran tertentu itu. Contohnya jika proses penyelesaaian persamaan serentak terlalu susah mungkin system akan membawa pelajar itu kepada topic yang lebih rendah tahap kesukarannya. Dan jika pelajar itu didapati berinteraksi dengan bahan yang terlampau senang ..system akan bertanya .. mahukah saya membawa tuan ke topic yang lebih maju lagi? Ini sudah bagus kerana dia telah sampai ke tahap artificial intelligence. Tiba-tiba kita telah membina satu Komputer berperasaan macam manusia/ di sini guru secara tepatnya.

Conclusion

Experiment ini mencuba melihat proses belajar n mengajar menggunakan IT dalam PKB. Jika budak budak berkategori pandai – mereka boleh belajar secara sendiri- sendiri .. maka belajar atas computer is fine n good tetapi if ..tak pandai sangat maths

Rasa-rasa nya mereka memerlukan banyak support bukan saja dari kawan , gurunya tetapi teknologi. Belajar melayari sesawang sambil mempunyai matlamat/ target / objektif . Tetapi boleh kah pelajar yang kita brand sebagai lemah akan mempunyai objktif / matlamat kukuh terpasang dari minit pertama dia memasuki makmal computer? Ini isu yang telah Berjaya dikupas oleh Teong (2000) di Singapura dan Leeds University. Bagaimanakah kita dapat membawa pelajar yang ‘serba serbi’ lemah mempunyai matlamat bila memasuki makmal computer / bilik matematik? Yang a saya tahu setakat ini pelajar pelajar saya senang hilang focus. Bila ternampak jer se ekor kambing betina memasuki halaman politeknik , mereka pun mula bising .. masing masing nak tolong menghalau kambing itu jauh jauh dari kawasan politeknik.

Mereka merasa tidak selesa. Buat pertama kali nya berinteraksi dgn cdicl

Mereka juga tidak selesa belajar= dgn kawan2 baru. Keadaan serba serbi baru. Alam pembelajaran yang serba serbi baru untuk nya. Mereka memerlukan masa yang lama untuk menyesuaikan diri / antara ilmu yang dia ada selama ini dalam matematik SPM, tanpa sebarang pengalaman matematik tambahan / adjust dgn ilmu baru di bawa oleh CDiCL yang dibina dalam bahasa inggeris/ membuat interpretasi cara berinteraksi dgn computer, berinteraksi dengan kawan-kawan serakanan(peer groups) dan interpret jawapan dari computer dalam bahasa inggeris kepada bahasa melayu. Payah itu untuk kekuatan otak seorang pelajar yang lemah untuk menguasai satu bidang yang mempunyai 3 bidang tersendiri. Semua susah baginya. Pertama ilmu matematik, bahasa inggeris, dan akhirnya kesan belajar dengan kawan yang baru dikenalinya tadi.


Agghh . semua ini satu cabaran bagi guru maths dalam era komputer.

wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment